Bila
aku tahu aku dah cuba sehabis daya..(usaha+tawakkal+doa) tp masih belum dpt apa
yg aku pinta..tiba masanya aku berlapang dada.. make peace with God..make peace
with myself... & seiring dgn itu muncul satu rasa...
“Everyone I know is getting married or pregnant...
I’m just getting
more awesome”
Aku
pernah diberitahu,
”Ko perlu lepaskan apa yg dah pernah terjadi..
ko patut
bg peluang dekat diri sendiri”...
Aku
dihukum berkali2 dgn pilihan aku yg ini..tp bukan aku yg rugi...
You
can’t judge my choices without knowing my reasons..~
Bukan
putus asa..dlm soal ni aku cuma berhenti seketika...
Lagipun buat masa ni panggilan Miss Salihahbuat aku rasa selesa & istimewa~
;p
Aku menantikan 2015 dgn penuh harapan...
jika dipanjangkan usia & diberi kesempatan...
Aku selalu percaya..bila target dah ada..
apa jua yang berlaku di sepanjang perjalanan tu bukan apa2..
akan terasa kecil saja..&
ia akan berlalu dengan sangat pantas..sekelip mata~
“life
excitement pending” utk aku buat seketika...
aku sedar ramai yg berkecil
hati..merajuk..& terasa...
maaf..aku x mampu nak jaga semua..
cuma satu yg aku pinta...
smoga kita saling berbaik sangka..
berlapang dada...&
meraikan perbezaan antara kita...~
Maaf lagi sekali buat kalian berteka-teki & tertanya2...
aku cuma dlm proses membuktikan sesuatu kepada diri & keluarga...
juga membuktikan sesuatu kepada mereka yg x yakin &
x percaya dgn kekuatan yg aku ada...~
Sebelum mengakhiri entry aku nak kongsi satu cerita..
ia berlaku dalam bulan puasa...
terkena ulser, batuk & sakit tekak hingga x keluar suara...
ya Allah,peritnya...
sedangkan hari tu aku perlu kerja...
ya,sudah tentu aku boleh mc saja... tp aku nekad utk teruskan juga... push diri & kumpul kekuatan yg tersisa... berhadapan dgn murid2 yg bermcm ragam & gaya...
semestinya perlu kekuatan minda & jiwa...
lihat makna & nilai di sebaliknya..&
Alhamdulillah aku berjaya...
meneruskan hari menggunakan strategi & pendekatan yg ada...~
Aku suka relate dgn apa yg sdg aku hadapi saat ini...
aku yakin kerana aku tau di mana aku berdiri &
aku tau aku boleh pergi lebih jauh lagi...
perit itu akan berlalu pergi...
sabarlah wahai hati~
Oh,ada sorang teman cadangkan aku pergi bercuti...
ya..sememangnya aku sdg 'bercuti'...
dgn cara aku sendiri...
bila semua ni dah berakhir nnti...
aku akan jadikan percutian yg itu satu realiti!~ ^^
Muhasabah
& refleksi diri adalah proses berterusan..dalam apa jua aspek kehidupan..~
Dalam
tempoh beberapa bulan dari sekarang aku akan masuk 3 series..mungkin kepada sesetengah org, ia x membawa apa2 makna..cuma
angka..tp kita mungkin terlupa..antara soalan yg akan ditanya oleh DIA, umur
kita..di mana & utk apa telah kita usahakan atasnya..~
“Gambarkan
dalam minda, kehidupan yang kita mahu & tulis dalam bentuk tulisan &
sentiasa baca, kekalkan gambaran itu sentiasa..bertindak ke arah itu &
yakin Allah akan makbulkan” –Prof Dr Muhaya -
Aku mula
menggambarkan kehidupan yg aku mahu seawal 2001..aku menggambarkan diri aku
bekerja di kl/Selangor..berdiri di atas kaki sendiri..
