Sunday, July 29, 2012

+++ So DaMn BusY +++

~~~I'm so damn busy mending broken pieces of my life~~~

Sepertimana yang aku nyatakan kepada seorang teman..aku dah nampak cahaya di hujung jalan..ia bukan lagi samar2 malahan cahayanya semakin terang..cuma utk sampai ke sana..aku perlukan segunung kekuatan..dek kerana kesilapan silam..aku kini seakan mengheret satu beban..aku perlu kumpul kekuatan untuk memperbetulkan kembali keadaan..dan dlm tempoh ini byk yg perlu aku korbankan~~

Aku byk menyendiri..mengumpul strategi..~~~

Aku suka jwpn Zahiril Adzim dalam "Bogel Menuju Tuhan" bila ditanya satu soalan oleh seorang teman apa yg dibuat bila rasa ‘sakit’ dan sedih:

ZA : Tak perlu.Aku duduk je dalam situasi tu dan aku pastikan aku betul2 merasai sakit dan sedih tu.Dari awal sampai habis.Sampai aku dah x boleh rasa"

“Sampai aku dah x boleh rasa”…itu juga apa yg aku rasa sekarang..duduk dalam situasi tu..rasai segala ‘kesakitan’ sampai aku dah x boleh rasa..~~~

Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha adil & penyayang..dlm tempoh ini DIA permudahkan jalan..kalau sebelum ini aku byk sia2kan peluang..kini aku dihujani peluang demi peluang..& seharusnya aku rebut & xkan lagi sia2kan..~

Suatu waktu DIA uji aku bertubi2..& kini DIA beri aku sesuatu yg lain sebagai pengganti~

"The best feeling in the world is realising that you're perfectly happy without the thing u thought u needed"… ya, aku bahagia walo aku x punya apa yg aku fikir aku akan bahagia jika aku ada~ 

Aku tersenyum menatang takdir yg sedang terukir~~~

Mungkin ada yg tertanya2 apa la yg teruk sgt sampai mcm ni sekali gayanya..aku pinjam kata2 seorang teman, “Mum says that we are human,hence we are imperfect..so,we have to respect and accept their limitations as they have not experienced what we have”  – Wan Noorli Razali.

Setiap antara kita mungkin diuji dengan perkara yg hampir sama..atau jelas berbeza..& semestinya penerimaan & cara kita mengatasinya juga mungkin hampir sama atau sebaliknya..terpulang kepada kita~~

Aku pinjam juga kata2 Wani Ardy dalam “Langit Vanilla”..

“Laut ini luas.Jauh lagi perlu kita renang.Badai itu sentiasa ada maka redha.Redha bukan bererti kita merela diri dihanyut.Badai datang,kita tentang.Badai datang,kita tentang.Kalau kita gagal & ia menolak kita ke belakang,kita renang semula ke hadapan.Yang penting jangan lemas dan karam.Jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu tenggelam..

Pelampung ada di kanan kiri jika kau cari.

Air masin ada merata walau tidak kau cari”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s :  Jumpa lagi hujung tahun nnt~

Salam Ramadhan & salam sayang buat kalian semua!~ ^^


Sunday, June 3, 2012

+++ 4eVeR aLoNe ??? +++


Dari dulu aku 'sendirian'..x pernah punya teman istimewa..selalu saja menjadi 'mangsa'..tidak mengapa..apa2 akibat..aku tidak melibatkan hati & perasaan org lain..biar aku sendiri yg merana..paling2 teruk..aku ada sahabat & keluarga..mereka sentiasa ada..mungkin ada yg akan tanya..sampai bila?? ahah,kalaulah semudah itu utk aku melemparkan jawapannya..~~ hmm, itu kuasa DIA..aku doa tawakkal & usaha..tp kalau DIA kata belum masanya..maka aku tiada daya.. paling2 aku akan berkata..sampai DIA kabulkan doa..sampai ke tua..atau sampai ke hujung nyawa..wallahu’alam~

Penerimaan setiap org tentang isu ini pastinya berbeza..selalunya aku di pihak yg akan dipersalahkan..disindir2..ditertawakan..tp ada apa hal.. aku pasti siapa aku..apa kerja aku..apa pengalaman yg aku ada..berapa byk wang yg aku dpt & simpan utk diri & keluarga..syukur x terhingga utk segala nikmat pemberianNya..sekurang2nya ini menjadi motivasi utk aku terus gagah melangkah menongkah arus~~

Beberapa tahun yang lalu hidup aku terumbang ambing..aku x nampak ke mana hala tuju..seringkali aku rasakan aku seorang yg gagal..lebih teruk..aku selalu gagal dlm soal cinta.. betul aku ckp aku sudah lali..namun ada masanya aku sebak sendiri..& aku cuma perlukan sedikit waktu..menangis utk melepaskan apa yg terbuku di hati..kemudian aku hanya perlu tarik nafas & melangkah lagi & lagi~

Apa saja yg pernah aku alami, samaada berkaitan soal kehidupan atau soal hati..ia menjadi  satu pengajaran yg x boleh aku beli..aku bagaikan ditimpa gunung ujian..& aku spt org yg hilang akal cuba membina kembali kehidupan ..setiap kali terjaga dari tidur..aku selalu igtkan diri..aku ada impian yg perlu direalisasikan..& sudah tentu dlm keadaan skrg..soal mencari jodoh jauh sekali daripada fikiran..fikiran aku skrg hanya tertumpu ke arah memperbetulkan kembali keadaan & menjadikan impian aku satu kenyataan~

Ini pernah bermain dlm fikiran..andai aku hanya dipertemukan dengan mereka yg hanya mau menghuru-harakan keadaan & menikam2 perasaan..lebih baik aku hidup membujang ~ aku dah pernah bazirkan masa & wang ke dlm perhubungan yg tidak ke mana..skrg betapa aku sedar masa itu terlalu berharga utk dibazirkan pada perkara yg sia2..aku mencari seseorang yg mahu sama2 ke tempat yg dituju..lelaki yg menyatakan aku berada pada kedudukan di mana dia boleh melindungi aku..dia melihat aku dlm masa hadapannya~~ siapa dia itu..hanya Allah yang tau~~

Kalian jgn igt aku sudah berputus asa..istilah itu sudah lama aku buang dari kamus hidup aku..~ aku tahu..Tuhan tidak akan pernah menzalimi hambaNya..& aku sentiasa yakinkan itu~

*Betapa naifnya aku yg dulu..skrg..aku xkan lagi menoleh ke belakang ~~

Monday, May 28, 2012

+++ HyE!!! +++


Salam..hye semua!!!..agak lama aku menyepi..sgt byk cerita tertangguh utk aku kongsi..aku mulakan dulu dengan yang ini~ ^^

"Life is about the people we meet..and the things you create with them..so go out and start creating!"

