Saturday, December 31, 2011

+++ YoUnG & sTuPiD + OLd & WiSe +++

Ada satu ketika aku rasa bagaikan si gadis yang hampir putus asa..tiada lagi daya..tidak cukup kuat utk hadapi segala..Ya Allah..Ya Allah..mohon tunjukkan jalan..itu saja yg mampu aku ucapkan..~

& bila akhirnya doa didengari..aku bagaikan seseorang yg hampir 'mati' diberi peluang hidup 'kembali'..ia mengubah persepsi bagaimana aku memandang hidup ini..~

Bila satu saat kita mampu terima suatu ketentuan dengan rela hati..ia betul menenangkan sekali..ketenangan itu bisa digoyah dengan bermacam mehnah..tp cara menanganinya pasti jauh lebih matang..tidak lagi mudah tewas dengan perasaan & pastinya berbekalkan keyakinan yg utuh pada Tuhan~

Bercakap & menulis nampaknya mudah sekali..
adakalanya apa yg didengar & dibaca masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
perlahan2 cuba cabar diri & lihat hasil yg bakal kita perolehi..
bukannya kita rugi bila terpaksa cuba & cuba lagi..
malahan ia mengundang rasa puas hati~

Bergelut dengan hasutan nafsu mmg payah..tapi dalam perjuangan itu kita tidak boleh kalah~

Nota Kaki : Ada pepatah inggeris mengatakan, "To be old & wise, you must first have to be young & stupid"

Selamat tahun baru aku ucapkan buat teman2~ have a blessed year ahead!~ =)

Saturday, December 24, 2011

+++ SkEtSa mImPi +++

Di suatu kawasan dalam keramaian..aku duduk sendirian tekun melihat persembahan tarian di hadapan..tiba2 dtg seorang lelaki..memberi isyarat utk aku mengikuti..dia tidak aku kenali..tp seolahnya ada satu ikatan antara kami..~

Aku bingkas bangun..tp langkahannya terlalu laju utk aku ikuti..aku cuba mengejar tp terhalang oleh satu benteng tinggi..aku tercari2..di hadapanku kelihatan satu titi..aku cuba melintas tapi aku dapati ia sudah tidak digunakan lagi..aku mati langkah..aku berlari sekuat hati bertentangan arah..dengan harapan punya jalan pilihan..aku x mahu dia hilang dari pandangan..terlalu byk halangan namun dengan mudah aku meredah jalan..~

Tidak jauh dari situ aku temui satu laluan..membawa aku ke satu kawasan..aku lihat dia duduk sambil melemparkan pandangan jauh ke hadapan..suaraku mati di kerongkong..bagaimana mungkin aku menyebut namanya sedangkan ia tidak terukir dalam mindaku,langsung..

Siapa dia..? aku membuat keputusan untuk duduk tidak jauh dari situ..kerana aku tidak pasti..& dia menoleh lalu berkata.."kenapa terlalu lama utk kau sampai ke sini?"...lantas dia aku hampiri...dia memberitahu ada sesuatu utk aku..lalu dibukakan satu bungkusan kecil, di dalamnya tersimpan satu cenderahati,terukir namaku indah sekali..ada satu perasaan yg x dpt aku gambarkan,sepertinya ia satu pemberian tulus ikhlas dari hati..seiring dengan itu aku terjaga dari mimpi..aku dapati ada air mata mengalir di pipi..betapa aku x ingin terjaga dari lena..ingin aku ketahui apakah kesudahannya~~


"Seorang lelaki yg akan jadi temanku..
yang akan aku cintai sepenuh hati..
dalam hidup & mati..
yang akan aku harapkan jd teman seperjuangan..
menyulam masa depan..
itu siapa?
aku tidak tahu..
ia masih berada dalam alam ghaib
yang belum dibukakan oleh Allah untukku..
Jika waktunya tiba..
semuanya akan terang..
hadiah agung dari Tuhan itu
pasti akan datang" ~~

Wednesday, December 21, 2011

+++ iKaTaN +++

Membesar bersama 5 adik beradik lelaki betul2 buat aku rasa teruji..kecil2 dulu selalu saja dibuli..mereka kalo bergurau agak kasar la juga..pasti ada saja yg buat aku terasa..

Memandangkan aku satu2nya perempuan..aku dpt bilik sendiri..x perlu nak kongsi2..bilik adalah tempat paling selamat utk aku..tempat aku pasang angan2..tempat aku menangis sorang2..mereka kata aku ni penghuni gua..sbb selalu sgt dok lam bilik bertapa..(--“) expectation mereka utk aku sbg pompuan sgt tinggi..pompuan kene pandai tu kene pandai ni..xley mcm tu xley mcm ni..aku rasa mcm kene serang bertubi2…~

Tahun 1994..bila dpt tau maa ngandung lagi..siang mlm aku panjatkan doa mohon dikurniakan adik pompuan.. Alhamdulillah..Allah makbulkan..waktu tu rasa bagaikan akulah manusia paling gembira kat atas dunia!..beza kami 10 tahun lamanya~ seronok sekali bila akhirnya ada teman.. “adik tolong buat tu..adik jom g situ..adik nah kakak belikan …adik jom masak …adik adik adik…”…aku panjatkan setinggi2 kesyukuran pada Tuhan..~

Bila da besar..barulah terasa keakraban dgn adik beradik lelaki.. masing2 da besar..masing2 da ada t.jwb..masing2 da boleh fikir panjang..walo ada salah fhm..ikatan kekeluargaan pasti kembali menyatukan..~

Kdg2 aku terfikir,apa rasanya jadi anak tunggal..bagaimana pula jika semuanya perempuan..setiap org punya pengalaman berbeza yg pastinya menarik utk dikongsikan~ ^^

Saturday, December 17, 2011

+++ iTu BuKaN SaTu aLaSaN +++

Aku percaya kamu pernah alami situasi di mana kamu berada di dlm keramaian..ternampak seseorang yg blom kamu kenali tp rasa menyampah @ x suka nak pandang apatah lagi nak nyembang..& dlm masa yg sama kamu kenal seseorang yg murah senyuman, menyenangkan & rasa mcm da lama kwn..org kata itu tanda aura positive atau negative yg dipancarkan..~

Ia juga terserlah bila saat menerima teguran..samaada seseorang itu dpt menerima dengan tenang & matang atau melenting sakan & menyimpan dendam..

Paling aku x suka bila seseorang tu menyatakan ,”ko kene terima aku seadanya sbb sememangnya aku begini” sedangkan perangainya bikin menyampah semua org..bagi aku itu bukan satu alasan. Sesuatu yg negative dlm diri mampu diubah..mmg payah..semuanya perlukan waktu..antara mau dgn x mau..

Mmg kita x boleh nak ubah semua..kernanya tiada siapa antara kita yg sempurna..tp kalau x boleh ubah semua..jgn sampai x ubah langsung..hingga terus2an menjengkelkan mata2 yg memandang & langsung tidak boleh menerima teguran~

Wednesday, December 14, 2011

+++ AdUhAi DiK +++

Aku ada kenalan terdekat buat kerja gila..
baru 1st sem dekat uni da gian nak berumahtangga..
ok..x kisah kalo da mampu..
tapi masalahnya mak ayah sendiri x restu..
keluarga x membantu..
tp kerana ikutkan jiwa muda,
sanggup dia buang keluarga..
ke jinjang pelamin juga akhirnya..
aduhai dik..
kawen bukan utk setahun dua..
ia utk selama2nya..
sedih betul aku mengenangkan nasibnya..

Kadang2 aku bingung ..
bagaimana mungkin manusia bertindak di luar pertimbangan..
tp itulah hakikat yg perlu kita telan..
pastinya syaitan bersorak riang..
bila mereka merangkul kemenangan demi kemenangan..
dalam usaha menghuru-harakan seisi alam~

Monday, December 12, 2011

+++ JgN gOyAh dGn FiTnAh +++

Ada satu peristiwa yg x dpt aku buang dari kotak ingatan..ini cerita beberapa tahun yg lepas.

Suasana kerja yg stress buat aku & rakan2 di offc sgt rapat..hatta dgn rakan department lain sekalipun..bergossip dah jadi perkara biasa..sekadar suka2 hilangkan keserabutan dlm kepala..x lari juga dari cerita skandal rakan2 sekerja..& x pasal2 dengan aku terheret sama..hey,aku rapat dengan org tu x semestinya aku menyimpan perasaan..selalu aku igtkan dia itu suami org & aku respek dia sbg abg..x pernah lebih dari itu..x dinafikan dia ada rupa..sweet talker juga..tp x semudah itu utk aku cair,bukan aku x pernah dipermainkan oleh lelaki sebegini..aku sudah fobia..bila aku sedar dia cuba menarik perhatian,aku jadi takut..baik layanan dia pada aku..baik jugalah layanan aku pada dia,tp masih aku tau batasannya..aku beringat yg semuanya atas urusan kerja..~

Tp apa yg kita fikirkan selalunya x sama dengan apa yg difikirkan oleh mata2 yg memandang..dlm beringat,aku difitnah cuba merampas suami org..aku dituduh perempuan xsedar diri yg meletakkan maruah di tapak kaki lelaki..apekah??! tp usah cepat melatah..aku diburuk2kan sehingga si isteri menghubungi aku utk diajak bersemuka..ya, bisa aja..kenapa perlu aku takut..kerana aku tau aku berada di pihak yg benar..kata seorang teman,"gila kau, sekali dicurahkan asid ke muka kau nnt bagaimana?”..hati aku kuat mengatakan aku perlu pergi..aku perlu selesaikan hal ini..

Pada tarikh yg dijanjikan,dia dtg menjemput aku di depan office,setelah memastikan si suami sudah pulang.Saat bersemuka,aku & dia berlagak tenang..kami x ke mana2..di dlm kereta saja..

Dia memulakan bicara..

“Akak dengar mcm2 pasal adik..tp akak x nak percaya..akak nak dengar sendiri dari mulut adik,sbb tu akak buat keputusan utk dtg”..

~Serius,x aku jangkakan reaksi sebegitu dari dia,cukup tenang..~

Aku ubah kedudukan, menyerongkan badan & menatap terus kedlm matanya..