...hingga suatu saat..aku
belajar, kita xkan pernah tau kita cukup kuat, hingga kita terpaksa kuat..&
bila kita jadikan Allah sebagai sumber kekuatan, pasti kita akan bertambah
kuat..lebih kuat dari apa yg kita jangkakan..Subhanallah~
Terlalu
byk yg aku belajar..ini cuma antaranya..ya,cuma antaranya..~
Aku belajar bahawa :
@Allah
menguji kita dengan apa yg cuba kita perjuangkan utk melihat sejauh mana kita
mampu mempertahankan prinsip yg kita pegang~
@Betulkan niat & fokus.Aku sedar aku terlalu fokus kepada sesuatu yg aku tau salah..blame it on me.mudah2an Allah
maafkan aku~
@Lihat
ujian bukan sbg musibah, tetapi sebagai kaffarah dosa~
Aku
suka jadikan tahun2 tertentu sebagai titik tolak kepada kehidupan yg lebih
baik..sepertimana;
2011
adalah turning point utk kehidupan yg aku kecapi sekarang..
2014
bakal aku jadikan turning point yg lebih jelas..seiringan dengan genapnya 30
tahun aku diberi peluang utk bernafas..seterusnya....
"Like
everything in life, healing takes time. Don't lose hope if you're not there yet"-Yasmin Mogahed -
Hidup
mesti ada perancangan..kita ada kudrat utk berusaha..dapat capai atau
tidak..
itu kuasa DIA..
Dapat
capai spt apa yg dirancang..antara tanda dia permudahkan jalan..x dapat capai spt apa yg dirancang..kerana DIA ada perancangan yg lebih baik utk
kita..Dlm
masa yg sama..sediakan back up..latih
diri utk berhadapan dengan situasi expect
the unexpected..~
Ia
lebih kepada soal adapt dengan setiap
perubahan yg di luar jangkaan..~
Juga…latih
diri untuk pilih respons terbaik dalam apa jua situasi..panjatkan doa
berterusan kepada DIA.."Dia yg lebih tahu..apa yg kita layak dapat,apa yg kita
berhak dapat..apa yg berhak kita miliki..bahkan apa yg berhak kita rasai..bukan
saja tentang apa..tp bila"
“If plan
A didn’t work the alphabet has 25 more letters!Trust Allah”
“Adakalanya
jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan..lalu
kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti
di sebaliknya.Hakikatnya kita mmg x pernah tahu apa yg sedang menanti
kita.Namun,yakinlah,indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya..”
-
Ibnu Mussal -
Aku
bukan siapa2..aku x berniat utk jadi hebat di mata manusia..dalam tempoh
sekarang x byk yg mampu aku lakukan.."Kita x mampu beri sesuatu yg kita x
ada” - Prof Dr Muhaya -
..aku
perlu lengkapkan diri terlebih dulu utk aku berupaya sumbangkan sesuatu~
Subhanallah..segala
kudrat & kekuatan itu dtgnya dari DIA..tiada sebab utk aku berputus
asa..malahan kecewa..sampai ke saat ini..aku diberi kekuatan utk terus
berusaha perbaiki diri & kehidupan..ya..aku x tau apa yg DIA hidang utk aku pada masa2
akan datang..tp aku yakin dengan setiap tindakan & keputusan..moga DIA
terus tunjukkan aku jalan~
Aku
dalam proses utk berubah..tp dlm masa yg sama aku masih terbabas..~
Jika
kalian nampak aku salah..tegurlah..atau sekurang2nya doakan aku..~
Aku
suka jadikan kata2 ini sbg peringatan & renungan :
“
Dosa banyak, tetapi malas minta ampun kepada Allah SWT. Bagaimana mahu mendapat
keampunanNya? Allah menggalakkan kita bertaubat berkali-kali. Bukanlah kerana
Allah nak kita bermaksiat, ingkar kepadaNya berkali-kali. Tetapi hikmahnya
adalah, bila kita rajin bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh,hati jadi makin jauh nak bermaksiat, nak ingkar kepadaNya.
Bila terjatuh juga ke lembah maksiat, bila langgar juga perintahNya, dek kerana
taubat yang banyak kali kita ulang penuh kesungguhan itu, jiwa akan rasa
sensitif sangat dengan dosa yang telah kita lakukan, lantas tidak
memanjang-manjangkan diri berada di lembah maksiat, terus bangkit dan berusaha
keluar daripadanya. Inilah positifnya taubat berulang kali. Makin lama, diri
akan semakin berusaha menjadi baik, semakin baik, semakin baik.
Bukan takkan
buat dosa langsung, tetapi akan lebih kurang buat dosa, lebih kurang lagi buat
dosa, dan begitulah seterusnya. Tetapi kalau langsung tak pernah bertaubat
bersungguh-sungguh, atau bertaubat bersungguh-sungguh sekali sekala aja,
bagaimana hati mahu menjadi lembut? Hidup kena ada rasa malu dengan Allah SWT.
