Saturday, December 31, 2011

+++ YoUnG & sTuPiD + OLd & WiSe +++

Ada satu ketika aku rasa bagaikan si gadis yang hampir putus asa..tiada lagi daya..tidak cukup kuat utk hadapi segala..Ya Allah..Ya Allah..mohon tunjukkan jalan..itu saja yg mampu aku ucapkan..~

& bila akhirnya doa didengari..aku bagaikan seseorang yg hampir 'mati' diberi peluang hidup 'kembali'..ia mengubah persepsi bagaimana aku memandang hidup ini..~

Bila satu saat kita mampu terima suatu ketentuan dengan rela hati..ia betul menenangkan sekali..ketenangan itu bisa digoyah dengan bermacam mehnah..tp cara menanganinya pasti jauh lebih matang..tidak lagi mudah tewas dengan perasaan & pastinya berbekalkan keyakinan yg utuh pada Tuhan~

Bercakap & menulis nampaknya mudah sekali..
adakalanya apa yg didengar & dibaca masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
perlahan2 cuba cabar diri & lihat hasil yg bakal kita perolehi..
bukannya kita rugi bila terpaksa cuba & cuba lagi..
malahan ia mengundang rasa puas hati~

Bergelut dengan hasutan nafsu mmg payah..tapi dalam perjuangan itu kita tidak boleh kalah~

Nota Kaki : Ada pepatah inggeris mengatakan, "To be old & wise, you must first have to be young & stupid"

Selamat tahun baru aku ucapkan buat teman2~ have a blessed year ahead!~ =)

Saturday, December 24, 2011

+++ SkEtSa mImPi +++

Di suatu kawasan dalam keramaian..aku duduk sendirian tekun melihat persembahan tarian di hadapan..tiba2 dtg seorang lelaki..memberi isyarat utk aku mengikuti..dia tidak aku kenali..tp seolahnya ada satu ikatan antara kami..~

Aku bingkas bangun..tp langkahannya terlalu laju utk aku ikuti..aku cuba mengejar tp terhalang oleh satu benteng tinggi..aku tercari2..di hadapanku kelihatan satu titi..aku cuba melintas tapi aku dapati ia sudah tidak digunakan lagi..aku mati langkah..aku berlari sekuat hati bertentangan arah..dengan harapan punya jalan pilihan..aku x mahu dia hilang dari pandangan..terlalu byk halangan namun dengan mudah aku meredah jalan..~

Tidak jauh dari situ aku temui satu laluan..membawa aku ke satu kawasan..aku lihat dia duduk sambil melemparkan pandangan jauh ke hadapan..suaraku mati di kerongkong..bagaimana mungkin aku menyebut namanya sedangkan ia tidak terukir dalam mindaku,langsung..

Siapa dia..? aku membuat keputusan untuk duduk tidak jauh dari situ..kerana aku tidak pasti..& dia menoleh lalu berkata.."kenapa terlalu lama utk kau sampai ke sini?"...lantas dia aku hampiri...dia memberitahu ada sesuatu utk aku..lalu dibukakan satu bungkusan kecil, di dalamnya tersimpan satu cenderahati,terukir namaku indah sekali..ada satu perasaan yg x dpt aku gambarkan,sepertinya ia satu pemberian tulus ikhlas dari hati..seiring dengan itu aku terjaga dari mimpi..aku dapati ada air mata mengalir di pipi..betapa aku x ingin terjaga dari lena..ingin aku ketahui apakah kesudahannya~~


"Seorang lelaki yg akan jadi temanku..
yang akan aku cintai sepenuh hati..
dalam hidup & mati..
yang akan aku harapkan jd teman seperjuangan..
menyulam masa depan..
itu siapa?
aku tidak tahu..
ia masih berada dalam alam ghaib
yang belum dibukakan oleh Allah untukku..
Jika waktunya tiba..
semuanya akan terang..
hadiah agung dari Tuhan itu
pasti akan datang" ~~

Wednesday, December 21, 2011

+++ iKaTaN +++

Membesar bersama 5 adik beradik lelaki betul2 buat aku rasa teruji..kecil2 dulu selalu saja dibuli..mereka kalo bergurau agak kasar la juga..pasti ada saja yg buat aku terasa..