“Demi Allah kak, sy x ada apa2 hubungan dgn suami akak..kes mcm ni mungkin selalu kita dengar tp sy bukan salah seorang darinya..kenapa perlu sy bina kebahagiaan dari runtuhan masjid org lain?..”

“Kalau betul katakan aja dik,terus terang..akak rela” sambil merenung jauh ke depan..

“Tidak sama sekali kak..bukan ini yg sy nak dlm hidup sy..sy masih muda..sy punya byk impian..lagipun bukan sy utk tergila2kan suami org..”

Dia tergelak kecil.."ntahla dik..sebenarnya ini bukan pertama kali suami akak buat hal..sblm ni akak pernah serang seorang perempuan..tp bila jadi lagi..akak jd ragu2..”

Ahah..no wonder dia nampak tenang aja..x serang aku membabi buta..dia mula meluahkan isi hati..

"Suami akak tu pengongkong orgya..akak x boleh nak melawa..x boleh pakai cantik2 kalau nak keluar..nak make up pun kene tegur..kdg2 akak x tahan..tp bila memikirkan anak2..akak sabarkan aja..”

Itu cuma sebahagiannya saja..byk juga yg dia luahkan rasa..tp biarlah jadi rahsia antara kami berdua..Aku lihat ada air jernih bergenang di kelopak mata saat dia bercerita..~

Itulah dia perempuan..biar hati luka parah..berdarah..sanggup korbankan kebahagiaan sendiri demi anak2..bagaimana sanggup si suami berperangai sedemikian rupa..& paling aku x fhm bila dia melarang si isteri melaram tp dia sendiri menggatal dengan gadis lain di belakang~ (--")

x sedar 3 jam kami bersemuka..biar jelas semuanya..cuba juga aku tanyakan siapa yg menyampaikan cerita..katanya antara kwn aku juga..tp katanya lagi biarlah dirahsiakan saja.aku cukup terkilan pastinya~

Sblm balik dia sempat berpesan.."adik hati2lah..kdg2 kita x sedar tingkah laku kita diperhatikan & boleh disalahtafsirkan org..jgn sampai kita dipandang serong”..

Akan aku igt pesan itu sampai mati!~

Siapa yg menaburkan fitnah, tidak aku ketahui sampai sekarang..manusia jenis apakah engkau..sanggup menikam kwn sendiri tanpa belas kasihan..kenapa tidak kau dtg bersemuka & luahkan apa saja yg kau dengkikan hingga berani bertindak memburukkan nama kawan sendiri di belakang~~

Wednesday, December 7, 2011

+++ SeBeLuM tErLaMbAt +++

Satu masa dulu aku x selalu dpt apa yg aku hajati..kwn2 selalu bercerita mak ayah mereka belikan itu belikan ini..pergi situ pergi sini..aduh..jiwa aku terusik sekali..Tapi sampai satu tahap,aku dpt apa yg aku nak.seolahnya aku balas dendam pula.apa yg aku nak pasti aku perolehi..tanpa fikir panjang..tanpa fikir kesan negativenya di kemudian hari..Saat itu aku dikelilingi teman2 yg sememangnya hantu fesyen..makan di tempat2 mahal..shopping apetah lagi..Tipu jika aku katakan aku x terpengaruh sama..itu nak cuba..ini nak cuba..situ nak pergi sini nak pergi..ah, waktu tu rasa seronok sekali..aku bagaikan lupa diri..~Tapi sampai satu saat aku bagaikan ‘ditampar’..hey Salihah..ko ni dah kenapa??!! Kenapa diikutkan sangat jiwa muda..nak enjoy aja taunya..bila diingat kembali...mmg geleng kepala aku dibuatnya..suka aku renung apa yg dah terjadi..buat pengajaran utk diri..xde gunanya aku salahkan diri kerana terlalu ikutkan hati..ada hikmahnya aku lalui semua ini..ia mengajar aku apa itu ertinya syukur..benar2 bersyukur~

Iya, xde salahnya enjoy..tp biarlah kena caranya..jgn sampai memudaratkan diri..selalu kita bilang muda hanya sekali..tp itu bukan bermaksud ianya utk disiakan2..itu semua bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan.. Jgn sampai keseronokan yang diharap rupanya menjadi kemudaratan berpanjangan yang melilit kehidupan & jangan sampai enjoy keterlaluan di saat muda lalu terlepas peluang berharga untuk meraih syurga Allah SWT kerana keterlewatan kembali kepadaNya~ nauzubillah~

Aku ada simpan kata2 ini sbg renungan:

“Muda hanya sekali bagi mereka yang menganggap akhirat itu mitos. Muda itu mungkin sekali jika penyakit cintakan dunia itu cukup tepu bersarang dalam dirinya. Tetapi tidak bagi mereka yang beriman dengan adanya syurga Allah SWT. Mereka akan kekal muda selama-lamanya. Itu muda yang berkali-kali, itulah saat betul untuk enjoy”

Sunday, December 4, 2011

+++ TiDaK bErUbAh DiTeLaN wAkTu +++

Dari zaman sekolah, zaman uni & zaman kerja, bila aku nyatakan aku amat menghargai persahabatan..betul aku maksudkannya..& jika seseorang itu menghargai aku..aku akan hargai dia lebih2 lagi..itu janji aku..~

Aku selalu percaya..kita mungkin menjadi insan yg paling disayangi seseorang & dalam masa yg sama kita juga bisa jadi insan yang paling dibenci seseorang..dalam sedar atau tidak..kernanya kita tidak bisa memenuhi kehendak semua org..& dlm persahabatan..x mustahil terjadinya salah faham..mungkin juga pertengkaran..tp pertengkaran & salah faham itu jika masing2 dpt atasi dengan rasional & toleransi..persahabatan itu akan bertambah2 kukuh lagi..tp jika ego yg menjadi benteng diri..ya, silakan pergi..~

Aku ada seorang childhood friend..(Siti Zaharah Safin).lagi dua tahun genap 20 tahun kami berkawan..beberapa kali terjadi peristiwa yg hampir memutuskan persahabatan kami..tapi dua2 selalu meletakkan ego ke tepi..bersemuka & akhirnya terlerai sendiri..& sampai skrg, walaupun dia dah berumahtangga..dia sentiasa ada bila saja aku memerlukan,dalam susah atau senang..Ya Rabb..mana mungkin aku cari pengganti sahabat seperti ini~

Nota Kaki : Perubahan itu perlu..tapi pastinya dlm keadaan tertentu.Ada sesetengah halnya yg kita perlu,"stay the way we r"~

Thursday, December 1, 2011

+++ BeRiNgAt SeBeLuM kEnA +++

Dulu walopun kije bank..aku sendiri x berani nak pakai credit card.sbbnye masa tu career aku blom cukup stabil.tp bila masuk tahun kedua..baru aku apply.yg syoknye aku sendiri bleh monitor aku nye transaction n charges tu sume.(masa tu kene cover byk mende, banking services, bank nye promotion, sales, loan..& yg paling utama credit card services).lagipun tujuan utama aku apply masa tu sbb nak beli laptop (0% interest secara installment utk setahun)..& juga utk create rekod payment ngn bank.

Tak dinafikan byk anggapan org tentang penggunaan credit card. Ada credit card x semestinya utk buat utang. Tp lebih pada utk emergency. Yep, mmg ada sesetengah org gune credit card x hengat sampai utang berlambak2.byk yg aku tgk sampai kene blacklist.tp apa nak takut.yg penting kita jelas dengan apa yg kita nak.walo kite gune credit card, asal saja kita bayar full sebelum due date, xkan kene charge interest. Bila buat full payment, rekod pun cantek.rekod cantek/bagus sgt penting lagi2 kalo kite nak buat apa2 loan application in future,senang nak lulus~

Contoh payment profile (B = full payment)

Bila selalu ada penggunaan & byr full, nnt bila da kene charge annual fee, bley mintak waiver ^^ dan dlm masa yg sama bley kumpul point & bila point da mencukupi, bley redeem gift..tp better redeem jusco voucher je la, da lepas duit belanja barang dapur~ ^^ n stat tahun lepas bank da mula kenekan gov tax utk setiap card yg kita ada.ada certain bank akan waive tp ada certain bank yg hanya akan waive gune point (tu pun kalo point cukup).

Mungkin ada yg guna credit card semata2 guna, x amek tau apa charges yg tersembunyi di sebaliknya,cth berapa % late payment & interest yg akan dikenakan kalo terlambat byr (charges hanya akan di-reverse samaada based on 1st time basis atau good relationship dgn bank atau sbb2 lain yg munasabah ) adakah bank itu akan kenakan yuran tahunan (yuran tahunan koman2 rm80 setahun, tp tgk pulak jenis card)..charge gov tax..mcmna charge kalo setakat byr minimum payment..kalo buat cash advance mcmna interest akan berjalan..mcmna nak stop interest..kalo yg x amek tau, mmg dlm diam duit die hilang kat situ je..walopun jumlahnya nampak sikit, tp kalo bertahun2..x ke naye..antara sedar dgn x je..~

oh, teringat pulak sorang customer ni.kaya raya, duit beratus riban lam account..tapi bising nak reverse interest yg berjumlah...1 sen!! katanya,"this is not about money, this is about principle..small amount, but what is right is right"..adoyh (--")

Kesimpulannya pikir secara rasional sblm memiliki credit card ye.kalo betul & kene caranya, sebenarnya xde apa..tp kalo yg tersalah langkah tu..wallahu'alam..~

Jadi, bagi yang xde credit card,bagusla..bg yg bercadang nak guna, rujuk dulu pada mereka yg lebih tau..& bg yg ada..beringat sebelum kena~ =)

Sunday, November 27, 2011

+++ 10 TaHun +++

Genap 10 tahun aku berkelana di Kuala Lumpur * ayat x ley blah *
x tau ke mana pula untung nasib aku lepas ni..samaada masih kekal di sini..@ ke Sabah Sarawak..@ ke lain2 negeri..Tapi sejujurnya xde masalah bg org bujang mcm aku ni..