Dia bagi banyak peluang kepada kita, kita pula buang-buang aja peluang yang Dia
berikan. Kita ingat Allah tu siapa? ” – Hilal Asyraf –
Dalam
meneruskan kehidupan..terus doa smoga kita dipertemukan dengan insan atau
peristiwa yang membuatkan kita melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza..malahan
cukup beruntung bila kita dipertemukan dengan insan yang boleh membuatkan kita
lebih dekat dengan Tuhan..juga insan yg membuka mata & minda kita kepada realiti
kehidupan..x kira samaada insan itu cuma ‘singgah’ atau terus bersama kita
meredah jalan..& dipertemukan tidak semestinya bertemu mata..atau x
semestinya dia menjadi kenalan rapat kita.. & x semestinya di dunia
nyata..boleh jadi di alam maya..kita diberi terlalu byk pilihan..pilihan itu di
hujung usaha kita..~
Aku
akhiri entry kali ni dengan satu perkongsian.cuba lapangkan masa utk santapan
iman.Yasmin Mogahed : “The People We Meet The Lessons We Learn”
p/s:Utk
seseorang…aku manusia biasa..yg agak lemah & rapuh jiwanya..terbit rasa
terkilan & sedih dengan apa yg dah berlaku..tp aku percaya kau punya seribu
satu sebab utk perlakukan aku sebegitu..serius bukan ini yg aku harapkan..ia
menguatkan lagi keyakinan aku dengan kata2 sorang teman; 'bila kamu hebat bersahabat
dengan sesiapapun..jgn pernah langkau hati masing2...kerana DIA tetapkan itu
dan ini dgn batasan' - Bidadari -
Aku
cuma ingin jd seorang sahabat yg sedia memaafkan..atas setiap kekhilafan..dgn
harapan..kekhilafan aku turut dimaafkan..berdendam itu bukan aku..~
"Awak sakit ke,Sal?" Aku diajukan pertanyaan ni beberapa hari lepas..~ Ya..mmg aku 'sakit'..tp aku x perlukan ubat biasa..aku perlukan supplement jiwa..~ "Ko x boleh terus mcm ni,Sal..ni memudaratkan diri namanya.." Dalam tempoh ni aku paling banyak dihukum..instead of disokong..aku dilihat memudaratkan diri..tp x mengapa..aku ulang pada diri..berkali2..hanya Allah yang layak menghukum..yakin pada diri..terus yakinkan ini..~ Dari mata kasar..mungkin kelihatan aku memudaratkan diri..tp mana mungkin aku memudaratkan diri bila hidup aku lebih terarah sejak aku ambil keputusan ini~ 'Sakit' ini menjadikan aku lebih menghargai kesihatan..~ penurunan berat badan ini menjadikan aku lebih berkeyakinan..~ memberi ruang kepada aku untuk mengubah penampilan..~ tempoh bersendirian ini juga menjadikan aku lebih berhati2 dalam pergaulan..~ Ada kalanya dtg kekuatan & semangat luar biasa..hingga aku terpaksa latih diri untuk seimbangkan semuanya..kerana aku percaya..sesuatu yg berlebihan itu memudaratkan..& kalau ianya perasaan..rasa yang berlebihan itu menyakitkan~ Pada satu saat paling sunyi..pada saat rasa diri paling teruji..bagaikan terdengar satu bisikan..untuk membalas lambaian Tuhan..dalam usaha menuju ke satu 'destinasi'..satu destinasi yang semua kita pasti tujui..ya,destinasi yang sama..tp kita punya rentak yang berbeza..&
utk punya rentak yg selesa..ia merupakan satu proses yg memerlukan masa..tinggal antara mau x mau saja~ Profesor Hamka : "Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang,hubungan ke langit lapang terluang" Nota Kaki : Ramadhan..jangan terlalu cepat pergi..~~~
Aku
selalu ingin jadi seorang yg luar biasa..itu yg aku selalu minta dlm doa..tp aku
seakan lupa..sebenarnya Tuhan sudah pun memakbulkannya..dengan cara berbeza..~
"Aku
tgk ko ok je”..kata seorang teman..
Aku telan telahan tu dengan rasa kelat..
