Monday, December 23, 2013

+++ I’m JuSt gEtTiNg mOrE aWeSoMe +++

Bila aku tahu aku dah cuba sehabis daya..(usaha+tawakkal+doa) 
tp masih belum dpt apa yg aku pinta..tiba masanya aku berlapang dada..
make peace with God..make peace with myself...
& seiring dgn itu muncul satu rasa...

“Everyone I know is getting married or pregnant...
I’m just getting more awesome” 

Aku pernah diberitahu,

”Ko perlu lepaskan apa yg dah pernah terjadi..
ko patut bg peluang dekat diri sendiri”...

Aku dihukum berkali2 dgn pilihan aku yg ini..tp bukan aku yg rugi...

You can’t judge my choices without knowing my reasons..~

Bukan putus asa..dlm soal ni aku cuma berhenti seketika...
Lagipun buat masa ni panggilan Miss Salihah buat aku rasa selesa & istimewa~ ;p

Aku menantikan 2015 dgn penuh harapan...
jika dipanjangkan usia & diberi kesempatan...

Aku selalu percaya..bila target dah ada..
apa jua yang berlaku di sepanjang perjalanan tu bukan apa2..
akan terasa kecil saja..& 
ia akan berlalu dengan sangat pantas..sekelip mata~

“life excitement pending” utk aku buat seketika...
aku sedar ramai yg berkecil hati..merajuk..& terasa...
maaf..aku x mampu nak jaga semua..
cuma satu yg aku pinta...
smoga kita saling berbaik sangka..
berlapang dada...&
meraikan perbezaan antara kita...~

Maaf lagi sekali buat kalian berteka-teki & tertanya2...
aku cuma dlm proses membuktikan sesuatu kepada diri & keluarga...
juga membuktikan sesuatu kepada mereka yg x yakin & 
x percaya dgn kekuatan yg aku ada...~

Sebelum mengakhiri entry aku nak kongsi satu cerita..
ia berlaku dalam bulan puasa...
terkena ulser, batuk & sakit tekak hingga x keluar suara...
ya Allah,peritnya...
sedangkan hari tu aku perlu kerja...
ya,sudah tentu aku boleh mc saja...
tp aku nekad utk teruskan juga...
push diri & kumpul kekuatan yg tersisa...
berhadapan dgn murid2 yg bermcm ragam & gaya...
semestinya perlu kekuatan minda & jiwa...
lihat makna & nilai di sebaliknya..& 
Alhamdulillah aku berjaya...
meneruskan hari menggunakan strategi & pendekatan yg ada...~

Aku suka relate dgn apa yg sdg aku hadapi saat ini...
aku yakin kerana aku tau di mana aku berdiri & 
aku tau aku boleh pergi lebih jauh lagi...
perit itu akan berlalu pergi...
sabarlah wahai hati~

Oh,ada sorang teman cadangkan aku pergi bercuti...
ya..sememangnya aku sdg 'bercuti'...
dgn cara aku sendiri...
bila semua ni dah berakhir nnti...
aku akan jadikan percutian yg itu satu realiti!~ ^^

Monday, September 16, 2013

+++ 3 SeRiEs +++



Muhasabah & refleksi diri adalah proses berterusan..dalam apa jua aspek kehidupan..~

Dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang aku akan masuk 3 series..mungkin kepada sesetengah org, ia x membawa apa2 makna..cuma angka..tp kita mungkin terlupa..antara soalan yg akan ditanya oleh DIA, umur kita..di mana & utk apa telah kita usahakan atasnya..~

“Gambarkan dalam minda, kehidupan yang kita mahu & tulis dalam bentuk tulisan & sentiasa baca, kekalkan gambaran itu sentiasa..bertindak ke arah itu & yakin Allah akan makbulkan” – Prof Dr Muhaya -

Aku mula menggambarkan kehidupan yg aku mahu seawal 2001..aku menggambarkan diri aku bekerja di kl/Selangor..berdiri di atas kaki sendiri..