Selepas small gathering bulan 2 lepas,dalam bulan 3 dan bulan 4..aku berpeluang jumpa beberapa orang lagi blogger secara persendirian~
@ blogger Budak Penjara a.k.a Im di Kelantan~
-kalo tau Im nak belanja, harus g tempat2 mahal aritu~ haha
@ blogger Woofer Storm a.k.a Achie di Puchong~
-malu2 kucing ye kamu~ =p
@ Bersama blogger Juliet IraIwanski b'temu blogger Hana AhmadGhost Writer di Frinjan, Shah Alam~
-Hana, aku sgt suka "I Fall"..mekasih! Juga "Langit Vanilla" yang kau cadangkan tu~ ^^
@ Hang out ngan blogger Rainbow Clowdy di KL~
-tiap kali keluar dgn blogger,pasti aku dpt title 'ckp byk'..tp dgn Rain, aku surrender~ =p
@ Join blogger Shahiroo jadi geng Myvi Club~
-Mekasih ye pak cik! =p sgt teruja dpt ramai kenalan baru tp ampun sbb x ley join korang selalu~ =/
@ Lepak ngn blogger Dill n her loved ones, blogger Orlando Ahmad di Central Market~
-kamu berdua sgt suwitt~ ;p

@ Sgt x sangka blogger Puan Kutu adalah kenalan lama housmate aku sekarang~
-kecik kan dunia~
@ Liyana Zahim..akan habiskan novel kamu lam masa terdekat~
-kamu ini sgt lucu, tau~

@mekasih x terhingga buat teman2 blogger yg x jemu menjenguk & bertanyakan khabar..sgt aku hargai..maaf..x mampu utk aku sebutkan semuanya..takut nnt ada yg aku terlepas pandang..kamu tau kamu siapa~ =)

p/s:
>Cuti sekolah semester pertama 2012.
Anak2 murid aku sebelum cuti,"Miss Salihah, I'm going to Los Angeles" ."I'm going to Korea"."I'm going to Bangkok"...untungla kalian semua..aku ni..nak bercuti dlm Malaysia pun belum tentu..xpe, belum masanya..

>Aku dah x dpt nak berblog mcm dulu..bukan soal ketiadaan idea..tp lebih kpd kekangan waktu..ampun kalo aku lambat bw ya..nnt aku jenguk kalian satu persatu~ ^^

Friday, March 30, 2012

+++ TaKe A BrEaK +++








Tiada entry dari aku buat seketika~~~

Taken from twilight:
"I'll be back so soon u won't have time to miss me..look after my heart..i've left it with u"








Ada sesuatu yg perlu aku uruskan..aku pasti akan kembali bila semuanya sudah selesai~

Wednesday, March 21, 2012

+++ BiAsAn WaRnA PeLaNgI +++

Igt x pernah aku ceritakan kami 4 sekawan ditempatkan di sekolah yg sama..sjkc dot dot dot..Selepas cuti raya cina tempoh hari kami terpisah..2 di sesi pagi & lagi 2 di sesi petang..~

Antara perkara yg bermain dlm minda aku sebelum keluarnya sebarang keputusan:
1)antara sk & sjkc
2)antara sesi pagi & sesi ptg
3)environment keje : antara pentadbiran & murid

Masih aku ingat pesan abang (aku punya 7 adik beradik..6 daripadanya adalah cikgu ) bersedialah dgn 2 kemungkinan sebelum menjejakkan kaki di mana2 sekolah..samaada :
a) pentadbiran bermasalah / murid ok
b) pentadbiran ok / murid bermasalah

Dalam tempoh menunggu keputusan, ini yg selalu aku doakan:"Ya Allah..tempatkan aku dalam persekitaran kerja yang sihat..semoga aku disenangi..bukakan juga pintu hati mereka utk mudah memberikan aku tunjuk ajar & peluang utk aku terus perbaiki diri" amiin~
Ma juga selalu pesan amalkan solat sunat dhuha..(sgt suka doa dhuha ini)..Solat sunat dhuha, byk hikmahnya..antaranya murah rezeki..dgn izin Allah, rezeki dtg dari arah yg x pernah kita sangka..~

1)antara sk & sjkc - aku lebih prefer sjkc : aku dpt...Alhamdulillah~

2)antara sesi pagi & sesi ptg - aku lebih prefer sesi ptg : aku dpt..Alhamdulillah~

3)environment keje : antara :
a) pentadbiran bermasalah / murid ok
b) pentadbiran ok / murid bermasalah
aku prefer b : aku dpt..Alhamdulillah~

pernah juga aku ceritakan di sini kebanyakan murid2nya berdisiplin..tp agak besar perbezaan antara sesi pg & ptg..mereka di sesi ptg nakalnya boleh tahan~
Apapun, di sini..guru besar sgt berhemah & lembut hati..penyelia petang yg ramah & memahami..rakan2 guru yg friendly..kerani yg sempoi & suka buat lawak mencuit hati~

Bila satu saat aku diuji bertubi2..& sampai satu masa perjalanan hidup aku lancar sekali..betul2 mengundang rasa syukur yg x berbelah bagi~
Apa lagi yg aku harapkan..aku panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi~
Aku sentiasa ingatkan diri..walau apa pun yg telah & akan berlaku, jgn pernah putus asa dgn rahmat Tuhan..yakinkan, Allah itu maha adil..setiap antara kita ada bahagian masing2..yg pasti, jgn pernah lupakan DIA..tika susah mahupun senang~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
# turun 3kg lam masa sebulan tanpa jog n exercise.hidup tanpa gaji punya pasal~

# pernah waktu tolong kerani buat keje admin di pejabat..ternampak buku "kebenaran balik awal utk murid" yg parents isi sebelum bawa anak mereka pulang..di bahagian "sebab"..ini antara apa yg mereka tuliskan : sakit pulut..aduyahai..terkekek2 aku baca yg ni..yg lagi parah, sakit otak..adeyh~sabo je la.. (--")

~ampun ye kwn2..lambat sket aku bw~

Tuesday, March 13, 2012

+++ hAnYa KeRaNa AkU aNaK pErEmPuAn +++

Hanya kerana aku anak perempuan, aku tidak diberi peluang bila aku suarakan keinginan utk memiliki lesen kereta selepas spm..kata abah,"bg peluang pada abg2 & adik2 lelaki kamu dulu"..abah juga tidak pernah memberi peluang pada aku utk belajar sendiri di rumah..aku cuma mampu berdiam diri~