"Never underestimate the
pain of a person..because in all honesty..everyone is struggling..some people
are better at hiding it than others"
Nasihat utk berkongsi rasa dengan sesiapa agar aku lebih lega agak tidak sesuai utk aku buat masa sekarang..ia
agak sulit & rumit..pernah aku cuba kongsikan tp x ramai yg mampu nak hadam..apa yg aku dpt hanyalah cebikan..betul2 mengundang rasa terkilan..ada baiknya aku diam~
Ya, diam mungkin menampakkan aku lemah..tp aku
xkan biarkan insan lain menetapkan definisi lemah utk aku..biar aku terus mencari rentak & melodi hidup aku sendiri..mudah2an cepat aku temui & mudah2an aku dpt bangkit kembali..bangkit lebih kuat lagi~
"Apapun yg akan terjadi Salihah..igtlah bahawa ketika kau tidak punya siapa2 selain Allah..Allah itu lebih dari cukup” #Aku yakin, DIA sedang memberi aku peluang & ruang utk mencari titik optimum daya kemampuan di tengah2 segala kepayahan..terus berikan aku kekuatan luar biasa utk menangkis yang tercela Ya Allah..kurniakan aku keberkatan ilmu & keberkatan waktu..aku mohon padamu Ya Allah..mohon dengan sangat#
Belum pun sempat hilang keperitan lama..aku diuji lagi utk kesekian kalinya~
Bila saat kau yakin bahawa sesuatu itu xkan terjadi jika Allah tidak mengizinkan..namun bilamana Allah tetap mengizinkan ia terjadi..maka terimalah hakikat bahawa diri kau sedang diuji..dan kau perlu terus tabah utk hadapi..Ia merupakan sesuatu yg x terjangkau dek akal fikiran..& ia merupakan satu proses yang panjang..tp aku akan terus yakinkan~
Ada ketikanya bukan kau yg memilih..tp kau "dipilih"..bak kata Wany Ardy dlm Langit Vanilla ,"Mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan yang terlalu idealis (yang perlu direalistikkan),agak lemah (yang perlu dikuatkan),dan yang paling penting,terpilih oleh Allah untuk dihempapkan dengan ujian "daya tahan" ..tp dekat sini aku luaskan skop kepada kehidupan keseluruhannya~
"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..hadiah tidak semestinya berbungkus dengan BAHAGIA,kadang2 ia berbungkus dengan UJIAN,tetapi di dalamnya ada BARAKAH"
Sebut pasal,"REDHA"..satu lagi quote dari Wany Ardy..maaf..aku sgt suka quote nukilan Wany Ardy..kebanyakan kisah dlm "Langit Vanilla" sgt dekat dengan aku..baca lebih 10 kali pun aku xkan pernah jemu..spt yg pernah aku katakan..aku x pandai mengolah kata..apa yg dia coretkan seolah2 meluahkan apa yg aku rasa..~ "Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.Percayalah cakap saya;SUBHANALLAH,sangat-sangat besar bezanya"~
Kali ini aku akan betul2 bawa diri..aku x risau bakal kehilangan ramai kwn..kerana aku yakin pada mereka yg betul2 faham erti menghargai sebuah ikatan..x kira berapa lama sekalipun aku menghilang..~
Terakhir dari aku utk kali ini : Jgn terlalu 'tenggelam' dalam kehidupan..pandang sesuatu dengan mata hati & mata iman..pandang jauuuuh ke depan..kau tau jalan itu panjang..bila saat kau betul2 sedar DIA lah sandaran harapan..tiada alasan untuk kau berhenti separuh jalan..& dalam masa yg sama..jgn pernah takut utk melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lebih 'menguntungkan'..kalau kau betul2 mengerti apa yg aku maksudkan..~
p/s : aku x pasti bila aku akan kembali lagi ke sini..tp,aku akan kembali..~
#Masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat tahun baru utk kalian,kan~ =) jaga diri!~
~~~I'm so damn busy mending broken pieces
of my life~~~
Sepertimana yang aku nyatakan kepada seorang
teman..aku dah nampak cahaya di hujung jalan..ia bukan lagi samar2 malahan
cahayanya semakin terang..cuma utk sampai ke sana..aku perlukan segunung
kekuatan..dek kerana kesilapan silam..aku kini seakan mengheret satu beban..aku