Memandangkan aku satu2nya perempuan..aku dpt bilik sendiri..x perlu nak kongsi2..bilik adalah tempat paling selamat utk aku..tempat aku pasang angan2..tempat aku menangis sorang2..mereka kata aku ni penghuni gua..sbb selalu sgt dok lam bilik bertapa..(--“) expectation mereka utk aku sbg pompuan sgt tinggi..pompuan kene pandai tu kene pandai ni..xley mcm tu xley mcm ni..aku rasa mcm kene serang bertubi2…~

Tahun 1994..bila dpt tau maa ngandung lagi..siang mlm aku panjatkan doa mohon dikurniakan adik pompuan.. Alhamdulillah..Allah makbulkan..waktu tu rasa bagaikan akulah manusia paling gembira kat atas dunia!..beza kami 10 tahun lamanya~ seronok sekali bila akhirnya ada teman.. “adik tolong buat tu..adik jom g situ..adik nah kakak belikan …adik jom masak …adik adik adik…”…aku panjatkan setinggi2 kesyukuran pada Tuhan..~

Bila da besar..barulah terasa keakraban dgn adik beradik lelaki.. masing2 da besar..masing2 da ada t.jwb..masing2 da boleh fikir panjang..walo ada salah fhm..ikatan kekeluargaan pasti kembali menyatukan..~

Kdg2 aku terfikir,apa rasanya jadi anak tunggal..bagaimana pula jika semuanya perempuan..setiap org punya pengalaman berbeza yg pastinya menarik utk dikongsikan~ ^^

Saturday, December 17, 2011

+++ iTu BuKaN SaTu aLaSaN +++

Aku percaya kamu pernah alami situasi di mana kamu berada di dlm keramaian..ternampak seseorang yg blom kamu kenali tp rasa menyampah @ x suka nak pandang apatah lagi nak nyembang..& dlm masa yg sama kamu kenal seseorang yg murah senyuman, menyenangkan & rasa mcm da lama kwn..org kata itu tanda aura positive atau negative yg dipancarkan..~

Ia juga terserlah bila saat menerima teguran..samaada seseorang itu dpt menerima dengan tenang & matang atau melenting sakan & menyimpan dendam..

Paling aku x suka bila seseorang tu menyatakan ,”ko kene terima aku seadanya sbb sememangnya aku begini” sedangkan perangainya bikin menyampah semua org..bagi aku itu bukan satu alasan. Sesuatu yg negative dlm diri mampu diubah..mmg payah..semuanya perlukan waktu..antara mau dgn x mau..

Mmg kita x boleh nak ubah semua..kernanya tiada siapa antara kita yg sempurna..tp kalau x boleh ubah semua..jgn sampai x ubah langsung..hingga terus2an menjengkelkan mata2 yg memandang & langsung tidak boleh menerima teguran~

Wednesday, December 14, 2011

+++ AdUhAi DiK +++

Aku ada kenalan terdekat buat kerja gila..
baru 1st sem dekat uni da gian nak berumahtangga..
ok..x kisah kalo da mampu..
tapi masalahnya mak ayah sendiri x restu..
keluarga x membantu..
tp kerana ikutkan jiwa muda,
sanggup dia buang keluarga..
ke jinjang pelamin juga akhirnya..
aduhai dik..
kawen bukan utk setahun dua..
ia utk selama2nya..
sedih betul aku mengenangkan nasibnya..

Kadang2 aku bingung ..
bagaimana mungkin manusia bertindak di luar pertimbangan..
tp itulah hakikat yg perlu kita telan..
pastinya syaitan bersorak riang..
bila mereka merangkul kemenangan demi kemenangan..
dalam usaha menghuru-harakan seisi alam~

Monday, December 12, 2011

+++ JgN gOyAh dGn FiTnAh +++

Ada satu peristiwa yg x dpt aku buang dari kotak ingatan..ini cerita beberapa tahun yg lepas.