hingga akhirnya bila aku punya pekerjaan, aku terpaksa curi peluang kerana masa sgt mencemburui..tp aku sgt berpuas hati kerana semuanya aku gunakan duit hasil titik peluh sendiri..juga bila aku sgt memerlukan kereta,aku uruskan sendiri dgn bantuan & nasihat teman2 di tempat kerja~

dgn zero knowledge & x yakin diri terus drive di kl, mcm2 perkara aku lalui..ma & abah sentiasa risau & kurang yakin aku mampu survive di tgh kota riuh begini..dgn jalan bersimpang siur flyover di situ sini..mungkin pada awalnya aku juga tidak yakin diri..tp aku tiada pilihan lain..aku xkan tahu kemampuan selagi aku tidak cabar diri..lagipun pada siapa lagi utk aku berharap..bagaikan nenek dikejar anjing, lompat pagar pun mampu dilepasi..itu pengibaratannya aku di sini..& Alhamdulillah sudah genap 2 tahun aku drive sendiri~

Alang2 sekali lagi diberi peluang mencari rezeki di sini..akan aku gunakan kesempatan utk explore jalan2 & tempat2 menarik di sini..mmg seronok sekali sekala menyesatkan diri..daripada situ byk jalan baru aku kenali & buat aku teruja utk cuba & cuba lagi..sekurang2nya bila akhirnya aku pulang berbakti di tempat sendiri, aku mampu berkata aku kenal tempat itu & tempat ini~ ^^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

# Sgt byk hal aku peningkan awal tahun ni..mati2 aku igt lesen expired bulan 2 tahun depan..rupa2nya bulan 2 tahun ni..itu pun bulan 3 baru aku sedar lepas sorang junior tegur..confident sebulan aku drive lesen mati~ (--")

# lelaki chipsmore itu muncul lagi..enuf is enuf..apa dia igt aku ini tempat persinggahan.sila pergi jauh dari hidup aku,aku xnak tgk muka kau lagi!!~

# Sebelum balik kg bercuti,sempat luangkan masa bersama blogger Jue. Jue,mekasih temankan aku berangan2 di IKEA tempoh hari n jgn segan2 nak ajak aku keluar lagi lenkali~ ;p

# Pada teman2 yg hairan kenapa aku jarang muncul dgn entry baru..utk pengetahuan,aku cuma update entry seminggu sekali saja...tiap blogger punya cara yg berbeza,kan..aku punya sbb tersendiri & aku lebih selesa begini..& ketahuilah betapa aku sgt menghargai kalian yg sentiasa menyokong aku di sini~ =)

Tuesday, March 6, 2012

+++ TeKaD YaNg SaMa +++

Sejak kebolehan aku dipertikai & dicabar lebih kurang 10 tahun yg lalu..aku tekad keluar dari negeri sendiri & berdikari di tempat org..walaupun aku punya lingkungan kwn yg ramai di sini namun aku sebenarnya tetap sendirian..mau x mau aku perlu punya sense of indipendence yg tinggi~

Hingga saat ini, aku masih punya pendirian yg sama..walaupun beberapa kali aku goyah di pertengahan jalan..walaupun beberapa kali aku tersedar di pertengahan malam menangis tersedu sedan..sedikit demi sedikit aku mula menghargai setiap hikmah yg aku perolehi..utk kesekian kalinya aku yakin diri..belum masanya utk aku betul2 pulang..bila aku fikirkan kembali..once aku sudah berada dlm comfort zone..pasti sukar utk aku keluar & kembangkan potensi diri..masih belum cukup..aku mahu kutip sebanyak mungkin pengalaman..gali sebesar mungkin peluang~

Aku kutip beberapa cebisan kisah silam sbg pedoman..aku jadikan insan2 hebat yg pernah aku jumpa dlm perjalanan sbg pembakar semangat juang..(peluang mengenali mereka ini memberi kesan yg cukup besar dlm hidup aku hingga kini) & tidak lupa juga aku jadikan mereka yg pernah mempermainkan hati & perasaan sbg kekuatan utk aku buktikan bahawa aku bukan perempuan lemah spt yg mereka yg sangkakan..~

Setiap kali aku membaca perkongsian kisah suka duka teman2..ia juga mengingatkan aku pada kisah suka duka diri sendiri.. ia juga mengingatkan aku, setiap kali aku 'jatuh terduduk'..pentingnya keyakinan diri pada Tuhan,sokongan moral keluarga & teman2..namun ia terpulang pada aku sendiri selama mana utk aku terus meratap sepi..& aku sering percaya, tidak perlu terlalu lama..aku perlu bingkas bangun & melangkah kembali..ia akan berlaku beberapa kali, hingga akhirnya aku lali & kebal sendiri..~

2008 > 2009 > 2010 -----> dlm tempoh 3 tahun ini aku paling byk lupa diri & diuji~antaranya ini apa yg terjadi~

2011 -----> turning point.bermula Jan 2011 aku berhenti berjoli..berhenti tgk wayang, berhenti shopping..aku byk menyendiri..bagaikan berlaku 'tsunami' dlm hidup aku.aku lumpuh emosi~

2012 > 2013 > 2014 -----> tahun utk aku perbetulkan kembali keadaan,terus bangkit & kukuhkan diri~

Ada sesuatu yg perlu aku capai sebelum mencecah umur 31..& aku masih punya 3 tahun utk itu, termasuk tahun ini..semestinya ia bukan soal kahwin..kecuali jika dlm tempoh itu DIA menghendakinya..tp selagi ia x berlaku..aku masih lagi seperti ini. Andai aku masih dipanjangkan umur & masih lagi seorang blogger,akan aku kongsikan dengan kalian semua..itupun kalau kalian masih setia bersama aku~ ^^ cuma sbg peringatan buat diri sendiri, aku hanya mampu merancang, namun segalanya, DIA yg tentukan~

Nota kaki :
Kalau tiada aral melintang, cikgu2 waktu praktikal dulu mengajak aku menyertai satu hari percutian ke Singapura Julai nnt..Universal studios : hollywood theatre, new york library, sei fi roller coasters, ancient egypt vintage car ride, the lost world waterworld, far away 3D, water boat ride = rm250..