10 tahun lepas aku bertekad utk keluar dari Kelantan..belajar di KL..keje di KL..Aku dtg sbg budak mentah..& aku keluar sebagai wanita yg tabah,mudah2an~Ada sedikit 'rebel' sebenarnya..Kalau boleh mmg aku mau kembali..tp sorang kwn aku penah berkata," Masih terlalu awal utk ko kembali, Sal"..tp aku takut aku terlambat & menyesal sampai mati~Ntah ke mana aku akan 'dicampakkn' nanti..tp andai kata ada rezeki pulang ke tanah air sendiri..biarlah aku lepaskan ego ke tepi..walopun aku tau kesabaran aku akan terus teruji..~

Nota kaki : tga cuti panjang sebelum keluarnya keputusan posting ujung tahun nnt..sedikit cuak di situ~

#Salam Ma'al Hijrah 1433 buat semua!!..=)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Turning point~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Sunday, November 20, 2011

+++ MaNiS MaNiS pErKeNaLaN +++

Manis manis perkenalan,ia cuma persinggahan..
tp kadangkala perkenalan yang singkat itu..
memberi kesan yang lebih dalam dari perkenalan jangka panjang..~

Wujud satu lagi antologi kisah hati,
yang akan tersimpan rapi dalam koleksi peribadi,
terima kasih pada dia yg sudi hadir dalam hidup ini..
terima kasih juga pada dia yg akhirnya membuat keputusan utk pergi,

bukan pergi utk mengadap Ilahi,
tp pergi meninggalkan aku utk mengejar impian sendiri,
tidak mengapa..jika itu yg kamu mahu..aku hormati~

Aku masih cuba belajar utk menerima hakikat..
kalau kemanisan itu boleh hilang,sekelip mata..begitu sahaja..~

"Sometimes it hurts instead"

"People come into ur life for a reason, a season or a lifetime.."

Aku rasa dia dtg "for a reason"..
memberi aku satu kesimpulan..
& aku yakin mengenainya..
ia mengukuhkan lagi kepercayaan aku tentang sesuatu..
& aku tersenyum utk itu~~~


Monday, November 14, 2011

+++ PaLiNg PaDaT +++

~2011~tahun paling padat pernah aku tempuh.Sblm aku buat keputusan utk sertai kursus ni, risau amat mcmna nak adapt dgn perubahan mendadak drpd gaji kije private dengan elaun sepanjang kursus.terkehel.gelisah.tp sepanjang tempoh tu, rezeki dtg dari sudut & celah yg x disangka.maha suci Allah.

1st sem:kelas dr pagi sampai ptg.tiap2 ari bwk baju sukan utk aktiviti gerko.tempuh traffic jam mlm baru sampai uma.portfolio n kerja kursus berderet,presentation x putus.tiap2 ari mkn lam keadaan rushing.kdg2 tertido kat surau waktu rehat.ditambah pula dengan bermcm2 program dan aktiviti perkhemahan.waktu tido n rehat x menentu.terpaksa pindah rumah last minute atas hal yg x dpt dielakkan.punggah brg yg berlambak sorang2 sampai sakit bdn.sem pertama diakhiri dengan 3 bulan praktikal.oh, waktu ni juga aku diuji dengan sakit yg pernah aku ceritakan di sini.

2nd sem:igtkan boleyla rehat sket.tp kejap taklimat itu kejap taklimat ini.program itu program ini.x sempat sambut raya haji penangan final exam.final exam? duh, da hampir 4 tahun tinggalkan zaman universiti, berdebar semcm plak rasa.*13 subjek belajar nasib baik 3 aja yg masuk final.3 yg paling tough.sumenye paper 3 jam.(--").lam masa yg sama aku selit2 cari masa iklankan rumah.mmg laku betul area keramat ni.baru iklan sehari berduyun2 org cari.da mcm operator da plak rasanya.last2 aku decide amek bebudak bujang yg dtgnya sehelai sepinggang.apa lagi, nah aku tolak sume peti tv dapur rak sampaikan tikar pun deorang nak sekali.rezeki.*hey,akhirnya aku akan balik kg..sblm mengetahui ke mana aku akan 'dicampak' selepas ni~

Dulu tertanya2 mampukah aku nak tempuh sume ni & skrg..blink! sikit lagi nak abes~ ^^

Senior aku dekat Shell penah ckp,"u redah, buat sehabis baik..never give up! bila u dah melepasi sume ni, n bila u toleh balik ke belakang, u pasti akan tersenyum puas..sbb u tau u dah berusaha.."

Ouh, ekceli blom abes sepenuhnya..baru lepas final exam.masih ada urusan yg blom selesai..tp at least skrg da boley menarik nafas lega..phew~..eh, silap..Alhamdulillah..~

Di jamuan perpisahan siang td..lecturer aku berpesan:-
"Awak jgn igt awak dah habis kat sini awak dah lepas.ini baru permulaan"
iya..aku tau itu..aku pernah merasai apa itu 'sengsara' dalam dunia kerja..sekurang2nya aku ada pengalaman utk berhadapan dengan sume itu~ Allahumayassir walatuassir~

Nota kaki : Cik Dill..mekasih x terhingga utk awak!! utk segala2nya~

~Teman2 blogger..aku rindu kalian semua!~ ^^


Friday, October 28, 2011

+++ PiLiHaN Di tAnGaN KiTa +++

"...Buka telinga, tutup mata, celikkan mata hati..anda tidak payah menjadi kelkatu yang terus-menerus menghantukkan kepala pada lampu untuk mengetahui sendiri apakah itu cahaya..sedangkan ribuan kwnnya sudah pun menjadi korban di bawah lampu itu..Jika kita boleh belajar dari pengalaman pahit org lain..kenapa perlu kita merasai kepahitan itu sendiri untuk belajar..."

Ouh..ini terpulang pada kita sendiri..ada sesetengah hal yg seeloknya kita sendiri yg lalui..& ada sesetengah hal sudah cukup menilai dari pengalaman yg dilalui individu lain~

Aku suka kata2 Dr HM Tuah~

"...Guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri..Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman org lain adalah yg terbaik untuknya mengambil iktibar & pengajaran..org terdahulu telah tercebur dalam longkang yg sama..kita boleh mengatur langkah tersendiri agar selamat..atau kita mengikut jejak2 yg pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat..kemungkinan utk kita turut sama jatuh kecil sekali..."

Pilihan di tangan kita~ =)

Nota kaki: Ni entry last dari aku..buat masa ni..terpaksa undur diri buat seketika~aku da terlalu byk sia2kan peluang..mau all out utk final!~
Oh, cuma xde entry dari aku, tp aku masih lagi akan singgah blog kwn2, bila berkesempatan~ jaga diri sume! Hingga ketemu lagi~ ^^

Sunday, October 23, 2011

+++ MeLaNgKaH kE SaNa +++

x sangkanyehai da nak abes kpli..mcm baru lepas meredah hutan belantara..penuh duri..penuh 'binatang berbisa'..erk, ckp mcm da abes final exam la kan..hahah =p..wish me luck ye kwn2~ ^^

Minggu lepas ada taklimat..keluaran kpli dikatakan kurang memuaskan dari segi kualiti..tempoh kursus yg sgt terhad, padat, 'masak!"..selalu kene compare dgn pelajar pismp..deorang dikatakan sgt solid..~ Yup, mungkin kami kurang solid dari segi p&p..yg itu kami akan terus pelajari..bagi kami peluang utk buktikan kebolehan diri~ At least kami ada pengalaman lain bertahun2 di uni & pengalaman kerja mengenal manusia duniawi~

Isu lain;memandangkan kami akan mengajar sekolah rendah..akan wujudnya isu guru2 lama x berpuas hati dengan lepasan kpli..puncanya,lepasan kpli memegang tangga gaji yg lebih tinggi dari deorang yg dikatakan guru2 expert..tp apa salah kami..kami belajar bertahun2 di uni demi segulung ijazah..bukan dtg bergolek terus nak jd cenggini~ (--")

apa2pun..skrg aku mau pandang jauh ke depan..bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan..& pastinya dengan senyuman~ Tangisan? ahah, siapala aku tanpa tangisan..tp tangisan yg membangkitkan kekuatan..~

Tuesday, October 18, 2011

+++ ImAnKu SeNiPiS KuLiT BaWaNg +++

Ada satu2 masa iman berada di tahap yg paling tinggi~Qiamullail, solat seawal waktu, Al Quran dibaca saban hari, bermcm2 doa meniti di bibir, sentiasa berfikiran positif..capai bahan bacaan ilmiah, hari dimulakan dgn penuh bersemangat..

Namun ada satu2 masa iman berada di tahap yg sangat2 kritikal~Al-Quran jarang bersentuh..solat sunat ntah ke mana..solat di akhir waktu..gelisah..sgt down..seolah2 aku diselimuti kelambu hitam & terkapai2 mencari suluhan cahaya..Astaghfirullahal'azim~

Saat yg paling aku khuatir...tergelincir dari tahap iman yg tinggi ke tahap yg sgt rendah..menanti saat utk 'bangkit'..bukan sesuatu yg mudah..~ tp bila mampu bangkit..seboleh daya cuba mempertahankan..

Kalau zaman uni dulu ada aja kwn yg mengajak ke usrah..ada aja kwn yg saling mengingatkan..tp skrg..aku sendirian bergelut menepis kejahatan dlm diri & kejahatan yg berada di sekeliling..

Ya Rabb..aku perlukan huluran TanganMu~ Sungguh!

Teringat satu perkongsian penuh makna seorang teman :

Biarlah byk kali tersungkur..bangkitlah kembali..
Allah akan menerima hambaNya..jgnlah malu kembali kepadaNya
Selangkah kita kepadaNya..seribu langkah Dia kembali
kepada kita..


Mujahadah itu payah kerana Syurga itu indah..
Jatuh itu pahit, nak bangkit itu perit..

Selagi dirimu ada kekuatan, bangkitlah..perlahan2..bertatihlah..berjalan..berlari & seandainya tersungkur..duduklah..bermuhasabahlah..krn Dia ingin kau belajar sesuatu..drpd tersungkurmu itu..

Semakin byk tersungkur..semakin byk kesan sungkuran..dan jika kau bangkit..kesan itu akan menjadi saksi mujahadahmu..yakinlah!..


~Dalam sekali makna lontaran katanya..