Suasana kerja yg stress buat aku & rakan2 di offc sgt rapat..hatta dgn rakan department lain sekalipun..bergossip dah jadi perkara biasa..sekadar suka2 hilangkan keserabutan dlm kepala..x lari juga dari cerita skandal rakan2 sekerja..& x pasal2 dengan aku terheret sama..hey,aku rapat dengan org tu x semestinya aku menyimpan perasaan..selalu aku igtkan dia itu suami org & aku respek dia sbg abg..x pernah lebih dari itu..x dinafikan dia ada rupa..sweet talker juga..tp x semudah itu utk aku cair,bukan aku x pernah dipermainkan oleh lelaki sebegini..aku sudah fobia..bila aku sedar dia cuba menarik perhatian,aku jadi takut..baik layanan dia pada aku..baik jugalah layanan aku pada dia,tp masih aku tau batasannya..aku beringat yg semuanya atas urusan kerja..~

Tp apa yg kita fikirkan selalunya x sama dengan apa yg difikirkan oleh mata2 yg memandang..dlm beringat,aku difitnah cuba merampas suami org..aku dituduh perempuan xsedar diri yg meletakkan maruah di tapak kaki lelaki..apekah??! tp usah cepat melatah..aku diburuk2kan sehingga si isteri menghubungi aku utk diajak bersemuka..ya, bisa aja..kenapa perlu aku takut..kerana aku tau aku berada di pihak yg benar..kata seorang teman,"gila kau, sekali dicurahkan asid ke muka kau nnt bagaimana?”..hati aku kuat mengatakan aku perlu pergi..aku perlu selesaikan hal ini..

Pada tarikh yg dijanjikan,dia dtg menjemput aku di depan office,setelah memastikan si suami sudah pulang.Saat bersemuka,aku & dia berlagak tenang..kami x ke mana2..di dlm kereta saja..

Dia memulakan bicara..

“Akak dengar mcm2 pasal adik..tp akak x nak percaya..akak nak dengar sendiri dari mulut adik,sbb tu akak buat keputusan utk dtg”..

~Serius,x aku jangkakan reaksi sebegitu dari dia,cukup tenang..~

Aku ubah kedudukan, menyerongkan badan & menatap terus kedlm matanya..

“Demi Allah kak, sy x ada apa2 hubungan dgn suami akak..kes mcm ni mungkin selalu kita dengar tp sy bukan salah seorang darinya..kenapa perlu sy bina kebahagiaan dari runtuhan masjid org lain?..”

“Kalau betul katakan aja dik,terus terang..akak rela” sambil merenung jauh ke depan..

“Tidak sama sekali kak..bukan ini yg sy nak dlm hidup sy..sy masih muda..sy punya byk impian..lagipun bukan sy utk tergila2kan suami org..”

Dia tergelak kecil.."ntahla dik..sebenarnya ini bukan pertama kali suami akak buat hal..sblm ni akak pernah serang seorang perempuan..tp bila jadi lagi..akak jd ragu2..”

Ahah..no wonder dia nampak tenang aja..x serang aku membabi buta..dia mula meluahkan isi hati..

"Suami akak tu pengongkong orgya..akak x boleh nak melawa..x boleh pakai cantik2 kalau nak keluar..nak make up pun kene tegur..kdg2 akak x tahan..tp bila memikirkan anak2..akak sabarkan aja..”

Itu cuma sebahagiannya saja..byk juga yg dia luahkan rasa..tp biarlah jadi rahsia antara kami berdua..Aku lihat ada air jernih bergenang di kelopak mata saat dia bercerita..~

Itulah dia perempuan..biar hati luka parah..berdarah..sanggup korbankan kebahagiaan sendiri demi anak2..bagaimana sanggup si suami berperangai sedemikian rupa..& paling aku x fhm bila dia melarang si isteri melaram tp dia sendiri menggatal dengan gadis lain di belakang~ (--")

x sedar 3 jam kami bersemuka..biar jelas semuanya..cuba juga aku tanyakan siapa yg menyampaikan cerita..katanya antara kwn aku juga..tp katanya lagi biarlah dirahsiakan saja.aku cukup terkilan pastinya~

Sblm balik dia sempat berpesan.."adik hati2lah..kdg2 kita x sedar tingkah laku kita diperhatikan & boleh disalahtafsirkan org..jgn sampai kita dipandang serong”..

