Sunday, July 21, 2013

+++AwAk SaKiT kE,SaL?+++





"Awak sakit ke,Sal?"

Aku diajukan pertanyaan ni beberapa hari lepas..~

Ya..mmg aku 'sakit'..tp aku x perlukan ubat biasa..aku perlukan supplement jiwa..~

"Ko x boleh terus mcm ni,Sal..ni memudaratkan diri namanya.."

Dalam tempoh ni aku paling banyak dihukum..instead of disokong..aku dilihat memudaratkan diri..tp x mengapa..aku ulang pada diri..berkali2..hanya Allah yang layak menghukum..yakin pada diri..terus yakinkan ini..~

Dari mata kasar..mungkin kelihatan aku memudaratkan diri..tp mana mungkin aku memudaratkan diri bila hidup aku lebih terarah sejak aku ambil keputusan ini~

'Sakit' ini menjadikan aku lebih menghargai kesihatan..~
penurunan berat badan ini menjadikan aku lebih berkeyakinan..~
memberi ruang kepada aku untuk mengubah penampilan..~
tempoh bersendirian ini juga menjadikan aku lebih berhati2 dalam pergaulan..~

Ada kalanya dtg kekuatan & semangat luar biasa..hingga aku terpaksa latih diri untuk seimbangkan semuanya..kerana aku percaya..sesuatu yg berlebihan itu memudaratkan..& kalau ianya perasaan..rasa yang berlebihan itu menyakitkan~

Pada satu saat paling sunyi..pada saat rasa diri paling teruji..bagaikan terdengar satu bisikan..untuk membalas lambaian Tuhan..dalam usaha menuju ke satu 'destinasi'..satu destinasi yang semua kita pasti tujui..ya,destinasi yang sama..tp kita punya rentak yang berbeza..& utk punya rentak yg selesa..ia merupakan satu proses yg memerlukan masa..tinggal antara mau x mau saja~

Profesor Hamka : "Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang,hubungan ke langit lapang terluang"

Nota Kaki :
Ramadhan..jangan terlalu cepat pergi..~~~