Wednesday, October 12, 2011

+++ ReSpEcT & kAgUm SaMa MeReKa +++

Selalunya kalo kita ke tempat baru..kenela pandai2 bawa diri kan..mmg x ley nak lari dari 1st impression mata2 yg memandang atau kita sendiri yg bg impression dekat org..masih aku igt hari pertama jejakkan kaki di Shell..HR di sini ada 3 bahagian ( system, local & expat )..aku diperkenalkan pada setiap team..& bila aku diperkenalkan dengan seorang staff ni..dia duduk santai.. staff yg mengiringi aku memulakan bicara,
"Hey xxxx, this is our new staff..Sal"
"Sal..this is xxxx"

Biasa kalo mcm ni mestila kita pandang org tu & at least senyum kan..tp dia, muka aku langsung x dipandang,sebaliknya dipandangnya pula org yg memperkenalkan aku itu..(--") aku senyum tawar~ terdetik dlm hati.."mak aih, kereknyehai mamat neh"..selepas berlalu pergi aku pandang sekilas & bertekad dlm hati,"hmm,aku nak cuba kenal mamat neh..apa yg buatkan dia jd mcm tu sekali"

Dengar cerita dia mmg kurang bergaul dengan org..agak sarcastic & tempat duduknya di penjuru dunia..& selalunya bila kerja, dia akan duduk amat rendah hingga x nampak kepala dlm die punya cubicle~

Peluang tiba bila rupanya dia salah seorang SME (subject matter expert specialized utk Pay & Time)..dekat HR ada 4 org SME yg mmg aku tabik spring sumenye.. 1)Pay & time 2) Authorization 3)Organization management 4)HR Online. Apa2 kes yg xde penyelesaian perlu di-escalate pada mereka utk further checking.tp x bley nak suke suki je tanya, kalo rasa nak kene tengking boleyla cuba..mmg cuak kalo nak bertanya pada mereka sbb perlu follow format disertakan dengan analisis kes betul2 punya~

Aku sebutkan peluang tiba sbb rupanya dia merupakan trainer yg akan train new staff utk 'pay & time'..& memandangkan masa tu cuma ada 2 org new staff, aku n lagi sorang budak pompuan..maka sessi training lebih fokus..tp siyes dia mmg scary..sgt serius & suka mengajukan soalan complicated, & xkan berganjak ke topik seterusnya kalo kami x memberi sebarang jpwn..mmg kecut perut dibuatnya~

Tapi suatu hari, ada peristiwa yang menyebabkan jurang itu tidak lagi jauh ketara..& start drpd hari tu aku mula rapat & berpeluang mengenali sebahagian lagi diri dia yg agak caring, concern & kelaka..Segan bila dia ajak lunch sesama sbb selalunya dia yg akan belanja..tp aku sgt respect sbb dia sgt profesional..byk bg aku advice & support sepanjang aku nak stabilkan diri di sana~kalaula dia blom kawen harus aku terjatuh suka..haha~

Oh, lupa..aku ada tanyakan dia..kenapa hari mula2 aku jejakkan kaki di shell, dia berlagak sedemikian rupa..jwpn dia; "haa..psychology tu..lagipun sy mmg suka org pikir pelik pasal sy"..& mengapa dia lebih suka memencilkan diri..itu lebih kepada kesan politik kerja..

~hmm, mcm2 kan..tp itu yg mewarnakan hidup kita~

Byk yg aku kagumkan dengan mereka..dengan budaya kerja di sana (tolak part isu dalaman pastinya)..apa yg pasti semangat kwn support kwn kat sana sgt luar biasa..x kisah la ko melayu, cina, india, arab, thai..deorang akan support ko kow2 punya..yg nak jatuhkan ko pun ada..tp tu cuma sekerat dua..anggap deorang mcm tempias je..janji kita buat keje kita..~

Nota kaki : tgk slip gaji staff2 Shell dlm & luar negara mmg boley buat aku terbeliak biji mata..~



Friday, October 7, 2011

+++ HaNcUrKaN SaJa HaTiNyA!!! +++

Sepertinya ada tergantung di leherku kata-kata2 ini," Selayaknya perempuan ini dipermainkan aja perasaannya"

Mereka lupa..aku juga punya hati..hati yg apabila dirobek & dihiris..akan luka berdarah..parah..~

Luka itu xkan pernah sembuh..pasti berbekas hingga akhirnya..~

Aku bersyukur kiranya ini ialah peringatan drpd Allah untuk tidak membiarkan aku terlalu hanyut dengan kehidupan yg tidak menjanjikan apa2 jika tidak dinafasi dengan iman~

Oh, hey..aku tidak akan lagi goyah..bekas yg berparut itu akan terus menjadi pencetus sbb untuk aku teguh berdiri..itu pasti!~

Aku akui..ada ketikanya aku amat lemah..kalah dengan perasaan sendiri..& itu perit sekali~
Lalu aku putuskan utk tidak lagi 'bermain dengan api'..kelak aku yg terbakar sendiri..

Jgn ditanyakan aku soal cinta..persoalan itu bagaikan mati x bernoktah..bagaikan tenggelam jauh ke dasar laut sana..~



*Ya Allah..hijabkan hatiku daripada si dia yang tidak mungkin akan menjadi milikku..~

Monday, October 3, 2011

+++ ReZeKi +++

Aku ada satu perangai yg kalo org tau mungkin akan anggap aku ni ntah hape2..tp ado aku kesah~Lam menyelusuri perjalanan hidup aku, ada beberapa saat yg aku akan capture..setiap stage start drpd SPM sampai aku keje..*

Risau tu perkara normal kan..cuma perlu diseimbangkan..tidak terlalu melampau~

Waktu nak amek UPSR & PMR, aku x rasa aku cukup risau..risau sekadar tindak balas normal utk amek ujian besar..tp bermula dengan SPM, keadaan mula berubah..SPM tu ibarat penentu masa depan..dekat u mana ko akan lanjutkan pelajaran..penentu ke mana arah tuju ko kemudian..saat pertama yg aku capture..lepas exam, aku di pondok menunggu masa utk pulang..aku renung jauh ke padang..masa tu angin sepoi2 bahasa..kereta lalu lalang di jalanan..aku rasa x keruan..aku sedar aku x cukup pandai mcm kebanyakan..tp xdela sampai cukup2 makan..yg aku tau aku akan usahakan sampai satu tahap aku da x boley cuba lagi..risau betul aku x dpt nak masuk u mcm kwn2..Tp syukur Alhamdulillah..aku dpt jejakkan kaki ke uni idaman..UIA~

Dituruti dengan kerisauan aku untuk mencari sesuap nasi..mencari rezeki..ya, pointer aku tidak sebagus kwn2 yg lain..aku berasa sgt rendah diri..saat kedua yg aku capture..di waktu dinihari aku bangun study..aku renung kipas & suasana bilik yg sunyi sepi..lihat kwn2 nyenyak tidur dibuai mimpi..risaunya..boleh ke aku dpt keje yg bagus lepas ni..~ tp tiada siapa dpt menyangka apa yg bakal kita perolehi..1st interview:tiada keyakinan..tergagap2..tersekat2..terdiam kelu x terkata pun ada, aku x rasa aku akan dpt..masa tu aku mmg blame diri..tp siapa sangka, aku diterima..dengan jawatan yg agak bagus & gaji yg agak lumayan utk fresh grad waktu itu..semestinya aku senang hati~

Tp tiap kalipun mak ayah akan bising..mereka nak sgt aku jadi seorang pendidik..& terus terang aku sememangnya degil..saat ketiga yg aku capture..dalam kereta pulang ke kg waktu cuti semester..abah berceramah tentang kerja..x suka aku kerja swasta yg jadualnya x tentu masa..aku dengar n renung aja ke luar cermin kereta..maaf ma, maaf abah..bagilah org masa..~

Berbekalkan pengalaman 2 tahun stgh di syarikat pertama, aku membuat keputusan utk bergerak ke tahap yg lebih tinggi..pergi interview situ interview sini..pertimbangkan baik buruk tawaran yg diterima..soal masa depan..mmg sakit kepala..bila saat aku berhenti seketika, dtg tawaran dari Shell Oil..ya, semestinya aku terima..

Genap stgh tahun di Shell tiba2 aku dpt twrn KPLI..perlu buat keputusan antara kekal di sini & menunaikan harapan kedua mak ayah aku utk jadi cikgu..~ argh..memang agak tensi..

Akhirnya aku buat keputusan utk berhenti..bila aku fikirkan jauh ke depan..itu keputusan yg terbaik..lagipun aku rasa sgt x tenang hati..abah pernah ckp dia kecewa dengan aku sbb xnak bg peluang kat diri utk cuba jadi seperti apa yg mereka hajati..ramai kwn persoalkan keputusan itu..tp aku lebih tau apa yg terbaik utk masa depan aku..namun aku rasa amat bertuah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada mereka walau hanya utk seketika~ pengalaman yg pasti tidak akan aku lupakan sampai bila2..~

Pejam celik pejam celik..lagi seminggu aku akan habis praktikal..bulan 11 habis belajar..kalo xde apa2 halangan bulan 1 posting..ke mana aku akan dihantar..aku berserah saja..Sememangnya aku rasa serasi dengan bidang ini..cabaran & dugaan ada di mana2..tp hati aku lebih tenang, itu yg pasti~ =)

Mungkin nampak mudah perjalanan hidup aku dari mata kasar..tp utk sampai ke saat skrg ni...peritnyahai..mcm2 aku lalui..~

Skrg ni ibarat aku berhenti seketika di perhentian ke-27..masih jauh perjalanan...andai dipanjangkn umo~..bersiap sedia utk redah ntah bagaimana rupa halangan & rintangan di hadapan~

dan aku sematkan dalam diri kata2 ini~

"Janganlah engkau cemas tentang rezekimu, kerana pencariannnya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya"..