Akan aku igt pesan itu sampai mati!~

Siapa yg menaburkan fitnah, tidak aku ketahui sampai sekarang..manusia jenis apakah engkau..sanggup menikam kwn sendiri tanpa belas kasihan..kenapa tidak kau dtg bersemuka & luahkan apa saja yg kau dengkikan hingga berani bertindak memburukkan nama kawan sendiri di belakang~~

Wednesday, December 7, 2011

+++ SeBeLuM tErLaMbAt +++

Satu masa dulu aku x selalu dpt apa yg aku hajati..kwn2 selalu bercerita mak ayah mereka belikan itu belikan ini..pergi situ pergi sini..aduh..jiwa aku terusik sekali..Tapi sampai satu tahap,aku dpt apa yg aku nak.seolahnya aku balas dendam pula.apa yg aku nak pasti aku perolehi..tanpa fikir panjang..tanpa fikir kesan negativenya di kemudian hari..Saat itu aku dikelilingi teman2 yg sememangnya hantu fesyen..makan di tempat2 mahal..shopping apetah lagi..Tipu jika aku katakan aku x terpengaruh sama..itu nak cuba..ini nak cuba..situ nak pergi sini nak pergi..ah, waktu tu rasa seronok sekali..aku bagaikan lupa diri..~Tapi sampai satu saat aku bagaikan ‘ditampar’..hey Salihah..ko ni dah kenapa??!! Kenapa diikutkan sangat jiwa muda..nak enjoy aja taunya..bila diingat kembali...mmg geleng kepala aku dibuatnya..suka aku renung apa yg dah terjadi..buat pengajaran utk diri..xde gunanya aku salahkan diri kerana terlalu ikutkan hati..ada hikmahnya aku lalui semua ini..ia mengajar aku apa itu ertinya syukur..benar2 bersyukur~

Iya, xde salahnya enjoy..tp biarlah kena caranya..jgn sampai memudaratkan diri..selalu kita bilang muda hanya sekali..tp itu bukan bermaksud ianya utk disiakan2..itu semua bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan.. Jgn sampai keseronokan yang diharap rupanya menjadi kemudaratan berpanjangan yang melilit kehidupan & jangan sampai enjoy keterlaluan di saat muda lalu terlepas peluang berharga untuk meraih syurga Allah SWT kerana keterlewatan kembali kepadaNya~ nauzubillah~

Aku ada simpan kata2 ini sbg renungan:

“Muda hanya sekali bagi mereka yang menganggap akhirat itu mitos. Muda itu mungkin sekali jika penyakit cintakan dunia itu cukup tepu bersarang dalam dirinya. Tetapi tidak bagi mereka yang beriman dengan adanya syurga Allah SWT. Mereka akan kekal muda selama-lamanya. Itu muda yang berkali-kali, itulah saat betul untuk enjoy”

Sunday, December 4, 2011

+++ TiDaK bErUbAh DiTeLaN wAkTu +++

Dari zaman sekolah, zaman uni & zaman kerja, bila aku nyatakan aku amat menghargai persahabatan..betul aku maksudkannya..& jika seseorang itu menghargai aku..aku akan hargai dia lebih2 lagi..itu janji aku..~

Aku selalu percaya..kita mungkin menjadi insan yg paling disayangi seseorang & dalam masa yg sama kita juga bisa jadi insan yang paling dibenci seseorang..dalam sedar atau tidak..kernanya kita tidak bisa memenuhi kehendak semua org..& dlm persahabatan..x mustahil terjadinya salah faham..mungkin juga pertengkaran..tp pertengkaran & salah faham itu jika masing2 dpt atasi dengan rasional & toleransi..persahabatan itu akan bertambah2 kukuh lagi..tp jika ego yg menjadi benteng diri..ya, silakan pergi..~

