Friday, March 30, 2012

+++ TaKe A BrEaK +++








Tiada entry dari aku buat seketika~~~

Taken from twilight:
"I'll be back so soon u won't have time to miss me..look after my heart..i've left it with u"








Ada sesuatu yg perlu aku uruskan..aku pasti akan kembali bila semuanya sudah selesai~

Wednesday, March 21, 2012

+++ BiAsAn WaRnA PeLaNgI +++

Igt x pernah aku ceritakan kami 4 sekawan ditempatkan di sekolah yg sama..sjkc dot dot dot..Selepas cuti raya cina tempoh hari kami terpisah..2 di sesi pagi & lagi 2 di sesi petang..~

Antara perkara yg bermain dlm minda aku sebelum keluarnya sebarang keputusan:
1)antara sk & sjkc
2)antara sesi pagi & sesi ptg
3)environment keje : antara pentadbiran & murid

Masih aku ingat pesan abang (aku punya 7 adik beradik..6 daripadanya adalah cikgu ) bersedialah dgn 2 kemungkinan sebelum menjejakkan kaki di mana2 sekolah..samaada :
a) pentadbiran bermasalah / murid ok
b) pentadbiran ok / murid bermasalah

Dalam tempoh menunggu keputusan, ini yg selalu aku doakan:"Ya Allah..tempatkan aku dalam persekitaran kerja yang sihat..semoga aku disenangi..bukakan juga pintu hati mereka utk mudah memberikan aku tunjuk ajar & peluang utk aku terus perbaiki diri" amiin~
Ma juga selalu pesan amalkan solat sunat dhuha..(sgt suka doa dhuha ini)..Solat sunat dhuha, byk hikmahnya..antaranya murah rezeki..dgn izin Allah, rezeki dtg dari arah yg x pernah kita sangka..~

1)antara sk & sjkc - aku lebih prefer sjkc : aku dpt...Alhamdulillah~

2)antara sesi pagi & sesi ptg - aku lebih prefer sesi ptg : aku dpt..Alhamdulillah~

3)environment keje : antara :
a) pentadbiran bermasalah / murid ok
b) pentadbiran ok / murid bermasalah
aku prefer b : aku dpt..Alhamdulillah~

pernah juga aku ceritakan di sini kebanyakan murid2nya berdisiplin..tp agak besar perbezaan antara sesi pg & ptg..mereka di sesi ptg nakalnya boleh tahan~
Apapun, di sini..guru besar sgt berhemah & lembut hati..penyelia petang yg ramah & memahami..rakan2 guru yg friendly..kerani yg sempoi & suka buat lawak mencuit hati~

Bila satu saat aku diuji bertubi2..& sampai satu masa perjalanan hidup aku lancar sekali..betul2 mengundang rasa syukur yg x berbelah bagi~
Apa lagi yg aku harapkan..aku panjatkan setinggi2 kesyukuran kepada Ilahi~
Aku sentiasa ingatkan diri..walau apa pun yg telah & akan berlaku, jgn pernah putus asa dgn rahmat Tuhan..yakinkan, Allah itu maha adil..setiap antara kita ada bahagian masing2..yg pasti, jgn pernah lupakan DIA..tika susah mahupun senang~

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
# turun 3kg lam masa sebulan tanpa jog n exercise.hidup tanpa gaji punya pasal~

# pernah waktu tolong kerani buat keje admin di pejabat..ternampak buku "kebenaran balik awal utk murid" yg parents isi sebelum bawa anak mereka pulang..di bahagian "sebab"..ini antara apa yg mereka tuliskan : sakit pulut..aduyahai..terkekek2 aku baca yg ni..yg lagi parah, sakit otak..adeyh~sabo je la.. (--")

~ampun ye kwn2..lambat sket aku bw~

Tuesday, March 13, 2012

+++ hAnYa KeRaNa AkU aNaK pErEmPuAn +++

Hanya kerana aku anak perempuan, aku tidak diberi peluang bila aku suarakan keinginan utk memiliki lesen kereta selepas spm..kata abah,"bg peluang pada abg2 & adik2 lelaki kamu dulu"..abah juga tidak pernah memberi peluang pada aku utk belajar sendiri di rumah..aku cuma mampu berdiam diri~

hingga akhirnya bila aku punya pekerjaan, aku terpaksa curi peluang kerana masa sgt mencemburui..tp aku sgt berpuas hati kerana semuanya aku gunakan duit hasil titik peluh sendiri..juga bila aku sgt memerlukan kereta,aku uruskan sendiri dgn bantuan & nasihat teman2 di tempat kerja~

dgn zero knowledge & x yakin diri terus drive di kl, mcm2 perkara aku lalui..ma & abah sentiasa risau & kurang yakin aku mampu survive di tgh kota riuh begini..dgn jalan bersimpang siur flyover di situ sini..mungkin pada awalnya aku juga tidak yakin diri..tp aku tiada pilihan lain..aku xkan tahu kemampuan selagi aku tidak cabar diri..lagipun pada siapa lagi utk aku berharap..bagaikan nenek dikejar anjing, lompat pagar pun mampu dilepasi..itu pengibaratannya aku di sini..& Alhamdulillah sudah genap 2 tahun aku drive sendiri~