Allah itu maha mengetahui..yg penting dalam pencarian itu jgn sesekali kita lupakan DIA..pasti DIA juga tidak akan lupakan kita~ ^^

~Tarik nafas panjang2.....dan teruskan perjalanan.......>>>

Wednesday, September 28, 2011

+++ KiTa aDa DIA +++

Mungkin ada yg x suka diuji..tp terimalah hakikat.selagi ko bernama manusia..& selagi ko bernyawa..selagi itu ko akan diuji...& ujian itu dtg dari pelbagai sudut & dalam pelbagai rupa..dari sekecil2 hal ke sebesar2 perkara..~

Dalam hidup, kita terpaksa membuat pilihan demi pilihan,kan..& aku pernah tersilap membuat percaturan..kesilapan yg mampu memberi kesan yg amat besar dalam hidup aku..& sekarang aku sedang berhadapan dengan akibat keputusan aku yg dulu..serve me right!~

Tapi bila aku renung kembali..aku tidak lagi menganggap itu sebagai kesilapan..bahkan menganggap ia sebagai satu pelajaran & pengajaran..untuk aku reflek diri..menjadikan aku seorang yg tidak mudah melatah bila diuji & terus diuji..ada satu tahap, iye,aku hampir putus asa..saat itu terlintas di fikiran kenapa aku diuji sebegini..Oh..kalo kita nak banding diri..jgn sesekali banding dengan org yg 'di atas'..banding dengan org yg 'di bawah'..kerana dgn itu kita akan sedar..bahawa ada org yg lebih kurang dari kita..& sesungguhnya kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada..~

Bila aku x cukup kuat untuk menempuh segala..pernah aku meratap nasib diri..tp aku igt satu kata2.."Sometimes, bad things goin to happen, beatin urself up isn't gonna help anyone." & bak kata encek Orlando.."....Dan ini advantage kite sebagai Muslim, sebab kita ade Allah...Sebagai Muslim sewajibnya kita lebih kuat dan tabah dalam mengharungi ujian kan???"

iya..benar sekali..kita ada DIA..

Dari dulu aku suka simpan kata2 hikmah..& kata2 pembakar semangat..tp dulu sekadar kata2 yg aku rasakan sedap didengar..kurang memahami significant di sebaliknya..tp bila sampai satu tahap..semuanya jelas & nyata..

" God answers prayers in 3 ways:
1) HE says YES & gives u what you want
2) HE says WAIT & gives you something better
3) HE says NO & gives you the best in the future~ "

Terasa seperti tangan disambut di kala terkapai2 kelemasan~

Friday, September 23, 2011

+++ HuMaN mOmEnT +++

Dulu waktu sblm ade kete..siyes aku byk bejalan..utk ke Jalan Raja Chulan, aku ada few options..samaada:

#Nek bas terus benti dpn offc.
(jarang aku amek sbb lambat n leceh tunggu bas)
#Nek lrt ke Dang Wangi, jalan lam 7 minit utk tukar monorel pastu jalan lagi lam 10 minit sebelum sampai offc..
#Jalan terus dari lrt Dang Wangi lam 20 minit ke offc..
(kalo jln slow 30 minit jugakla)
#Jalan terus dari lrt klcc lam 20 minit ke offc.. (selalunya aku pilih yg ini)

(sbb tu dulu bley je maintain berat bdn ideal..tiap2 ari bakar kalori..skrg ado??!)

Ada satu peristiwa yg x dpt aku lupakan terjadi dlm salah satu perjalanan aku pulang dari offc..Ada hari2 yg aku x larat nak jalan..aku decide amek bas..tunggu lama sket pun x kesahla..~

Da dpt bas..aku dudukla sebelah tingkap..seat sebelah kanan aku kosong.. tiba-tiba~~~~~~~

Mr x : "Assalamualaikum..ada org x kat sini?"
Aku : "Eh, err, xde xde"
Mr x : "Terima kasih"
Aku : *Senyum & angguk*
lam hati : hmm, berkot n bwk briefcase tp nek bas..sedikit pelik di situ~..1st impression: lewat 40an..

Baru je pandang ke luar tingkap n nak start mengelamun tetiba dia tego..

Mr x : " Naik dekat mana td?"
Aku : *Sedikit terkejut* "Oh, em, dekat depan wisma mpl"
Mr x : "Samala, sy pun naik dekat situ td..keje dekat situ ke?"
Aku : "Iye.."
Mr x : "Saya keje kat building sebelah"
Aku : "Oh, iye ke"..

Layan x layan je sbb masih lam keadaan pelik..pastu terdetik plak lam hati :muka mcm mat saleh tp ckp melayu lancar je..mix kot dia ni~
Diikuti dgn perbualan biasa..& soalan aku yg 1st..nape naik bas?..
Mr x : "Oh, kdg2 nak elak jam, lebih prefer ambil bas, sy park dekat lrt"
Ow..tul gak ek..selalu je org buat mcm tu kan..~

Bila sampai part ckp org mana..sekali sekapal..org kelantan gak!! pastu mulala rancak nyembangnya..*ikut pengalaman aku..asal jumpa geng je mesti pastu jadi lebih kamcing..^^~dia bahasakan diri sbg Abg Nik.
Terdetik seketika*asyik terdetik je eh* : aduh abg ni muka mat saleh tp sekali ckp kelantan daa..rasa mcm x ngam.. =p

Perbualan masa tu lebih kepada kerja..sempat dia ckp,"nnt tgkla website abg..abg ada menulis sikit..taip je Dr Nik Rahim Nik Wajis"

*Gulp..Dr??!

Lepas daripada itu..ada dua tiga kali terserempak lam lrt..mmg sgt respek dia sbb selalu bg nasihat n bila nyembang,nyembang penuh isi..kagum~

Disebabkan busy keje nye pasal aku hampir terlupa..dua tiga hari lepas tu baru sempat surf tenet..ternganga aku bila baca die nye biodata. juga jumpa video ini..maunye sembang x penuh isi..~ aduhai..sgtla x sangka..kat luar sgtla humble orgnya~

n lagi sekali aku terkejut.waktu tu bulan pose..tgh2 sahur lam kul 4 - 5 pagi..on tv 1..masa tu tgh rancangan Ramadhanku Kali Ini..mau tersedak aku tetibe nampak seseorang yg mcm kukenal!! "Huik..abg Nik!!" salah sorang panel jemputan..~

Bila aku renung balik..pasti aku senyum sendiri..kdg2 lam perjalanan hidup kita..kita akan dipertemukan secara xsengaja dengan org2 yg x kita sangka2..aku gelarkannya...human moment~ =)

Monday, September 19, 2011

+++ GeLaP vS cErAh +++

Jika ditanya ibu mengandung..pasti majoriti jwbnya mau anak berkulit cerah..kecuali kalo da kuanya mmg gelap..maka perlulah terima seadanya,kan..Ahah, x kisah cerah atau gelap..tiap org punya pandangan tersendiri..~ ^^

Tp ini ikhlas apa yg aku rasakan..~

Waktu dilahirkan dulu aku ni boleh digolongkan lam kategori gelap..dahla gelap..mata sepet pulak tu..adik badik laki gelarkan aku 'sompek'..~sampai ati ko wahai abg2ku sekalian~ (--")

Masa kecik2 dulu mana la reti bab2 redha n terima ketentuan ni sume..apa yg aku igt..aku rasa rendah diri yg amat..~

Waktu skolah rendah aku suka perhatikan kwn2 aku yg berkulit cerah..bila waktu pj atau bersukan, kulit deorang pasti nampak kemerah2an gtu..comel betul..& bila deorang pakai baju & tudung, pakaila kaler ape pun, pasti ngam..~ Oh, jelez!

Masa skolah menengah lagi dasat..tiap2 hari balik skolah ikut jalan sawah padi..tiap2 hari berjemur..hangus!~

Bila masuk uni..da mula belajar pakai itu ini..( ckpla apa jenis jenama pencerah kulit..sume aku nak cuba!!) nasib kulit bukan jenis sensitip..n syukur ikut kulit mak yg x berjerawat..~

Bila da stat kije..boleyla try jenama mahal sket kan ( x sedar diri )..& apa yg paling penting..tiap2 hari dok lam aircond..kdg2 aircond kat office dah di-standardize-kan & x boleh diubah! sejuknya sampai tahap menggigil..oh, sgt aku x fhm..kenapa nak kene sejuk sgt..sampai nak buat kije pun tgn terketar2.. (--") ~

Dulu kononnya workhaholic..office tu ibarat rumah kedua..keluar belum terbit mentari..balik bulan da memunculkan diri~ aku mmg suka dok office lama2..org da balik aku x terus balik..sampai satu tahap ada membe tego.."weh, ko ni xde rumah ke??!!".. aku suka menyibukkan diri dengan keje utk lupakan mende2 lain yg x sepatutnya..~lagipun aku mmg lone ranger..oh, jgn ditanya apakah mende2 yg x sepatutnya tu ye~ hanya org mcm aku je fhm~

Tiga tahun aku kije swasta..kije lam office..kije yg x memerlukan aku ke hulu ke hilir..kije yg tiap2 hari dok lam aircond..kije yg teramat busy sampai x kenal mentari..( ok, itu cuma pengibaratan ye)..lama2 otomatically aku jadi cerah..cerahla sangat.. (--")..ok, betterla daripada dulu..nak putih melepak tu tunggu bulan jatuh ke riba pun blom tentu..yg tu ikut keturunan la kan~ tp lam family, aku anak tgh..tiga abg aku gelap belaka..n tiga adik aku cerah2 pula..agaknya anak tgh ni kompius x tau nak ikut yg mana..jd sedang2 aje la kan..hahah~(boley pulak mcm tu)..

Kesimpulannya, sila buat kesimpulan sendiri..boley gitu? =p

Kesimpulan aku, bila lahir kulit gelap..x semestinya sampai ke besar gelap..bg aku mende ni ikut persekitaran..~

Aku yakin pasti ada yg akan ckp..walo ape pun warna kulit kita..bersyukurlah & terimalah seadanya..iya betul..aku setuju..~ pilihla yg mana asalkan kita selesa & yakin dengan diri kita~ =)


Wednesday, September 14, 2011

+++SbG MaNuSiA,aKu SaYaNg PaDaMu+++

Aku punya sorang teman..belajar di salah sebuah universiti luar negara..
ada rupa, bijak pula (mestila bijak..kalo x,xdela lanjutkan pelajaran ke sana dlm jurusan hebat)..aku pernah dengar sorang kwn aku berkata..kalau belajar di sana..samaada kau akan menjadi seorang insan yang makin teguh imannya, atau kau akan menjadi salah seorang dari 'mereka'..