Aku anggap ini sbg reward utk diri setelah sekian lama aku x bersuka suki..mudah2an plan ini menjadi.InsyaAllah~

Tuesday, February 28, 2012

+++ OLiViA +++

Sepanjang 4 tahun di uni aku x pernah punya kwn ala2 tomboy..hingga saat aku menjejakkan kaki di ipgkba..Olivia namanya..kami mula berkenalan di dewan pendaftaran..siapa sangka kami sekelas..dlm kelas aku punya geng sendiri..sama juga dgn dia..tp bila saja ada aktiviti luar,kami selalu lepak & habiskan masa bersama~

dia pendengar yg setia..dia penasihat yg hebat juga..walo kami berlainan agama aku selesa dgnnya..sgt sempoi & cool orgnya..boley aku kategorikan macho juga..apa x nya, suka berambut pendek & berperwatakan mcm lelaki..dia ini sebenarnya bukanlah tomboy..sbb itu aku cuma katakan ala ala tomboy..punya perwatakan sedikit berbeza & sedikit ganaz juga~ =p

Aku suka jadikan ini sbg satu kenangan.Aktiviti luar terakhir sebelum kami menghabiskan setahun pengajian..aktiviti tidak sepadat biasa..byk masa utk kami bersenang2.Sambil menunggu bas utk membawa kami pulang,semua sibuk berposing sakan di tepian pantai..tp aku sendirian melayan perasaan merenung jauh ke laut dalam..ada sesuatu yg membebankan jiwa aku pada waktu itu...tiba2 dia muncul di depan..~

"hye cik adik..jauh termenung..sudi ikut sy jalan2"..

aduh..sgt comel dia ni..drpd nak bergenang air mata melayan perasaan terus tergelak aku dibuatnya..kami jalan berdua-duaan menyelusuri pantai..waktu itu dia sdg enak menikmati ais krim..dia hulurkan utk aku rasa sama..aku cuba gigit sedikit..selalunya mmg begitu dgn kwn2 perempuan yg lainnya..tiba2 dia berkata, "eh, ko pegang la sendiri..nnt org kata kita be-romantik pula"..tergelak besar aku..dia ni mmg mcm lelaki gayanya..kwn lain yg nampak ada juga yg gurau2 menegur,"korang ni bercinta ke apa?"..haha..aduh..err,aku bukan les ye kwn2~ =p bila aku nampak runsing,dia suka tumbuk bahu aku n tanya,"hey, ko ok ke?"..dia ni mmg sgt caring orgnya~ Oh, aku sgt teringin melihat dia berambut panjang..bila diajukan pada dia, dia gelakkan saja sambil menjawab,"aku kan rockz!!"..haha, ada 2 saja~ ;p

Ada satu perkara yg sgt aku kagumkan..dia sgt byk tau tentang Islam..kdg2 aku berharap dia diberi peluang itu..peluang utk merasa nikmat Islam..mana tau,kan..aku cuma mampu doakan saja~ ^^

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


~Sal love Oli~ *ayat bikin kontroversi..haha..ya, aku mmg syg Oli..aku syg Oli sbg kawan~ ^^

@sgt seronok bila punya bermcm jenis kwn yg mewarna warnikan kehidupan~ ^^

@sedikit busy sekarang..nnt slow2 aku bw ye kawan2..jaga diri semua!~ =)


Sunday, February 19, 2012

+++ ReDaH SaJa+++

Allah tempatkan aku 4 sekawan ke sekolah yg sama..seorang sudah berumahtangga..jadi tidak menjadi hal buat dia..tapi yg lagi dua tiada kenalan atau sedara mara..tiada kereta pula..tidak banyak pilihan, mereka masuk ke sebuah apartment lama..sgt murah harganya..rm250 (3 bilik)..bunyi apartment itu mcm gah saja..tp mcm aku katakan td,ianya apartment lama..bersesuaian dgn kemurahan itu..bygkan saja tahap keselesaan,kebersihan & keselamatannya..mereka ajak aku tinggal bersama..tp aku tidak selesa..rumahnya tingkat.5, tiada penghuni sebelumnya,lantai simen saja, sgt berhabuk pula..apapun xde di dlmnya..memandangkan aku punya kereta,pilihan aku lebih sedikit pastinya,maka aku katakan pada mereka aku ingin cuba cari yg lain terlebih dahulu~

Sambil mencari..aku tompang seketika di rumah Cik Dill..hampir sebulan aku di sana..segan pula rasanya..dlm tempoh itu aku cuba mencari bilik utk disewa..seharusnya bermcm ragam & ceritanya..aku tau byk risikonya tp sekurang2nya aku mencuba..~
@ Rumah pertama : semuanya nampak ok..persekitaran, keselamatan, parking, kemudahan..soalan terakhir yg aku tanyakan,"di sini ada apa2 peraturan x?" jawab si penyewa : "oh, hujung minggu kdg2 teman lelaki sy dtg tgk tv,mkn2..tp xdela sampai bermlm"
~dlm hati : ok, sekian terima kasih~
@Rumah kedua : buat appointment, confirm aku mau ke sana,40 minit drive dari Keramat..elok2 sampai di sana, " Sis, maaf ya, baru je td ada org dtg tgk & terus byr deposit"..terduduk aku dibuatnya~
@Rumah seterusnya : Pernah aku ceritakan dlm entry circle of friends : minah rock gayanya..ada kwn di rumah rambut berkaler bertindik sampai dua tiga..harusla geleng kepala dibuatnya..~

Namun bila aku fikir2kan kembali..ada baiknya aku menyewa bersama kwn2ku tadi..lagipun xnak nnt kerana terdesak cari tempat tinggal..aku tersalah pilih & merana sendiri..teringat 3 tahun pengalaman menyewa dengan bermcm karenah manusia..ada yg sampai buat aku sakit jiwa..lebih baik aku redah bersama mereka yg sudah aku kenali buat seketika..walopun dlm keadaan x selesa..dlm keadaan sekarang aku sebenarnya tiada pilihan juga..dengarnya bulan 5 baru dpt gaji!! *pengsan* aku ibaratnya makan pakai apa yg ada..cobaan~ kesimpulannya aku redah & tawakkal saja~

Aku terima semua cabaran ini dengan redha..kerana aku tau masa aku akan tiba..aku mohon smoga Allah permudahkan segalanya~

@ Soalan di entry lepas:
(Aquila Farras Naufalsyam : cuba teka yg ini murid lelaki ke perempuan ;p )
mekasih pada sume yg meneka~ ^^..yg teka lelaki tu..anda tepat sekali..aku suka jwpn kueh bakar..siap bg maksudnya sekali~
kueh bakar : "Aquila dlm bahasa Latin maknanya helang.maka anak kacuk itu lelaki ahakss"
Dwaty : "dari nama pun dah boleh tahu mesti anak2 org kaya"..