...hingga suatu saat..aku belajar, kita xkan pernah tau kita cukup kuat, hingga kita terpaksa kuat..& bila kita jadikan Allah sebagai sumber kekuatan, pasti kita akan bertambah kuat..lebih kuat dari apa yg kita jangkakan..Subhanallah~

Terlalu byk yg aku belajar..ini cuma antaranya..ya,cuma antaranya..~
Aku belajar bahawa :
@Allah menguji kita dengan apa yg cuba kita perjuangkan utk melihat sejauh mana kita mampu mempertahankan prinsip yg kita pegang~
@Betulkan niat & fokus.Aku sedar aku terlalu fokus kepada sesuatu yg aku tau salah..blame it on me.mudah2an Allah maafkan aku~
@Lihat ujian bukan sbg musibah, tetapi sebagai kaffarah dosa~

Aku suka jadikan tahun2 tertentu sebagai titik tolak kepada kehidupan yg lebih baik..sepertimana;
2011 adalah turning point utk kehidupan yg aku kecapi sekarang..
2014 bakal aku jadikan turning point yg lebih jelas..seiringan dengan genapnya 30 tahun aku diberi peluang utk bernafas..seterusnya....
2015 utk aku terus tingkatkan diri…~
_______________________________________________________________________________________________

2008 > 2009 > 2010

2011 > turning point(1)

2012 > 2013 > 2014 > turning point(2)

2015 > 2016 > 2017 >>>>>
________________________________________________________________________

"Like everything in life, healing takes time. Don't lose hope if you're not there yet"-Yasmin Mogahed -

Hidup mesti ada perancangan..kita ada kudrat utk berusaha..dapat capai atau tidak..
itu kuasa DIA..

Dapat capai spt apa yg dirancang..antara tanda dia permudahkan jalan..x dapat capai spt apa yg dirancang..kerana DIA ada perancangan yg lebih baik utk kita..Dlm masa yg sama..sediakan back up..latih diri utk berhadapan dengan situasi expect the unexpected..~

Ia lebih kepada soal adapt dengan setiap perubahan yg di luar jangkaan..~

Juga…latih diri untuk pilih respons terbaik dalam apa jua situasi..panjatkan doa berterusan kepada DIA.."Dia yg lebih tahu..apa yg kita layak dapat,apa yg kita berhak dapat..apa yg berhak kita miliki..bahkan apa yg berhak kita rasai..bukan saja tentang apa..tp bila"

“If plan A didn’t work the alphabet has 25 more letters!Trust Allah”

“Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan..lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.Hakikatnya kita mmg x pernah tahu apa yg sedang menanti kita.Namun,yakinlah,indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya..”
- Ibnu Mussal -

Aku bukan siapa2..aku x berniat utk jadi hebat di mata manusia..dalam tempoh sekarang x byk yg mampu aku lakukan.."Kita x mampu beri sesuatu yg kita x ada”Prof Dr Muhaya -

..aku perlu lengkapkan diri terlebih dulu utk aku berupaya sumbangkan sesuatu~ 

Subhanallah..segala kudrat & kekuatan itu dtgnya dari DIA..tiada sebab utk aku berputus asa..malahan kecewa..sampai ke saat ini..aku diberi kekuatan utk terus berusaha perbaiki diri & kehidupan..ya..aku x tau apa yg DIA hidang utk aku pada masa2 akan datang..tp aku yakin dengan setiap tindakan & keputusan..moga DIA terus tunjukkan aku jalan~

Aku dalam proses utk berubah..tp dlm masa yg sama aku masih terbabas..~
Jika kalian nampak aku salah..tegurlah..atau sekurang2nya doakan aku..~

Aku suka jadikan kata2 ini sbg peringatan & renungan :

“ Dosa banyak, tetapi malas minta ampun kepada Allah SWT. Bagaimana mahu mendapat keampunanNya? Allah menggalakkan kita bertaubat berkali-kali. Bukanlah kerana Allah nak kita bermaksiat, ingkar kepadaNya berkali-kali. Tetapi hikmahnya adalah, bila kita rajin bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh,hati jadi makin jauh nak bermaksiat, nak ingkar kepadaNya. 

Bila terjatuh juga ke lembah maksiat, bila langgar juga perintahNya, dek kerana taubat yang banyak kali kita ulang penuh kesungguhan itu, jiwa akan rasa sensitif sangat dengan dosa yang telah kita lakukan, lantas tidak memanjang-manjangkan diri berada di lembah maksiat, terus bangkit dan berusaha keluar daripadanya. Inilah positifnya taubat berulang kali. Makin lama, diri akan semakin berusaha menjadi baik, semakin baik, semakin baik. 