Iye, dia sendiri pernah buat pengakuan ikhlas, bahawa hidup dia sangat 'bebas'..betul-betul 'bebas'..'perkara itu' sudah biasa bagi dia..& pernah bila dia pulang bercuti, kami keluar..waktu tu aku period..jd mmg dari pagi sampai petang ke situ sini bersama..& obviously dia x sembahyang..haruskah aku terkejut?..buat apa aku nak terkejut..aku cuma sedih..sedih sgt dengan jalan hidup yg dia pilih..~

Kwn aku pernah ckp, "ko ubahla dia Sal..besar pahalanya kalau dia kembali semula.."Sejujurnya...aku x mampu..x semudah filem Syurga Cinta.. aku bukan seperti cikgu Syuhadah yg berjaya mengetuk pintu hati Irham utk kembali ke dunia nyata..kembali pada Penciptanya..~

Setiap kali teringatkan dia..pasti aku sematkan doa..mudah2an Allah hembuskan kembali hidayah padanya~ Orang kata..kalau kita x mampu nak ubah seseorang..paling2..kita doakan dia,kan..
~hanya doa yg mampu aku panjatkan utk kamu....~


Bagi pembaca novel...pasti kamu kenal benar dengan sepotong nama ni..Ramlee Awang Murshid..novelis thriller terkenal di Malaysia...aku nak petik satu ayat dalam novel Bagaikan Puteri.. ayat yang bisa luruhkan jantung dan hati bagi sesiapa yang tahu menghayatinya..

"Sebagai manusia, aku sayang padamu.."

Ya, sebagai manusia, aku sayang pada kamu..wahai teman..~
Mudah2an satu hari nanti kamu 'kembali'..'kembali' pada DIA~

Friday, September 9, 2011

+++ KeHiLaNgAn +++

Pernah kehilangan dompet x? hp? kunci? pendrive? atau apa2 aje yg sgt penting?~

Odw balik kg haritu abg long aku tertinggal dompet kat stesyen minyak..mmg hye hye bye bye la..dahla nak raya..~

Kwn baik aku pun penah alami mende yg sama..tertinggal dompet atas kete lepas isi minyak..haruslah terjatuh kat mana2..pusing2 cari mmg x jumpa..tp nasib dia baik..tiba2 esoknya ada org call terjumpa dompet tu tepi jalan..lega buka kepalang~

Bayangkanla kalo org yg mmg jenis taruk bermcm bagai harta lam satu dompet..mmg naye~leceh nak kene buat baru segala..

Cuai..& mende mmg nak jadi..~

Mcm aku..tgh elok jalan nak g pasar mlm, tepi tu longkang, tgh pegang dua tiga barang..baru nak alihkan bb ke tgn lagi sebelah tiba2..toink..terloncat jatuh lam longkang!! longkang yg sgt dalam..& ada air ok..Innalillah..ya, aku tergamam jap..tp lepas tu aku jenguk longkang tu n ckp,"ow..hp aku jatuh longkang" *dengan muka xde perasaan..
mende da nak jadi.. mengucap panjang jugakla..~

Tp kdg2 kita da cukup berhati2 sekalipun..kalo mende da nak jadi..jadi jugakkan..~

~Belajar utk tidak melatah n terima dengan tenang~

Saturday, September 3, 2011

+++ bLuRr +++

Sabtu lepas tunggu abg,kakak ipar n anak buah kesayangan ( Afif Irfan ) sampai dr Sabah n balik kg sesama..lebey kurang kul 11.00 mlm amek deorang kat KL Sentral n terus gerak..lepas brenti solat kat stesen minyak abg tiba2 ckp,"ko xnak drive, aku ngantuk ni"..huik..bia betik, aku kalo setakat drive utk hal2 biasa kat kl ni ok la, tp suh drive balik kg kat highway memalam buta mcm ni..aish..lagi pulak aku bukannya tau jalan..
*Inila dia cth org yg x alert ngn jalan kalo g memane..(--') ..

tp bila memikirkan abg da penat, kesian pulak..cuba je la..yakin boley!
Abg,"kat Raub nnt kita tukar..ko ikut je kete n tgk signboard"

boley je pun..aku ni perlu dicabar sket kot baru nak berani..(--")
tapi bila sampai Raub, nengok abg n kakak ipar mcm nyenyak je tido..teruskan je la..

agak ngantuk drive xde kwn nyembang tp tahankan aje..

beberapa jam kemudian..tiba-tiba~~~~~~~~~

Abg," kat mana ni?? ko ikut jalan mana ni??!"
Aku," Ntah, td kat Raub byk sgt selekoh..kompius..aku nampak jalan alternatif ke Kota Bharu, aku masuk je la..nak ikut kete len tp da terlajak"
Abg," Aih, ni jalan lama..org da x lalu..tgk selekoh dia tajam2..bahaya..byk eksiden"
Kakak Ipar," Patutla x nampak kete lain"
Aku,"Ow, ye eh..ehe..kan aku da ckp aku x tau jalan..aku pun rasa pelik..tp tgk kat tepi jalan tu tulis kota bharu je berderet, aku teruskan je la..maap le"
Abg,"xpela, biasa2 ngn jalan sket..sama je pun..x jauh beza..cuma bahaya sket la"

x lama kemudian jumpa balik jalan asal..
"wah, ok, kita da kembali ke pangkal jalan, huhu"

~adeyh..nampak sgt aku ni blurr kan..xpela, anggap je aku nak mantapkan skill drift aku kat selekoh tajam..huhu~

Lepas sahur abg take over kejap n lepas subuh tiba2
Abg," Ko drive la, aku ngantuk"..hurr..
aku sambung balik sampai kg~

Nota kaki : Alhamdulillah sampai ke kg halaman dgn selamatnya..~ ^^

Friday, August 26, 2011

+++ SeLePaS 3 TaHuN +++

Dah 3 tahun aku x merasa balik awal utk sambutan hari raya..selalunya kalau x sehari sebelum raya, mlm raya baru nak gerak balik..itu baru betul namanya anak rantau pulang ke desa iye dak~ sampai2 pagi raya," Maaakkk..anakmu sudah pulang!" pastinya kepulangan yg dinantikan~ iyola sgt dinantikan..(--")

Aku masih blom reti nak balik kg drive sensorang..8 jam perjalanan mau bertukar jadik 18 jam~..ataupun ntah2 sesat ke Siam..err..jd buat masa skrg tunggu abg no-3 dari Sabah n adik dr Sarawak pastu balik sesama..~

Dengan ini berlalu sudah zaman nek bas..sgt byk kenangan..tiket raya balik Kelantan sapa x tau, laku bak jual pisang goreng panas..terlambat sket bas tambahan la jwbnya..atau lebih malang x dpt tiket langsung..menangis x berlagu la ko x dpt nak beraya kat kg ngn mak ayah~ kalo sempat pegi beli pun, beraturnya mcm ular kene palu..berjanggut la ko tunggu turn..penah sekali sibuk punya pasal sampai lupa nak g cari tiket..terpaksa la meng'mc'kan diri sbb kaunter diberitahu hanya akan dibuka pada hari sekian2..

Kisah haru bila nek bas blk kg ~ x semestinya waktu nak balik raya ~
*Tiket bas kul 9 mlm, kul 12 mlm baru nak nampak btg idung (--")
*Blom masuk part jam teruk sampai amek masa lebih 15 jam..
*Bila dpt seat dekat dgn tayar..adulahai..bingit~
* Bila dpt seat paling belakang..siyes sakit blkg sbb seat da x bley nak diturunkan sgt..
*Bila dpt seat dekat aircond bocor!!! ( ni zmn2 blaja dulu, mutu perkhidmatan bas blom cukup bagus). Nasib x beku je bila sampai Kelantan~
* Bila dpt bas aircond rosak@x berfungsi!!! ( bas tambahan ) sendiri bayang la mcmna ghupenya..

& mcm2 lagi pengalaman ntah hapa2..aku pun da igt2 lupa..

p/s : Aku bukannya excited sgt pun nak beraya..da tua2 ni biasala..feel dia da x mcm dulu2..yg excitednya nak lenyek budak dua org neh! sekian~

~ Afif IrFaN~ & ~ ThAqIf DaRwIsY~




Nota kaki : Smlm aku terpijak spek mata sendiri..da senget! padan muka letak merata..yg ni lagi haru~ (--")

# Rasanya ni last entry aku sblm raya..kat kg agak susah sket nak on9..lagipun nnt mesti byk berjalan ke sana sini..jd aku nak mintak ampun maaf dari semua..andai selama ni ade comment2 yg mengguris hati, ada tersalah kata, sesungguhnya aku manusia lemah..ada cacat celanya..panjang umo jumpa lagi ya~ ^^ # SeLaMaT hArI rAyA! ~

Saturday, August 13, 2011

+++ KaMi +++

Semalam buka pose sama Cik Dill~
Cik Dill ckp dia blom penah g memana bazar ramadan tahun ni..

Cik Dill..bia betik!

Aku dgn housemate plak ada2 je plan..kejap g bazar Wangsa Maju..bazar Taman Melati, bazar Taman Melawati, bazar Keramat, bazar Bandar Baru Sentul..*bukak pose aku lebih senang 'masak' kat bazar je..sahur baru sendiri masak..bujang2 boleyla mcm ni iye dak~

Berbalik pada cik Dill..makanya aku bawakla cik Dill g bazar Wangsa Maju..

Masa kat Keramat..mendung berarak je..masuk je Wangsa Maju..ujan lebat tahap gaban..tp diredahkan juga..cik Dill 1st time nak g bazar ni =p nampaknya kedatangan awak disambut meriah cik Dill =p n elok2 masa nak balik ujan da reda..nampak sgt dia bg hint awak x ley g bazar..haha

Plan awal nak cari kerang bakar..siyes masa dtg x nampak..selalu ade je kat situ..bila da siap beli mende alah len..tetibe elok ada kat depan mata odw balik..aih..

Sebelum sampai uma,Cik Dill mintak teman ke rumah sorang kenalan..aku suka je bab2 ziarah menziarah ni..gengster gila akak tu..nampak ganaz bila beckp tp klaka..sonok plak aku nengok deorang ni..