perlu kumpul kekuatan untuk memperbetulkan kembali keadaan..dan dlm tempoh ini
byk yg perlu aku korbankan~~
Aku byk menyendiri..mengumpul strategi..~~~
Aku suka jwpn Zahiril Adzim dalam
"Bogel Menuju Tuhan" bila ditanya satu soalan oleh seorang teman apa
yg dibuat bila rasa ‘sakit’ dan sedih:
ZA : Tak
perlu.Aku duduk je dalam situasi tu dan aku pastikan aku betul2 merasai sakit
dan sedih tu.Dari awal sampai habis.Sampai aku dah x boleh rasa"
“Sampai aku dah
x boleh rasa”…itu juga apa yg aku rasa sekarang..duduk dalam situasi tu..rasai
segala ‘kesakitan’ sampai aku dah x boleh rasa..~~~
Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha adil &
penyayang..dlm tempoh ini DIA permudahkan jalan..kalau sebelum ini aku byk
sia2kan peluang..kini aku dihujani peluang demi peluang..& seharusnya aku
rebut & xkan lagi sia2kan..~
Suatu waktu DIA uji aku bertubi2..&
kini DIA beri aku sesuatu yg lain sebagai pengganti~
"The best feeling in the world is
realising that you're perfectly happy without the thing u thought u
needed"… ya, aku bahagia walo
aku x punya apa yg aku fikir aku akan bahagia jika aku ada~
Aku tersenyum menatang takdir yg sedang
terukir~~~
Mungkin ada yg tertanya2 apa la yg teruk
sgt sampai mcm ni sekali gayanya..aku pinjam kata2 seorang teman, “Mum says
that we are human,hence we are imperfect..so,we have to respect and accept
their limitations as they have not experienced what we have” – Wan Noorli Razali.
Setiap antara kita mungkin diuji dengan
perkara yg hampir sama..atau jelas berbeza..& semestinya penerimaan &
cara kita mengatasinya juga mungkin hampir sama atau sebaliknya..terpulang kepada kita~~
Aku pinjam juga kata2 Wani Ardy dalam “Langit
Vanilla”..
“Laut ini luas.Jauh lagi perlu kita
renang.Badai itu sentiasa ada maka redha.Redha bukan bererti kita merela diri
dihanyut.Badai datang,kita tentang.Badai datang,kita tentang.Kalau kita gagal
& ia menolak kita ke belakang,kita renang semula ke hadapan.Yang penting
jangan lemas dan karam.Jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu
tenggelam..
Hanya kerana aku anak perempuan, aku tidak diberi peluang bila aku suarakan keinginan utk memiliki lesen kereta selepas spm..kata abah,"bg peluang pada abg2 & adik2 lelaki kamu dulu"..abah juga tidak pernah memberi peluang pada aku utk belajar sendiri di rumah..aku cuma mampu berdiam diri~
hingga akhirnya bila aku punya pekerjaan, aku terpaksa curi peluang kerana masa sgt mencemburui..tp aku sgt berpuas hati kerana semuanya aku gunakan duit hasil titik peluh sendiri..juga bila aku sgt memerlukan kereta,aku uruskan sendiri dgn bantuan & nasihat teman2 di tempat kerja~
dgn zero knowledge & x yakin diri terus drive di kl, mcm2 perkara aku lalui..ma & abah sentiasa risau & kurang yakin aku mampu survive di tgh kota riuh begini..dgn jalan bersimpang siur flyover di situ sini..mungkin pada awalnya aku juga tidak yakin diri..tp aku tiada pilihan lain..aku xkan tahu kemampuan selagi aku tidak cabar diri..lagipun pada siapa lagi utk aku berharap..bagaikan nenek dikejar anjing, lompat pagar pun mampu dilepasi..itu pengibaratannya aku di sini..& Alhamdulillah sudah genap 2 tahun aku drive sendiri~
Alang2 sekali lagi diberi peluang mencari rezeki di sini..akan aku gunakan kesempatan utk explore jalan2 & tempat2 menarik di sini..mmg seronok sekali sekala menyesatkan diri..daripada situ byk jalan baru aku kenali & buat aku teruja utk cuba & cuba lagi..sekurang2nya bila akhirnya aku pulang berbakti di tempat sendiri, aku mampu berkata aku kenal tempat itu & tempat ini~ ^^