mmg betul pun Dwaty..majoriti kat sekolah ni anak org berada..kebanyakannya anak peguam, doktor pakar, engineer, architect, manager, director, designer, businessman, accountant, group chief financial n mcm2 lagilah..x terkecuali anak CEO~ jadi sila bayangkan betapa kuatnya pibg deorang..~

@Kereta aku dicalar!!!~ (--")..dari pintu belakang ke pintu depan belah kiri..siap buat garis mcm ombak lagi..aku agak budak yg buat keje ni kalah pertandingan gores & menang..x dpt aku kenalpasti ia berlaku di sekolah atau di rumah sewa..aku nak gelabah lebih pun, mende da jadi..harusla tercalar juga hati..tp tetap cool n steady~

Monday, February 13, 2012

+++ BuDaYa KeRjA +++

Di sini samaada kamu pakai selebet atau pakai cantik..xde sapa nak peduli..di sesetengah tempat yg katanya mengikut arus, bila pakai cantik dipuji, bila pakai selebet dikeji..benar, usah pedulikan & jadi diri sendiri..tapi usah nafikan juga, persekitaran sedikit sebanyak mempengaruhi emosi..~

Apa yg aku perhatikan juga, sgt jarang dpt aku bertegur sapa dengan guru2 lainnya..masing2 buat hal sendiri..ada pros n cons budaya kerja begini..tp secara jujurnya jika diberi pilihan, aku memilih yg ini..lagipun mereka nampak saja begitu..tp bila bertanya & minta tunjuk ajar, mereka dgn senang hati membantu~

Aku pernah bekerja dlm environment fast pace job nature..selalu tersepit dlm ruang masa yg menyesakkan jiwa..juga dikelilingi mereka yang bermuka2..bila akhirnya aku beralih arah & tercampak dlm persekitaran seperti ini..sudah tentu aku suka..~ Teringat kata2 seorang senior di office lama..once kau pernah dicampak ke dalam 'mulut buaya'..atau tempat yg diibaratkan mcm 'neraka'..bila kau keluar,kau pasti boley survive di manapun kau berada..ya, aku setuju dgn kata2nya~

Bukan bermaksud aku sudah bebas dari tekanan jiwa..tapi sekurang2nya aku sudah boleh menarik nafas lega..walaupun aku terus diuji dari sudut lainnya..~

@Beberapa kali singgah uia melepas rindu, pasti aku terserempak kwn yg tgh buat master..masuk kali ni da 6 org aku terjumpa..adakah Tuhan bg hint utk aku sambung sama..err, bukan dlm masa terdekat pastinya~

@Antara nama murid yg aku suka : ^^
-Shelby Adora Lim Sze Ern
-Aquila Farras Naufalsyam ( Cuba teka yg ini murid lelaki ke perempuan ;p )
-Ace Caneda Camasis
-Cherish Annabelle Lee Eling

Monday, February 6, 2012

+++ CiRcLe Of FrIeNdS +++


Sejak beberapa tahun yg lalu aku telah membina jaringan persahabatan dalam pelbagai bidang di kota riuh ini..walaupun aku 'keseorangan'..aku sebenarnya tidak keseorangan..kalian faham,kan~ ^^ ..kwn dtg & pergi itu perkara biasa..tp yg mana tetap setia..aku hargai seadanya~ =) & sejak aktif dalam dunia blog setahun yg lalu..aku mula membina jaringan sahabat alam maya pula...mulanya aku menulis sekadar suka2..utk kenangan di masa tua..tapi bila akhirnya terbentuk satu jalinan persahabatan akrab antara mereka, ia betul2 buat aku rasa teruja..membaca kisah suka duka & perkongsian hidup mereka buat aku membuka mata..& buat aku bersyukur apa adanya..~

& x pernah aku sangka akan ada pertemuan dgn sebahagian kecil dari mereka..ternyata yg aku temui ini sempoi2 belaka..x sedar diri sebenarnya da tua..tp berada dlm lingkungan mereka buat aku rasa muda seketika~ ;p

@Perjumpaan kecil blogger area Selangor (04/02/2012) :-
Mekasih buat host majlis : Hanie n Jue & Zuan yg sporting amat..juga Juliet Ira yg mencadangkan nama..siyes segan sebenarnya..~ juga pada blogger2 lainnya..kalian sgt memeriahkan suasana~ ^^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++





@Ada beberapa blogger yg sgt teringin aku nak jumpa~~~
@Harini Ira temankan aku teruskan pencarian uma sewa area Puchong ..jumpa satu iklan menarik di ibilik.com..beria cari..bila sampai, aku & Ira terbeliak biji mata..minah rock gayanya..ada kwn di rumah rambut berkaler bertindik sampai dua tiga..aku & ira geleng kepala..sekian terima kasih saja..~
@Sesiapa berminat dgn e-cerpen, boley terjah blog Ayie Abas : ada cerita menarik utk dikongsikan
~Ombak di jiwa~ ada sedikit kelainan katanya..nak tau apa dia..jemput ke sana ya~


Tuesday, January 31, 2012

+++ rEnTeTaN kIsAh Di SjKc +++

Terasa sedikit tenang bila akhirnya surat pengesahan penempatan bertukar tgn..tp perlu diigt..kami ini listnya di atas utk redeployment, ia bakal terjadi bila2 masa,perlu sentiasa bersiap sedia~

Kerana sedikit isu pada minggu pertama, sampai ke saat ini aku masih belum punya jadual..masih tidak pasti bakal mengajar di sesi pagi atau petang..masih belum punya meja..jadi sementara itu aku cuma bertugas sbg guru relief..tp itu bukan bermaksud aku boleh bersenang lenang..peluang itu aku ambil utk observe persekitaran, guru2 & murid2..sudah menjadi kebiasaan utk aku mencatat di jurnal harian apa yg menarik perhatian & peristiwa penting yg terjadi dlm lingkungan hidup aku..nasib aku ini bukan siapa2..jika tidak sudah tentu aku bukukan kesemuanya~