Bukan takkan buat dosa langsung, tetapi akan lebih kurang buat dosa, lebih kurang lagi buat dosa, dan begitulah seterusnya. Tetapi kalau langsung tak pernah bertaubat bersungguh-sungguh, atau bertaubat bersungguh-sungguh sekali sekala aja, bagaimana hati mahu menjadi lembut? Hidup kena ada rasa malu dengan Allah SWT. Dia bagi banyak peluang kepada kita, kita pula buang-buang aja peluang yang Dia berikan. Kita ingat Allah tu siapa? ” – Hilal Asyraf

Dalam meneruskan kehidupan..terus doa smoga kita dipertemukan dengan insan atau peristiwa yang membuatkan kita melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza..malahan cukup beruntung bila kita dipertemukan dengan insan yang boleh membuatkan kita lebih dekat dengan Tuhan..juga insan yg membuka mata & minda kita kepada realiti kehidupan..x kira samaada insan itu cuma ‘singgah’ atau terus bersama kita meredah jalan..& dipertemukan tidak semestinya bertemu mata..atau x semestinya dia menjadi kenalan rapat kita.. & x semestinya di dunia nyata..boleh jadi di alam maya..kita diberi terlalu byk pilihan..pilihan itu di hujung usaha kita..~

Aku akhiri entry kali ni dengan satu perkongsian.cuba lapangkan masa utk santapan iman.Yasmin Mogahed : “The People We Meet The Lessons We Learn”


p/s: Utk seseorang…aku manusia biasa..yg agak lemah & rapuh jiwanya..terbit rasa terkilan & sedih dengan apa yg dah berlaku..tp aku percaya kau punya seribu satu sebab utk perlakukan aku sebegitu..serius bukan ini yg aku harapkan..ia menguatkan lagi keyakinan aku dengan kata2 sorang teman; 'bila kamu hebat bersahabat dengan sesiapapun..jgn pernah langkau hati masing2...kerana DIA tetapkan itu dan ini dgn batasan' - Bidadari -

Aku cuma ingin jd seorang sahabat yg sedia memaafkan..atas setiap kekhilafan..dgn harapan..kekhilafan aku turut dimaafkan..berdendam itu bukan aku..~

Sunday, July 21, 2013

+++AwAk SaKiT kE,SaL?+++





"Awak sakit ke,Sal?"

Aku diajukan pertanyaan ni beberapa hari lepas..~

Ya..mmg aku 'sakit'..tp aku x perlukan ubat biasa..aku perlukan supplement jiwa..~

"Ko x boleh terus mcm ni,Sal..ni memudaratkan diri namanya.."

Dalam tempoh ni aku paling banyak dihukum..instead of disokong..aku dilihat memudaratkan diri..tp x mengapa..aku ulang pada diri..berkali2..hanya Allah yang layak menghukum..yakin pada diri..terus yakinkan ini..~

Dari mata kasar..mungkin kelihatan aku memudaratkan diri..tp mana mungkin aku memudaratkan diri bila hidup aku lebih terarah sejak aku ambil keputusan ini~

'Sakit' ini menjadikan aku lebih menghargai kesihatan..~
penurunan berat badan ini menjadikan aku lebih berkeyakinan..~
memberi ruang kepada aku untuk mengubah penampilan..~
tempoh bersendirian ini juga menjadikan aku lebih berhati2 dalam pergaulan..~

Ada kalanya dtg kekuatan & semangat luar biasa..hingga aku terpaksa latih diri untuk seimbangkan semuanya..kerana aku percaya..sesuatu yg berlebihan itu memudaratkan..& kalau ianya perasaan..rasa yang berlebihan itu menyakitkan~

Pada satu saat paling sunyi..pada saat rasa diri paling teruji..bagaikan terdengar satu bisikan..untuk membalas lambaian Tuhan..dalam usaha menuju ke satu 'destinasi'..satu destinasi yang semua kita pasti tujui..ya,destinasi yang sama..tp kita punya rentak yang berbeza..& utk punya rentak yg selesa..ia merupakan satu proses yg memerlukan masa..tinggal antara mau x mau saja~

Profesor Hamka : "Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang,hubungan ke langit lapang terluang"

Nota Kaki :
Ramadhan..jangan terlalu cepat pergi..~~~

Saturday, June 8, 2013

+++ ThE RoAd NoT TaKeN +++






The Road Not Taken

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.