# Sgt byk hal aku peningkan awal tahun ni..mati2 aku igt lesen expired bulan 2 tahun depan..rupa2nya bulan 2 tahun ni..itu pun bulan 3 baru aku sedar lepas sorang junior tegur..confident sebulan aku drive lesen mati~ (--")
# lelaki chipsmore itu muncul lagi..enuf is enuf..apa dia igt aku ini tempat persinggahan.sila pergi jauh dari hidup aku,aku xnak tgk muka kau lagi!!~
# Sebelum balik kg bercuti,sempat luangkan masa bersama blogger Jue. Jue,mekasih temankan aku berangan2 di IKEA tempoh hari n jgn segan2 nak ajak aku keluar lagi lenkali~ ;p
# Pada teman2 yg hairan kenapa aku jarang muncul dgn entry baru..utk pengetahuan,aku cuma update entry seminggu sekali saja...tiap blogger punya cara yg berbeza,kan..aku punya sbb tersendiri & aku lebih selesa begini..& ketahuilah betapa aku sgt menghargai kalian yg sentiasa menyokong aku di sini~ =)
Sejak kebolehan aku dipertikai & dicabar lebih kurang 10 tahun yg lalu..aku tekad keluar dari negeri sendiri & berdikari di tempat org..walaupun aku punya lingkungan kwn yg ramai di sini namun aku sebenarnya tetap sendirian..mau x mau aku perlu punya sense of indipendence yg tinggi~
Hingga saat ini, aku masih punya pendirian yg sama..walaupun beberapa kali aku goyah di pertengahan jalan..walaupun beberapa kali aku tersedar di pertengahan malam menangis tersedu sedan..sedikit demi sedikit aku mula menghargai setiap hikmah yg aku perolehi..utk kesekian kalinya aku yakin diri..belum masanya utk aku betul2 pulang..bila aku fikirkan kembali..once aku sudah berada dlm comfort zone..pasti sukar utk aku keluar & kembangkan potensi diri..masih belum cukup..aku mahu kutip sebanyak mungkin pengalaman..gali sebesar mungkin peluang~
Aku kutip beberapa cebisan kisah silam sbg pedoman..aku jadikan insan2 hebat yg pernah aku jumpa dlm perjalanan sbg pembakar semangat juang..(peluang mengenali mereka ini memberi kesan yg cukup besar dlm hidup aku hingga kini) & tidak lupa juga aku jadikan mereka yg pernah mempermainkan hati & perasaan sbg kekuatan utk aku buktikan bahawa aku bukan perempuan lemah spt yg mereka yg sangkakan..~
Setiap kali aku membaca perkongsian kisah suka duka teman2..ia juga mengingatkan aku pada kisah suka duka diri sendiri.. ia juga mengingatkan aku, setiap kali aku 'jatuh terduduk'..pentingnya keyakinan diri pada Tuhan,sokongan moral keluarga & teman2..namun ia terpulang pada aku sendiri selama mana utk aku terus meratap sepi..& aku sering percaya, tidak perlu terlalu lama..aku perlu bingkas bangun & melangkah kembali..ia akan berlaku beberapa kali, hingga akhirnya aku lali & kebal sendiri..~
2008 > 2009 > 2010 -----> dlm tempoh 3 tahun ini aku paling byk lupa diri & diuji~antaranya ini apa yg terjadi~
2011 -----> turning point.bermula Jan 2011 aku berhenti berjoli..berhenti tgk wayang, berhenti shopping..aku byk menyendiri..bagaikan berlaku 'tsunami' dlm hidup aku.aku lumpuh emosi~
2012 > 2013 > 2014 -----> tahun utk aku perbetulkan kembali keadaan,terus bangkit & kukuhkan diri~
Ada sesuatu yg perlu aku capai sebelum mencecah umur 31..& aku masih punya 3 tahun utk itu, termasuk tahun ini..semestinya ia bukan soal kahwin..kecuali jika dlm tempoh itu DIA menghendakinya..tp selagi ia x berlaku..aku masih lagi seperti ini. Andai aku masih dipanjangkan umur & masih lagi seorang blogger,akan aku kongsikan dengan kalian semua..itupun kalau kalian masih setia bersama aku~ ^^ cuma sbg peringatan buat diri sendiri, aku hanya mampu merancang, namun segalanya, DIA yg tentukan~
Nota kaki :
Kalau tiada aral melintang, cikgu2 waktu praktikal dulu mengajak aku menyertai satu hari percutian ke Singapura Julai nnt..Universal studios : hollywood theatre, new york library, sei fi roller coasters, ancient egypt vintage car ride, the lost world waterworld, far away 3D, water boat ride = rm250..