Maaf, bukan niat utk membandingkan..tp ini apa yg aku kagumkan..bak kata Hanie Dew,chinese ni disiplin tinggi..ternyata mereka sgt berdisiplin..cth:waktu praktikal, bila kelas relief,aku perlu bersedia dgn aktiviti2 utk mengelakkan mereka rasa bosan,samaada main game, quiz, bercerita dll..tp utk waktu relief di sini,cuma perlu ckp begini, "Your teacher is not around, you can do your own work but please do it quietly,ok" & mereka akan duduk di tempat masing2..samaada buat homework, baca buku yg diambil dari ruang bacaan..menyembang sesama sendiri tanpa membuat bising..lebih 10 kelas aku masuki & situasinya sama..ok, serius aku kagum..betapa persekitaran & didikan mempengaruhi pembentukan diri..~ tp biasalah, dlm setandan kelapa, pasti ada buah yg x elok..cuma pengibaratannya dlm 10 kelas hanya 2 kelas yg muridnya kurang berdisiplin..tp aku selalu fikirkan begini, bila yg positif menguasai, yg negatif itu aku tolak tepi..~

*Guru relief : Seorang guru yg menggantikan mana2 guru mata pelajaran yg tidak bertugas kerana hal yg tidak dpt dielakkan pada satu2 masa~

@Masih pening setiap kali cari kelas~ perlu fotostat peta & bawa ke sana sini~(--")
@Jika di sk ada budaya salam & cium tgn..di sini ada budaya bow..~

Tuesday, January 24, 2012

+++ PeRsOaLaN iTu TeRjAwAb SuDaH +++

Bila dikatakan kami bakal dipindahkan, hati jadi sgt tidak keruan..tp dalam masa yg sama ada ura2 mengatakan kami tidak akan ke mana2..aduh, bermain tarik tali mcm ni..seksa sekali..cukup seminggu jiwa kacau, akhirnya keluar keputusan mengatakan kami akan terus berkhidmat di sini..ntah bagaimana nasib kami nnt..pada mulanya tidak pasti sama ada aku perlu sedih atau gembira..tp akhirnya aku redha~~

Semasa taklimat tempoh hari, kami diberitahu, daerah PPD Petaling Utama, satu2nya daerah yg tidak mempunyai sekolah kategori luar bandar..dengan kata lain, semua sekolah dlm kategori bandaraya..tau2 saja sekolah bandar..budak2nya terlebih advance..dpt sekolah cina pula, mmg teramat besar perbezaanya..~

Kalau sebelum ni aku cuma dengar2 saja..skrg aku lihat dengan mata kepala aku sendiri..mmg sgt benar facilities mereka superb..pibg mereka kuat..parents sgt pentingkan p&p~

Sedikit info mengenai sekolah yg bakal aku berkhidmat:-
@ Jumlah pelajar melebihi 3400 org.Jumlah guru 154 org (guru melayu lebih kurang 20 org)
@ Kata mereka ini sekolah terkenal lebih2 lagi dlm kategori sukan..~
@ Mempunyai 91 kelas ( 2 sesi ) bayangkan,1 darjah saja punya lebih kurang 15 kelas. (utk ke kelas relief terpaksa aku tgk peta, kalo x harus sesat..perlu sedikit masa utk biasakan diri )
@ Setiap darjah punya 3 express class (pelajar pandai), yg lain average..xde kelas tercorot~
@ Kebanyakan mereka speaking.x faham bahasa melayu..~
@ Perhimpunan totally in Mandarin..agak2 dah terlambat x aku nak belajar bhs Mandarin..(--")
@ Syllabus mata pelajaran sedikit berbeza. nampaknya aku perlu adjust diri semula..apa yg dipraktikkan semasa praktikal di sk x dpt aku apply dekat sini..~
@ Setiap meja guru di dlm kelas dilengkapi komputer & siap terpasang lcd~
@ Setiap kelas juga dilengkapi speaker utk pengumuman..~
@ Nampaknya terpaksa aku lupakan kantin & bawa bekal sendiri..~

Itu saja dulu yg dpt aku kongsikan~~

Nota Kaki:-
Sepertimana aku diberi peluang utk cabar diri dalam bidang swasta..itu juga yg aku harapkan dlm bidang baru ini..doakan aku baik2 aja di sini ya kawan2~ =)

Tuesday, January 17, 2012

+++ TeRtAnYa tAnYa +++

Dalam kwn2 sdg cuba menyesuaikan diri di sekolah masing2..aku & lagi 4 org kwn masih terkontang kanting..kata guru besar..di sekolah ini sudah tidak memerlukan guru baru..lebih2 lagi guru english..ini sekolah cina,kecuali bm & english, boleh dikatakan semua mata pelajaran perlu diajar dlm bahasa cina..jd kami betul2 tidak diperlukan..beberapa kali ayat itu ditujukan pada kami..terang2 mau kami mengundur diri..tp itu bukan salah kami..di mana silapnya bila sekolah yg mengharapkan hadirnya guru baru tidak menerima guru secukupnya..namun sekolah yg punya lebihan guru terus2an menerima guru baru..fikir2kan..~