Sebut pasal ziarah/jalan2..parents aku jenis jarang bejalan jauh..jd masa blaja kat u dulu, bila cuti sem aku jarang balik kg..sebaliknya aku akan folo kwn2 balik kg masing2..aku penah folo Khairi Shadila balik Johor, Sehah balik Pahang, Murshi balik Selangor, Dijah balik Penang, Burn balik Melaka, Syakira balik Perak, Jue balik Kedah..jalan2 mcm ni buat minda aku lebih terbuka..aku suka perhatikan cara hidup deorang..& buat aku bersyukur dgn apa yg aku ada..apa yg baik aku jadikan teladan..apa yg sebaliknya aku jadikan sempadan..sekaligus memberi aku ruang utk perbaiki diri..~

Ok, balik lagi pada cik Dill..

Cik Dill, kalo dulu susah betul nak jumpa kan..busy je manjang..last2 skrg kita dok dekat je..awak AU2..sy AU3..siapa sangka..n sedar x sedar da 10 tahun kita kwn~ ^^

Awak da baaaanyaaak sgt tolong sy * mesti awak akan ckp "mana ada tolong apa2"..kalo awak ckp lagi sekali mcm tu, sy ketuk kepala awak jumpa Ahad nnt! igt tu! =p

Kita mcm sama nasib je..dua2 pun 'sendirian' di kl..lone ranger..Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita kan..positively single!

Nota Kaki : Nnt lepas raya kita sambung projek jalan2 cari mkn n jalan2 ronda kl ye~ =p


Monday, August 1, 2011

+++ AkU & RaMaDaN +++

Memang seronok mengimbau kenangan zaman pose dulu2..tp x byk kenangan yg aku igt..biasalah..kdg2 aku ni mengalami simptom short term memory lost~ (--")..ni antara kenangan2 best yg masih terpahat lam memori~

Bila kat kg :

Akula tukang kipas bara api bila maa buat kueh akok ( rindu kueh akok maa!!)

Akula tukang hulur juadah dekat sedara mara bila da hampir waktu berbuka.

Akula antara anak dara yg kene basuh pinggan kat surau lepas moreh..

X berani x g terawih sbb abah n maa garang betul!~

Abah n maa akan pastikan khatam Quran lam bulan Ramadan..(bila ada org push, mmg akan sgt bersemangat.haik!)

Tensi ada ramai adik badik laki..men mercun x hengat..paling x suka mercun bawang..akula yg jadi mangsa..ah, x suke! x suke!

Paling sonok bila tolong maa uli tepung buat kueh siput.(stok raya) Sambil tgk tv sambil tgn menggulung..sgt suke!^^

Bila kat Uni :

Tiap minggu aku akan pastikan terawih dekat surau mahallah (asrama) yg berbeza..dalam kepala da berkira2..hmm, minggu ni aku nak g semayang kat mahallah Ameenah..minggu depan kat mahallah Hafsa..pastu mahallah Maryam..pastu lagi dekat mahallah Halimah..oh, masjid UIA pun nak kene g jugak sekali sekali..( ni kes kononnya nak banyakkan pengalaman )..

Geng bukak pose pun nak kene beza2..katapun lone ranger..suke ati aku je nak g mana..ada sesetengah org bukak pose kat bilik sendiri je tiap2 ari..ataupun kdg2 aje bukak pose ngn kwn2..tp aku ni mana bley dok diam..arini bebuke ngn geng Barb ( bhs arab ) , esok ngn geng Hs ( human science ), lusa ngn geng Laws, pastu geng Irk,lagi geng Econs..kesimpulannya segala mcm geng la..kdg2 kalo nak rasa bebuke lauk free, join pulak geng2 kaki masjid..^^

Bila da kije :

Da nasib aku kat Hlbb n Shell kene keje shift..n tiap kali masuk bulan Ramadan, dah terkebetulan kene keje shift mlm..maka terpaksala tapau apa yg ada..nak merasa g bazaar bila off day aje..lagi dasyat bila kije kat Shell..workload byk gila..selalunya bila da masuk waktu bebuka minum air n makan kueh ajo..bila da abes kije kul 10 mlm barula sempat nak menjamah makanan..bila da khusyuk sgt buat keje, nak makan pun da x igt..penangan..~

Bila sambung blaja :

Skrg aku tgh ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, TESL (setahun)..n kebetulan skrg tgh praktikal..balik skola kul 1:30pm..kecuali kalo ada meeting atau program..lam tempoh ni penat perah otak pk pasal lesson plan n segala bagai abm..mungkin nampak biasa di mata kasar kamu semua..tp cuba dtg ganti tempat aku..kdg2 mau melotop kopalo ni ha..

Nota kaki : Mintak ampun maap kat adik n anak2 buah tercinta..tahun ni mak sedara kamu x dpt nak bg duit raya byk2 mcm dolu..duit elaun yg x seberapa tu abes buat bayar itu ini .. kita double tahun depan ye ;p

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kueh siput n kueh akok~ ^^

Wednesday, July 27, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 3~ +++

(Minggu lepas)..
Baru je stat mengaja hari Isnin, tiba2 hari Rabu supervisor da msg:
YM Hjh Raja Azizah," Will c u both tomorrow.hope there is no problem"..
Ya ampun..bia betik ni..da nak dtg observe??!! cepatnya~

Aku mengaja 2 kelas BI (darjah 2 & 5).Kelas yg nak di-observe tu masuk pun belom..deorang kata bebudak darjah 3 ke bawah nakalnya semacam..cuak pulak kotla ada mende x best jadik 1st time kene observe,riso,riso..kelam kabut siapkan apa yg patut:

-Update buku rekod
-Refleksi & jurnal
-Alat bantu mengajar & worksheet
-Portfolio ( donlot n isi segala mcm borang praktikum)

n minggu ni baru nak rasa lega sket tiba2 mdm call ckp nak dtg lagi! ayyok..cepatnye aih mdm..sampai cikgu pembimbing aku pun terkejut..tensi sket bila lecturer update last minit..agak kelam kabut prepare apa yg patut..tp bak kata cik Dill , lagi cepat lagi baik..cuma cuak sbb skrg masih kelam kelibut..

Lam tempoh ni agak 'demam' ngn lesson plan..makan igt lesson plan, tido mimpikan lesson plan, tgk tv igt lesson plan..kesimpulannya hidup aku dihantui lesson plan..kwn aku ckp, waktu praktikal ni je teruk sket..lesson plan agak complicated & berhelai2 panjangnya..bila da jadi cikgu betul..boleh jadi cuma satu perenggan! (--")

Monday, July 18, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 2~ +++

Seminggu dah berlalu, Alhamdulillah ianya x seteruk yg aku sangka..

X kisahla org layan kita mcmne, sbg budak baru kenela senyum n bertegur sapa..nnt dikata pula sombong x reti nk bergaul mesra..

Apa yang mengejutkan aku, dari hari pertama hingga ke hujung minggu, lebih separuh cikgu mengatakan wajah aku mirip guru besar..(GB)

GPK Koko: “Sy td hairan kenapa GB bawak anak dia dtg sekolah..awak ni sebiji mcm GB tau”

Di kantin: Seorang cikgu menegur GB, “Eh, Puan, sy igtkan ni anak Puan”

Di bilik guru: “Dia ni muka mcm GB kita la”

Cikgu lain, “Ha, tu la dia, aku baru nak ckp tp aku ckp lam hati je td”

Di pejabat, “Awak ni ada mirip GB la”

& lagi aku terkesima bila beberapa org kakitangan pejabat ckp pulak muka aku ni mcm dia punya adik ipar n lagi sorang pula ckp aku ni mcm sepupu dia..mak aih..apekah..~

X terlepas jugak aku punya guru pembimbing, “Deorang dah pesan kat saya dah ni, mintak hati2 jadi cikgu pembimbing anak GB ni,haha..”

Aku : “Tu la Miss Jai, ramai sgt dah ni ckp muka sy ni mcm GB la, mcm sedara deorang la, mcm sepupu la..muka bersepah sangat la sy ni”

Miss Jai, “Ni bukan pelanduk dua serupa lagi dah..ni dah jadi pelanduk berupa2 dah ni”

Aduyai..~

Lam minggu yg sama, supervisor kami dtg utk sosial visit..aku, Che Ah, dua guru pebimbing kami, GB n GPK koko duduk bersama utk sesi pendek, penerangan berkaitan tugas/tgwjb kami sbg cikgu praktikal sepanjang tempoh 3 bulan di sekolah.

Supervisor, “Cikgu gunakanlah mereka ni..bukan maksud menganiaya, tp suruhla mereka buat apa sahaja yang melibatkan sekolah. Bila mereka dah masuk sekolah, mereka dah jadi sebahagian dari sekolah. Mereka perlu terlibat dengan semua aktiviti. Bg mereka tunjuk ajar. Kami sebenarnya nak perbetulkan balik persepsi sekolah tentang produk keluaran KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).ambilan KPLI sebelum ini sebenarnya tidak punya byk pendedahan, tempoh pembelajaran mereka sgt terhad..dah lama kami nak cuba ubah semua ni dan kami sudah diberi peluang, mulai tahun depan, tempoh pengajian KPLI akan dilanjutkan ke setahun setengah..mereka akan punya lebih banyak waktu, akan diberi lebih banyak pendedahan. Diharap cikgu2 semua dapat bg peluang kepada mereka berdua”..

GB: “Itulah, sebenarnya sy mmg ada satu persepsi tentang pelajar KPLI,rasa x yakin dengan kebolehan mereka”

~No wonderla GB sgt sarcastic,tp apa boleh kami buat kalau itu yg GB fikir..kami cuma mampu cuba yg terbaik..

Hujung minggu kami perlu terlibat dgn perkhemahan tahunan sekolah..perlu korbankan hujung minggu..~dah berkurun aku x tgk wayang sejak masuk KPLI..cuma sempat sekali hang out dgn kwn2 sekelas..bukan langsung xde masa..tp ntah kenapa aku malas..dah xde hati nak keluar tgk wayang..

Kdg2 GB turun padang pantau program.GB yg sebelum ni serius xde perasaan menegur kami dengan mesra..bertegur sapa bila terserempak di kantin dan di perkarangan sekolah..sejuknya hati bila begini~ ^^

Sepanjang program, aku perhatikan saja budak2 tu semua..sgt mengimbau kenangan zaman sekolah rendah..tiba2 aku nampak diri aku dalam kerumunan itu..aku dulu di sana..dan skrg aku di sini..sbg guru.~ Pelik betul perasaan ini..