Aku anggap ini sbg reward utk diri setelah sekian lama aku x bersuka suki..mudah2an plan ini menjadi.InsyaAllah~
Genap 10 tahun aku berkelana di Kuala Lumpur * ayat x ley blah *
x tau ke mana pula untung nasib aku lepas ni..samaada masih kekal di sini..@ ke Sabah Sarawak..@ ke lain2 negeri..Tapi sejujurnya xde masalah bg org bujang mcm aku ni..
10 tahun lepas aku bertekad utk keluar dari Kelantan..belajar di KL..keje di KL..Aku dtg sbg budak mentah..& aku keluar sebagai wanita yg tabah,mudah2an~Ada sedikit 'rebel' sebenarnya..Kalau boleh mmg aku mau kembali..tp sorang kwn aku penah berkata," Masih terlalu awal utk ko kembali, Sal"..tp aku takut aku terlambat & menyesal sampai mati~Ntah ke mana aku akan 'dicampakkn' nanti..tp andai kata ada rezeki pulang ke tanah air sendiri..biarlah aku lepaskan ego ke tepi..walopun aku tau kesabaran aku akan terus teruji..~
Nota kaki : tga cuti panjang sebelum keluarnya keputusan posting ujung tahun nnt..sedikit cuak di situ~
x sangkanyehai da nak abes kpli..mcm baru lepas meredah hutan belantara..penuh duri..penuh 'binatang berbisa'..erk, ckp mcm da abes final exam la kan..hahah =p..wish me luck ye kwn2~ ^^
Minggu lepas ada taklimat..keluaran kpli dikatakan kurang memuaskan dari segi kualiti..tempoh kursus yg sgt terhad, padat, 'masak!"..selalu kene compare dgn pelajar pismp..deorang dikatakan sgt solid..~ Yup, mungkin kami kurang solid dari segi p&p..yg itu kami akan terus pelajari..bagi kami peluang utk buktikan kebolehan diri~ At least kami ada pengalaman lain bertahun2 di uni & pengalaman kerja mengenal manusia duniawi~
Isu lain;memandangkan kami akan mengajar sekolah rendah..akan wujudnya isu guru2 lama x berpuas hati dengan lepasan kpli..puncanya,lepasan kpli memegang tangga gaji yg lebih tinggi dari deorang yg dikatakan guru2 expert..tp apa salah kami..kami belajar bertahun2 di uni demi segulung ijazah..bukan dtg bergolek terus nak jd cenggini~ (--")
apa2pun..skrg aku mau pandang jauh ke depan..bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan..& pastinya dengan senyuman~ Tangisan? ahah, siapala aku tanpa tangisan..tp tangisan yg membangkitkan kekuatan..~
Aku ada satu perangai yg kalo org tau mungkin akan anggap aku ni ntah hape2..tp ado aku kesah~Lam menyelusuri perjalanan hidup aku, ada beberapa saat yg aku akan capture..setiap stage start drpd SPM sampai aku keje..*
Risau tu perkara normal kan..cuma perlu diseimbangkan..tidak terlalu melampau~
Waktu nak amek UPSR & PMR, aku x rasa aku cukup risau..risau sekadar tindak balas normal utk amek ujian besar..tp bermula dengan SPM, keadaan mula berubah..SPM tu ibarat penentu masa depan..dekat u mana ko akan lanjutkan pelajaran..penentu ke mana arah tuju ko kemudian..saat pertama yg aku capture..lepas exam, aku di pondok menunggu masa utk pulang..aku renung jauh ke padang..masa tu angin sepoi2 bahasa..kereta lalu lalang di jalanan..aku rasa x keruan..aku sedar aku x cukup pandai mcm kebanyakan..tp xdela sampai cukup2 makan..yg aku tau aku akan usahakan sampai satu tahap aku da x boley cuba lagi..risau betul aku x dpt nak masuk u mcm kwn2..Tp syukur Alhamdulillah..aku dpt jejakkan kaki ke uni idaman..UIA~