Buat seketika kami masih dikira dlm penempatan sementara & akan ditempatkan semula..ke mana? itu masih dlm tanda tanya..daerah Petaling Utama sangat asing buat aku..ya, aku pernah bekerja di pj city..tp dulu cuma menaiki lrt..tp skrg nak x nak aku terpaksa cabar diri..buat pertama kali ayah & adik temani aku drive mencari destinasi..pusing situ pusing sini..bila mereka cukup yakin aku mampu bawa diri, mereka pulang & tinggalkan aku sendiri..& kerana masih belum pasti penempatan kekal & belum punya tempat tinggal..Cik Dill mengajak aku tinggal bersama sementara selesai segalanya..bersyukur x terkira..mekasih Cik Dill, kamu dah terlalu byk membantu~hanya Tuhan mampu membalasnya~~

Kawan2..bila menjadi seorang pendidik..besar bezanya di mana kita ditempatkan..berhadapan dgn tingkah laku & mentaliti pelajar/ibubapa bandar & luar bandar ada cabarannya tersendiri..x semua mampu memahami..benar asal ikhlas hati, semuanya pasti menjadi..tp adakalanya kita lemah x gagah 'berdiri'..ia x semudah kata..tp ya,itulah antara cabarannya~

Nota kaki :
Kawan2..mohon maaf..aku belom berkesempatan utk bw..bila berpeluang nnt pasti aku jenguk kalian kembali ya..~ =)

Tuesday, January 10, 2012

+++ MaSiH Di SaNa +++

Aku tau aku patut terima dgn hati terbuka..& redha seadanya..tp jauh di sudut hati ada sekelumit rasa kecewa..kerana beberapa perkara:-

@Ini satu2nya harapan utk aku dpt selalu dekat dgn mak ayah di hujung usia mereka..( tp sekurang2nya aku da tunaikan harapan mereka utk jadi seorang pendidik..sudah mampu buat mereka tersenyum suka)~~ ^^

@Lebih sebulan cuti aku byk muhasabah diri...rasa tenang sekali, ma selalu ajak semayang sama2, dengar celoteh ma yg seakannya tiada teman bergurau senda, abah jarang ada di rumah sbb selalunya pasti ke kebun atau ke mana2 (sejak pencen abah byk projek..projek bercucuk tanam katanya).

@Dlm kesempatan ini juga aku dpt selami sisi hati adik bongsu yg jarang sekali aku amek peduli..sibuk belajar, sibuk kerja, tup2 dia da tingkatan 5..cuti SPM dia x ke mana2..mcm aku waktu2 SPM dulu..kebanyakan waktu dihabiskan lam bilik tanpa rasa jemu..aku perhatikan dia suka dengar video ceramah, baca bahan bacaan ilmiah..tulis kata2 hikmah, hidup dia masih terpelihara..byk cabaran di luar sana..aku harap dia sentiasa dilindungiNya~

Itu sbbnya aku sgt sedih bila x dpt posting di kelantan~ =/

Ohoh..ya, ya..aku tau..betul aku bersyukur apa adanya..skrg masa utk buat listing & persiapan..cabaran 3 tahun dlm bidang swasta pasti byk bezanya dengan cabaran baru yg bakal aku tempuh..positif..positif..bak kata Hana : sekurang2nya aku masih lagi di semenanjung..bukan jauh di Borneo sana~ ;)

Allah mmg xnak aku jauh dari kota riuh itu..~~~
matrikulasi uiam pj > uiam gombak > hlbb pj > shell damansara > ipba (lembah pantai,kl) - menyewa di wangsa maju,kuala lumpur..~ posting >>>

Selangor, here I come!!!

Nota Kaki :
@Aku confident x dpt Kuala Lumpur, mmg la aku x dpt Kuala Lumpur..tp aku dpt Selangor..hahah!~ padahal dulu aku dok sempadan antara Kuala Lumpur & Selangor je..aduhai~
@Ada sbbnya Allah kembalikan aku ke sana~
@Masih kuat jodoh aku ngn Cik Dill~ jom jln2 ngn ferrari oren lagi lepas ni!~ ;p
@Tukang Karut : aku da tenyeh mata byk kali ya...ianya Selangor..bukan Sarawak..haha!~
@Tahniah Ira, dpt tempat yg diidamkan~ =)
@Aku tompang glemer di eNovel terbaru Kapten Ais gara2 entry lepas : lelaki chipsmore ~ mekasih Kapten Ais!~ ^^ kwn2,sudi2la jenguk ke sana ya : Cameo & Selamat Tinggal
@ Kata Encek Orlando : "kamu popular sekarang..mintak sain"..nah sain!~ x sedar diri cuma pegang watak pembantu,kekee..terharu amat bila dihargai okay~ ;p
@ Cik Dill pun penah jadikan aku watak lam cite comel ini : Penulis Hantu & Keropi (1) & Penulis Hantu & Keropi (2)

err, byk pulak nota kaki lam entry ni..(--")

Thursday, January 5, 2012

+++ LeLaKi ChIpSmOrE +++

Ini salah satu cerita dlm koleksi kisah aku dengan kaum adam..~ya, aku jadikan setiap satunya cerita sbg renungan & peringatan~

Kisahnya bermula begini: mungkin sedikit panjang tp aku cuba ringkaskan~

Hati2 ke manapun kau melangkahkan kaki..kerana x mustahil ada yg memerhati..x penah aku terfikir akan terjadi hal sebegini pada diri sendiri..aku selalu terserempak dia ini..selalu tersenyum bila bertembung di mana2..org senyum, maka aku membalas senyuman seikhlasnya..tp aku x kisah mana,bukankah perkara sebegitu mmg biasa..mungkin dia bekerja dlm bangunan yg sama, atau bersebelahan saja..tempat mkn pun xde pilihan mana..ke situ juga akhirnya..~

Selalunya aku lunch ramai2 bersama rakan sekerja..tp satu hari aku sendirian saja..bila tiba waktu shift mlm mcm tu la jadinya..org lain dah pulang aku baru keluar cari apa2 utk dimakan & odw balik office dia betul2 ada di depan..dia senyum..aku senyum kembali..tp aku percepatkan langkah kerana waktu itu aku seorang diri..bila saja aku melangkah ke dlm lif, aduh, dia pun ikut sama..maunye aku x terpinga2..~

Dia: “Dah lama sy perhatikan awak..sy nak berkenalan dgn awak..”