Alang2 sekali lagi diberi peluang mencari rezeki di sini..akan aku gunakan kesempatan utk explore jalan2 & tempat2 menarik di sini..mmg seronok sekali sekala menyesatkan diri..daripada situ byk jalan baru aku kenali & buat aku teruja utk cuba & cuba lagi..sekurang2nya bila akhirnya aku pulang berbakti di tempat sendiri, aku mampu berkata aku kenal tempat itu & tempat ini~ ^^

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

# Sgt byk hal aku peningkan awal tahun ni..mati2 aku igt lesen expired bulan 2 tahun depan..rupa2nya bulan 2 tahun ni..itu pun bulan 3 baru aku sedar lepas sorang junior tegur..confident sebulan aku drive lesen mati~ (--")

# lelaki chipsmore itu muncul lagi..enuf is enuf..apa dia igt aku ini tempat persinggahan.sila pergi jauh dari hidup aku,aku xnak tgk muka kau lagi!!~

# Sebelum balik kg bercuti,sempat luangkan masa bersama blogger Jue. Jue,mekasih temankan aku berangan2 di IKEA tempoh hari n jgn segan2 nak ajak aku keluar lagi lenkali~ ;p

# Pada teman2 yg hairan kenapa aku jarang muncul dgn entry baru..utk pengetahuan,aku cuma update entry seminggu sekali saja...tiap blogger punya cara yg berbeza,kan..aku punya sbb tersendiri & aku lebih selesa begini..& ketahuilah betapa aku sgt menghargai kalian yg sentiasa menyokong aku di sini~ =)

Tuesday, March 6, 2012

+++ TeKaD YaNg SaMa +++

Sejak kebolehan aku dipertikai & dicabar lebih kurang 10 tahun yg lalu..aku tekad keluar dari negeri sendiri & berdikari di tempat org..walaupun aku punya lingkungan kwn yg ramai di sini namun aku sebenarnya tetap sendirian..mau x mau aku perlu punya sense of indipendence yg tinggi~

Hingga saat ini, aku masih punya pendirian yg sama..walaupun beberapa kali aku goyah di pertengahan jalan..walaupun beberapa kali aku tersedar di pertengahan malam menangis tersedu sedan..sedikit demi sedikit aku mula menghargai setiap hikmah yg aku perolehi..utk kesekian kalinya aku yakin diri..belum masanya utk aku betul2 pulang..bila aku fikirkan kembali..once aku sudah berada dlm comfort zone..pasti sukar utk aku keluar & kembangkan potensi diri..masih belum cukup..aku mahu kutip sebanyak mungkin pengalaman..gali sebesar mungkin peluang~

Aku kutip beberapa cebisan kisah silam sbg pedoman..aku jadikan insan2 hebat yg pernah aku jumpa dlm perjalanan sbg pembakar semangat juang..(peluang mengenali mereka ini memberi kesan yg cukup besar dlm hidup aku hingga kini) & tidak lupa juga aku jadikan mereka yg pernah mempermainkan hati & perasaan sbg kekuatan utk aku buktikan bahawa aku bukan perempuan lemah spt yg mereka yg sangkakan..~

Setiap kali aku membaca perkongsian kisah suka duka teman2..ia juga mengingatkan aku pada kisah suka duka diri sendiri.. ia juga mengingatkan aku, setiap kali aku 'jatuh terduduk'..pentingnya keyakinan diri pada Tuhan,sokongan moral keluarga & teman2..namun ia terpulang pada aku sendiri selama mana utk aku terus meratap sepi..& aku sering percaya, tidak perlu terlalu lama..aku perlu bingkas bangun & melangkah kembali..ia akan berlaku beberapa kali, hingga akhirnya aku lali & kebal sendiri..~

2008 > 2009 > 2010 -----> dlm tempoh 3 tahun ini aku paling byk lupa diri & diuji~antaranya ini apa yg terjadi~

2011 -----> turning point.bermula Jan 2011 aku berhenti berjoli..berhenti tgk wayang, berhenti shopping..aku byk menyendiri..bagaikan berlaku 'tsunami' dlm hidup aku.aku lumpuh emosi~

2012 > 2013 > 2014 -----> tahun utk aku perbetulkan kembali keadaan,terus bangkit & kukuhkan diri~

Ada sesuatu yg perlu aku capai sebelum mencecah umur 31..& aku masih punya 3 tahun utk itu, termasuk tahun ini..semestinya ia bukan soal kahwin..kecuali jika dlm tempoh itu DIA menghendakinya..tp selagi ia x berlaku..aku masih lagi seperti ini. Andai aku masih dipanjangkan umur & masih lagi seorang blogger,akan aku kongsikan dengan kalian semua..itupun kalau kalian masih setia bersama aku~ ^^ cuma sbg peringatan buat diri sendiri, aku hanya mampu merancang, namun segalanya, DIA yg tentukan~

Nota kaki :
Kalau tiada aral melintang, cikgu2 waktu praktikal dulu mengajak aku menyertai satu hari percutian ke Singapura Julai nnt..Universal studios : hollywood theatre, new york library, sei fi roller coasters, ancient egypt vintage car ride, the lost world waterworld, far away 3D, water boat ride = rm250..
Aku anggap ini sbg reward utk diri setelah sekian lama aku x bersuka suki..mudah2an plan ini menjadi.InsyaAllah~