~Robert Frost~







Aku selalu ingin jadi seorang yg luar biasa..itu yg aku selalu minta dlm doa..tp aku seakan lupa..sebenarnya Tuhan sudah pun memakbulkannya..dengan cara berbeza..~

"Aku tgk ko ok je”..kata seorang teman..
Aku telan telahan tu dengan rasa kelat..

"Never underestimate the pain of a person..because in all honesty..everyone is struggling..some people are better at hiding it than others"

Nasihat utk berkongsi rasa dengan sesiapa agar aku lebih lega agak tidak sesuai utk aku buat masa sekarang..ia agak sulit & rumit..pernah aku cuba kongsikan tp x ramai yg mampu nak hadam..apa yg aku dpt hanyalah cebikan..betul2 mengundang rasa terkilan..ada baiknya aku diam~

Ya, diam mungkin menampakkan aku lemah..tp aku xkan biarkan insan lain menetapkan definisi lemah utk aku..biar aku terus mencari rentak & melodi hidup aku sendiri..mudah2an cepat aku temui & mudah2an aku dpt bangkit kembali..bangkit lebih kuat lagi~  

"Apapun yg akan terjadi Salihah..igtlah bahawa ketika kau tidak punya siapa2 selain Allah..Allah itu lebih dari cukup”

#Aku yakin, DIA sedang memberi aku peluang & ruang utk mencari titik optimum daya kemampuan di tengah2 segala kepayahan..terus berikan aku kekuatan luar biasa utk menangkis yang tercela Ya Allah..kurniakan aku keberkatan ilmu & keberkatan waktu..aku mohon padamu Ya Allah..mohon dengan sangat# 


Saturday, January 5, 2013

+++ BaWa DiRi +++

Maaf...aku x kembali seperti yg dijanjikan~~~

Belum pun sempat hilang keperitan lama..aku diuji lagi utk kesekian kalinya~

Bila saat kau yakin bahawa sesuatu itu xkan terjadi jika Allah tidak mengizinkan..namun bilamana Allah tetap mengizinkan ia terjadi..maka terimalah hakikat bahawa diri kau sedang diuji..dan kau perlu terus tabah utk hadapi..Ia merupakan sesuatu yg x terjangkau dek akal fikiran..& ia merupakan satu proses yang panjang..tp aku akan terus yakinkan~

Ada ketikanya bukan kau yg memilih..tp kau "dipilih"..bak kata Wany Ardy dlm Langit Vanilla ,"Mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan yang terlalu idealis (yang perlu direalistikkan),agak lemah (yang perlu dikuatkan),dan yang paling penting,terpilih oleh Allah untuk dihempapkan dengan ujian "daya tahan" ..tp dekat sini aku luaskan skop kepada kehidupan keseluruhannya~

"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..hadiah tidak semestinya berbungkus dengan BAHAGIA,kadang2 ia berbungkus dengan UJIAN,tetapi di dalamnya ada BARAKAH"

Sebut pasal,"REDHA"..satu lagi quote dari Wany Ardy..maaf..aku sgt suka quote nukilan Wany Ardy..kebanyakan kisah dlm "Langit Vanilla" sgt dekat dengan aku..baca lebih 10 kali pun aku xkan pernah jemu..spt yg pernah aku katakan..aku x pandai mengolah kata..apa yg dia coretkan seolah2 meluahkan apa yg aku rasa..~ "Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.Percayalah cakap saya;SUBHANALLAH,sangat-sangat besar bezanya"~

Kali ini aku akan betul2 bawa diri..aku x risau bakal kehilangan ramai kwn..kerana aku yakin pada mereka yg betul2 faham erti menghargai sebuah ikatan..x kira berapa lama sekalipun aku menghilang..~

Terakhir dari aku utk kali ini  : Jgn terlalu 'tenggelam' dalam kehidupan..pandang sesuatu dengan mata hati & mata iman..pandang jauuuuh ke depan..kau tau jalan itu panjang..bila saat kau betul2 sedar DIA lah sandaran harapan..tiada alasan untuk kau berhenti separuh jalan..& dalam masa yg sama..jgn pernah takut utk melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lebih 'menguntungkan'..kalau kau betul2 mengerti apa yg aku maksudkan..~

p/s : aku x pasti bila aku akan kembali lagi ke sini..tp,aku akan kembali..~

#Masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat tahun baru utk kalian,kan~ =) jaga diri!~