Aku ada seorang childhood friend..(Siti Zaharah Safin).lagi dua tahun genap 20 tahun kami berkawan..beberapa kali terjadi peristiwa yg hampir memutuskan persahabatan kami..tapi dua2 selalu meletakkan ego ke tepi..bersemuka & akhirnya terlerai sendiri..& sampai skrg, walaupun dia dah berumahtangga..dia sentiasa ada bila saja aku memerlukan,dalam susah atau senang..Ya Rabb..mana mungkin aku cari pengganti sahabat seperti ini~

Nota Kaki : Perubahan itu perlu..tapi pastinya dlm keadaan tertentu.Ada sesetengah halnya yg kita perlu,"stay the way we r"~

Thursday, December 1, 2011

+++ BeRiNgAt SeBeLuM kEnA +++

Dulu walopun kije bank..aku sendiri x berani nak pakai credit card.sbbnye masa tu career aku blom cukup stabil.tp bila masuk tahun kedua..baru aku apply.yg syoknye aku sendiri bleh monitor aku nye transaction n charges tu sume.(masa tu kene cover byk mende, banking services, bank nye promotion, sales, loan..& yg paling utama credit card services).lagipun tujuan utama aku apply masa tu sbb nak beli laptop (0% interest secara installment utk setahun)..& juga utk create rekod payment ngn bank.

Tak dinafikan byk anggapan org tentang penggunaan credit card. Ada credit card x semestinya utk buat utang. Tp lebih pada utk emergency. Yep, mmg ada sesetengah org gune credit card x hengat sampai utang berlambak2.byk yg aku tgk sampai kene blacklist.tp apa nak takut.yg penting kita jelas dengan apa yg kita nak.walo kite gune credit card, asal saja kita bayar full sebelum due date, xkan kene charge interest. Bila buat full payment, rekod pun cantek.rekod cantek/bagus sgt penting lagi2 kalo kite nak buat apa2 loan application in future,senang nak lulus~

Contoh payment profile (B = full payment)

Bila selalu ada penggunaan & byr full, nnt bila da kene charge annual fee, bley mintak waiver ^^ dan dlm masa yg sama bley kumpul point & bila point da mencukupi, bley redeem gift..tp better redeem jusco voucher je la, da lepas duit belanja barang dapur~ ^^ n stat tahun lepas bank da mula kenekan gov tax utk setiap card yg kita ada.ada certain bank akan waive tp ada certain bank yg hanya akan waive gune point (tu pun kalo point cukup).

Mungkin ada yg guna credit card semata2 guna, x amek tau apa charges yg tersembunyi di sebaliknya,cth berapa % late payment & interest yg akan dikenakan kalo terlambat byr (charges hanya akan di-reverse samaada based on 1st time basis atau good relationship dgn bank atau sbb2 lain yg munasabah ) adakah bank itu akan kenakan yuran tahunan (yuran tahunan koman2 rm80 setahun, tp tgk pulak jenis card)..charge gov tax..mcmna charge kalo setakat byr minimum payment..kalo buat cash advance mcmna interest akan berjalan..mcmna nak stop interest..kalo yg x amek tau, mmg dlm diam duit die hilang kat situ je..walopun jumlahnya nampak sikit, tp kalo bertahun2..x ke naye..antara sedar dgn x je..~

oh, teringat pulak sorang customer ni.kaya raya, duit beratus riban lam account..tapi bising nak reverse interest yg berjumlah...1 sen!! katanya,"this is not about money, this is about principle..small amount, but what is right is right"..adoyh (--")

Kesimpulannya pikir secara rasional sblm memiliki credit card ye.kalo betul & kene caranya, sebenarnya xde apa..tp kalo yg tersalah langkah tu..wallahu'alam..~

Jadi, bagi yang xde credit card,bagusla..bg yg bercadang nak guna, rujuk dulu pada mereka yg lebih tau..& bg yg ada..beringat sebelum kena~ =)