Oh, ya, mereka ada amalkan budaya cium tgn sebelum balik sekolah..muncul satu perasaan yg sgt aneh..& pastinya terharu bila dikerumuni anak2 kecil berlari2 comel mencium tgn sebelum beredar meninggalkan kelas..~ ^^

Aku tahu bidang ini bukan semudah yg disangka..tp betul aku temui ‘ketenangan’ di dlmnya~

Nota Kaki: Kalau sebelum ini aku mampu ‘redah’ segala..kenapa tidak kali ini..~


Saturday, July 16, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 1~ +++

Lepas SBE (School Based Experience) di SK Damansara Jaya 1..
~penah tulis di sini ( 1 & 2 ) ~ ni kira second experience aku kat sekolah..juga next stage aku lam bidang perguruan...(Praktikal 3 bulan di SK Wangsa Maju Seksyen 2 )..

Kalau SBE just kumpul bahan untuk portfolio, g relief class, amek feel bakal cikgu,(mengambil masa 2 minggu- sgt byk masa terluang)..tp kali ni aku perlu mula mengajar..maximum 12 jam (8 jam major *English* & 4 jam minor *Muzik*)..agak cuak sbb aku langsung xde experience mengajar nak dibandingkan dgn kwn2 yg kebanyakannya dah ada experience samaada GSTT ataupun cikgu tuisyen..lepas tu pulak kene involve dgn semua program & aktiviti yg dianjurkan pihak sekolah..

Serius masa pilih sekolah utk praktikal, xde specifik sekolah utk aku pergi..randomly pilih area Wangsa Maju..x kisahla mana2 skola pun dicampak..bila dah confirm nama sekolah, cuba korek cite daripada beberapa pensyarah..ada yg ckp ok..ada yg ckp kalau pergi sekolah tu mesti kene buat mural punya..n disebabkan sekolah tu bersebelahan dengan sekolah menegah, org ckp pelajarnya akan sedikit nakal sbb terpengaruh dgn bebudak sekolah menengah..hmm..

Pelajarnya x ramai..juga mengalami nasib yg sama dengan SK Damansara Jaya 1, disebabkan munculnya byk sekolah yg lagi advance & dilengkapi kemudahan yg canggih, ibu bapa lebih terarah kpd itu..maka berkuranglah pelajar di sekolah ini..tp dengar kata pencapaian UPSR nya masih di antara yg terbaik..

1st day kebetulan hari perhimpunan, aku bajet mcm kene g depan introduce diri..mcm yg aku kene kat SKDJ 1, tp kali ni bukan setakat x payah g depan, masa disebut nama langsung x disuruh berdiri..seolah2 " Sekolah kita ada 2 org cikgu pelatih, sila bg kerjasama..sekian "

Rasa sgt unwelcomed..~

GB nya agak sarcastic & strict..
"Kenapa kamu dtg sekolah ni..kenapa x g Keramat je kalau kamu dok Keramat"

Wallaweh..menusuk kalbu panahan ayat itu..~

Pastu sambung lagi..

"U r so unclucky lah, skrg ni sekolah tgh byk program..kami akan masukkan nama kamu bila saja ada apa2 aktiviti.."

"Hujung minggu ni ada perkhemahan, cikgu perlu tidur di sekolah"

gulp*

Sambung lagi..

"Memandangkan meja di bilik guru dah penuh..kami akan letakkan kamu di bilik media..nanti pandai2lah kamu nak bergaul dgn cikgu2 lain.."

Cikgu2 lelaki di sekolah tu pun kebanyakannya nampak agak kerek..

~Begitu menyedihkan layanan di hari pertama..

Tp jgn terlalu mudah menilai..ada sesuatu yg x dijangkakan bakal berlaku~

To b CoNtInUeD....~

Nota Kaki :
Dah agak da, mesti ramai cikgu Kelantan..& juga mesti ada ex-IPBA~ ^^


Wednesday, July 6, 2011

+++ TuNgUuUuUuu!!! +++

Encik Masa....tunguuuu!!!! Ko rasa dia akan tunggu?? harusla tidak..
Walopun dah diingatkan berkali2..manage ur time..manage ur time..
aku masih bergelut dengan masalah yg satu ini..

Pernah x korang rasa ada sesetengah org punya sgt byk masa & mampu siapkan kerja tepat pada waktunya..sdgkan ko berhempas pulas menyiapkan segala bahkan meminta alangkah bagusnya jika punya lebih dari 24 jam..(seperti diberi betis mahu pula paha )..

Kadang2 kita terfikir, bagaimana seorang emak mampu menyiapkan sarapan setiap pagi walaupun mereka bekerja..sedangkan ramai antara kita hanya mampu membeli di kedai cuma..mcmna sesetengah kwn kita mampu menyiapkan assignment lebih awal sedangkan kita bersengkang mata menyiapkan kerja yg due datenya esok saja..bagaimana pula ada sebilangan rakan sekerja mampu berhadapan dengan berbagai mcm kerja & mampu mengejar deadline tp kita punya deadline seperti x pernah nak 'dead'..kenapa kita ni asyik nampak busy sedangkan org lain sentiasa ada masa..

Aku suka kata2 ni :-

" It's not so much how busy you are, but why you are busy..
The bee is praised.. the mosquito is swatted "

Fikir2kan kata2 di atas ya~

Jadi apa yg perlu dibuat?

be smart about doing things!

Orang lain dpt 24 jam..kita pun sama~

Aku ada baca satu buku..memberi satu contoh yg aku kira agak menarik..

Contoh diberi; analogi permainan jigsaw puzzle..
Jika kita diminta menyiapkan satu permainan jigsaw puzzle..tanpa kita tahu gambaran awal tentang jigsaw puzzle tersebut..boleh x kita siapkan? mestilah boleh kan..cuma berapa lama masa akan kita ambil utk menyiapkannya..

Tp mcmna pula jika kita diberi satu jigsaw puzzle & dlm masa yg sama diberi gambaran awal tentang apa yg bakal kita siapkan..contohnya, sebuah rumah,..bukankah lebih mudah & cepat jika kita sudah punya gambaran tentang apa yg bakal kita siapkan di akhirnya..

Kesimpulannya, sesuatu kerja pasti lebih mudah jika kita sudah punya gambaran awal & panduan utk kita meneruskannya~

& apa yang penting..utamakan yang mana paling utama..& jgn sesekali pandang remeh masa & susah senangnya kerja yg diberikan..

Jika semua tu dapat diatasi..kita xkan lagi sebok mengejar En.Masa..bahkan boleh bergerak seiring sejalan bersama~ ^^

Monday, June 27, 2011

+++ AkHiRnYa... +++

Akhirnya aku buat keputusan utk lepaskan keselesaan di Wangsa Maju..setelah hampir 4 tahun menyewa..~

xde lagi 5 minit jalan kaki ke JJ Alpha Angle..
xde lagi 5 minit jalan kaki ke pasar malam..
xde lagi 5 minit jalan kaki ke LRT Wangsa Maju..
xde lagi bazar ramadhan bawah blok..

Minggu lepas aku & Che Ah ( kwn sama praktikal juga bakal housemate ) cari randomly area Wangsa Maju jugak. ( Kdg2 iklan ditampal di laluan pejalan kaki, bus stop, bwh jejantas lrt..) Tp bukan rezeki kami..decide balik uma & mulakan pencarian melalui internet ( mudah.my )..

Ada beberapa uma yg sesuai tp samaada sgt mahal, hanya mau lelaki, iklan da terlalu lama, tuan uma yg x praktikkan 1st come 1st serve ( maksudnya kalo sorang ckp nak tgk, tuan uma tu hold dulu org lain..huh?? x penah aku jumpa penyewa mcm ni..merugikan diri senirik je )..yg selalunya aku jumpa, bila call, selagi xde org letak deposit, dia akan benarkan sesapa g tgk..sape letak duit deposit dulu, kira dia la yg punya..kalo masa tu bertembung dua tiga org dtg tgk waktu yg sama..pandai2la nego sesama sendiri..

Cari punya cari still x jumpa sampai aku tertido n Che Ah sambung..x lama pastu Che Ah jumpa satu uma area Taman Melati..terus call & arrange nak tgk mlm tu jugak..bila g tgk..suasananya agak menyeramkan..( bukan sbb mlm tp mmg feel dia semacam..).."Em, xpe la ye bang, kami fikir dulu..kalo kami nak, kami contact balik"..cepat2 balik..Oh, ade lagi satu rumah area keramat AU..deal ngn sorang pak cik..katanya rumah tu baru renovate..mungkin jauh sikit tp x rugi pun g tengok..

Buildingnya dari luar nampak biasa2 je..tp bila da naik uma, cantik! katapun baru lepas renovate..ruang tamu cat kuning, satu bilik kaler biru muda n lagi satu kaler peach..suasana sekeliling nampak cam menenangkan, byk pokok..jauh dari jalan besar..cuma..tinggi ngat..uma skang aku dok tingkat 4..kat sini tingkat 5! aduyai..tp x jadi masalah kot bab2 level ni..aku n Che Ah sama2 angguk..setuju!

Masa dtg kami ikut jalan jauh..sbb xtau ade jalan short cut..bila pak cik tu ckp tempat tu mmg da x jauh sgt ngn wangsa maju..kami try..loh, mmg dekat sgt pun..tempat tu byk kedai mkn, byk kemudahan awam, x jauh ngn JJ AU, Wangsa Walk..kira berbaloi gak la..

Tapi part nak ngangkut barang tu yg seksa sket..katapun lone ranger..ape pun sendiri..nak mintak tolong adik kat slim river, kesian pulak dia dtg jauh2..kwn2? x sampai hati nak susahkan deorang..last2 aku angkut sikit2..abes sakit urat..tu baru sikit..blom lagi angkut dapur, laci pakaian, peti & tv terpaksala upah lori kecik..

Nota Kaki : Minggu ni sgt byk hal, macro-teaching KKBI, micro-teaching Muzik, esemen KOT, esemen PBSM, blablabla..~ pengsan jap..x sempat nak jenguk blog kengkwn~

~Cuak nak praktikal bulan 7 nnt~