Aku: “Hah, napa nak berkenalan dgn sy?” ~dah terpinga2 xtau nak jwb apa~

Dia: “Nak berkenalan pun kena ada sbb ke..boleh sy mintak phone number awak?”

Dah menghampiri tingkat 8..aku teringat perlian seorang teman..”Ko kalo org nak berkenalan jgnla jual mahal sgt..manala tau kan”..Ada kalanya aku geram..selalu dikatanya aku jual mahal..jgn jual mahal ye..ok,baik,aku cuba bg peluang & tgk mcmna..~

(Tahun pertama perkenalan:2009) Dlm tempoh perkenalan itu,aku rasa dia ok saja..tp aku x taruh harapan apa2..kata omputeh,let it go with the flow..Selepas beberapa ketika dia ajak aku keluar ke kota..tp katanya naik motor bersama..Lalu aku tegaskan padanya,”Maaf, sy x naik motor dgn lelaki..jgn salah fhm, bukan bermaksud sy pandang rendah tp sy mmg x naik motor dgn lelaki..bukan sy mau katakan sy perempuan baik, sy pun byk lakukan dosa, byk kurangnya, tp yg mana sy boleh jaga, maka sy cuba jaga sebaiknya..” Aku selalu pegang ini..terlalu byk perkara kita perlu jaga..x semua kita mampu jaga, tp kalo x boleh jaga semua, jgn sampai x jaga langsung..tp dia x putus asa..& setiap kali pun aku tersenyum saja..hmm,ada kalanya mereka tetap x mau faham walaupun kita dah cuba jelaskan..ia bukan saja berkaitan dgn pendirian..tp juga larangan baik buruk yg dah ditentukan Tuhan..~

(Tahun kedua perkenalan:2010) Lepas seketika,dia menyepi..& kdg2 tgh aku asyik berjalan tiba2 msg berbunyi,”hye, cantik harini”..dia ni mcm stalker la pula & bila terserempak di kedai yg sama..dia renung dari jauh saja..x lama lepas tu aku resign bila dpt better offer.. & dia terus menyepi & di tempat baru..dia tiba2 muncul lagi....dia ajak aku keluar..tp tetap juga mau aku naik moto dengannya..aku senyum saja..akhirnya di depan office saja kami bertukar cerita..dia lebih byk diam,& aku pula mcm ckp sorang2..& lepas tu mcm biasa,dia menghilang..rentak dia buat aku senyum saja..aku nak tgk setakat mana dia nak cuba..~

(Tahun ke-3 perkenalan:2011) Aku x pernah tukar phone number..tp setiap kali muncul dia akan gunakan no yg berbeza..bila aku berhenti kerja di tempat kedua & terjun ke bidang baru akhirnya..dia muncul lagi.. Aku katakan pada dia,"Awak ni mcm chipsmore..kejap ada..kejap xde,apa motif awak sebenarnya"..( dia gelak )..aku teruskan berkata,”Kalau awak muncul ni tetap nak ajak sy keluar & naik motor dgn awak..maaf, sy masih tetap dgn pendirian yg sama”..Hmm,bila aku nyatakan pendirian aku pada seseorang, x kisah dlm apa hal sekalipun,seolah2 aku menetapkan satu target & aku akan cabar diri & lihat sejauh mana aku boleh buktikan & pertahankannya~

Dia ajak berbicara..kami ke kedai berdekatan saja..& sudah tentunya aku berwaspada..selalu dia ceritakan dia dulu 'nakal' orgnya..dia katakan dia respek aku..dia katakan dia sukakan kedegilan aku,kesombongan aku..& betapa jual mahalnya aku..dia katakan lagi,”Awak tau x apa yg sy rasa skrg.. sy rasa sy nak pegang tgn awak tp sy sgt respek awak”..x tau apa yg perlu aku respond ketika itu maka aku senyum saja..sebelum pulang, dia hadiahkan aku sesuatu, katanya sbg tanda perkenalan antara dia & aku..kemudian dia hulurkan tgn utk bersalaman..aku senyum,anggukkan sedikit kepala & terus berlalu dari situ..itu kali terakhir kami bertemu..~

Kini,sudah aku tinggalkan kota riuh itu..& aku x rasa akan ada pertemuan lagi antara kami..aku tidak tahu kenapa Allah dtgkan dia dlm hidup aku..mungkin utk menguji seteguh mana mampu aku pertahankan prinsip yg dipegang..tp kerana aku x pernah letakkan apa2 harapan, maka akhirnya aku mengingatkan diri betapa dlm hidup ini wujud bermacam jenis org..~

Oh, sbg kaum adam, kalau kalian berada di tempat lelaki itu, apa rasionalnya kalian akan bertindak begitu? Aku cuma ingin tahu pendapat dari sudut pandangan kalian sbg peringatan~ aku fhm, ada sesetengah lelaki yg hanya akan cari teman bila dia kesunyian & cuma perlukan seseorang utk menyembang..tp dia ini, selepas tahun pertama perkenalan,hanya muncul setahun sekali..& selalunya aku yg berckp itu ini (err,bak kata Tukang Karut, aku berckp x henti) ~ tidakla aku terlalu peningkan hal ini..tidak juga aku ambil pusing kerana aku selalu percaya, wujudnya bermcm ragam manusia di dunia..~

Tp,apapun,ini perkenalan yg pelik aku kira~~