Dituruti dengan kerisauan aku untuk mencari sesuap nasi..mencari rezeki..ya, pointer aku tidak sebagus kwn2 yg lain..aku berasa sgt rendah diri..saat kedua yg aku capture..di waktu dinihari aku bangun study..aku renung kipas & suasana bilik yg sunyi sepi..lihat kwn2 nyenyak tidur dibuai mimpi..risaunya..boleh ke aku dpt keje yg bagus lepas ni..~ tp tiada siapa dpt menyangka apa yg bakal kita perolehi..1st interview:tiada keyakinan..tergagap2..tersekat2..terdiam kelu x terkata pun ada, aku x rasa aku akan dpt..masa tu aku mmg blame diri..tp siapa sangka, aku diterima..dengan jawatan yg agak bagus & gaji yg agak lumayan utk fresh grad waktu itu..semestinya aku senang hati~
Tp tiap kalipun mak ayah akan bising..mereka nak sgt aku jadi seorang pendidik..& terus terang aku sememangnya degil..saat ketiga yg aku capture..dalam kereta pulang ke kg waktu cuti semester..abah berceramah tentang kerja..x suka aku kerja swasta yg jadualnya x tentu masa..aku dengar n renung aja ke luar cermin kereta..maaf ma, maaf abah..bagilah org masa..~
Berbekalkan pengalaman 2 tahun stgh di syarikat pertama, aku membuat keputusan utk bergerak ke tahap yg lebih tinggi..pergi interview situ interview sini..pertimbangkan baik buruk tawaran yg diterima..soal masa depan..mmg sakit kepala..bila saat aku berhenti seketika, dtg tawaran dari Shell Oil..ya, semestinya aku terima..
Genap stgh tahun di Shell tiba2 aku dpt twrn KPLI..perlu buat keputusan antara kekal di sini & menunaikan harapan kedua mak ayah aku utk jadi cikgu..~ argh..memang agak tensi..
Akhirnya aku buat keputusan utk berhenti..bila aku fikirkan jauh ke depan..itu keputusan yg terbaik..lagipun aku rasa sgt x tenang hati..abah pernah ckp dia kecewa dengan aku sbb xnak bg peluang kat diri utk cuba jadi seperti apa yg mereka hajati..ramai kwn persoalkan keputusan itu..tp aku lebih tau apa yg terbaik utk masa depan aku..namun aku rasa amat bertuah diberi kesempatan untuk menjadi sebahagian daripada mereka walau hanya utk seketika~ pengalaman yg pasti tidak akan aku lupakan sampai bila2..~
Pejam celik pejam celik..lagi seminggu aku akan habis praktikal..bulan 11 habis belajar..kalo xde apa2 halangan bulan 1 posting..ke mana aku akan dihantar..aku berserah saja..Sememangnya aku rasa serasi dengan bidang ini..cabaran & dugaan ada di mana2..tp hati aku lebih tenang, itu yg pasti~ =)
Mungkin nampak mudah perjalanan hidup aku dari mata kasar..tp utk sampai ke saat skrg ni...peritnyahai..mcm2 aku lalui..~
Skrg ni ibarat aku berhenti seketika di perhentian ke-27..masih jauh perjalanan...andai dipanjangkn umo~..bersiap sedia utk redah ntah bagaimana rupa halangan & rintangan di hadapan~
dan aku sematkan dalam diri kata2 ini~
"Janganlah engkau cemas tentang rezekimu, kerana pencariannnya kepadamu lebih kuat daripada engkau mencarinya"..
Allah itu maha mengetahui..yg penting dalam pencarian itu jgn sesekali kita lupakan DIA..pasti DIA juga tidak akan lupakan kita~ ^^
Jika ditanya ibu mengandung..pasti majoriti jwbnya mau anak berkulit cerah..kecuali kalo da kuanya mmg gelap..maka perlulah terima seadanya,kan..Ahah, x kisah cerah atau gelap..tiap org punya pandangan tersendiri..~ ^^
Tp ini ikhlas apa yg aku rasakan..~
Waktu dilahirkan dulu aku ni boleh digolongkan lam kategori gelap..dahla gelap..mata sepet pulak tu..adik badik laki gelarkan aku 'sompek'..~sampai ati ko wahai abg2ku sekalian~ (--")
Masa kecik2 dulu mana la reti bab2 redha n terima ketentuan ni sume..apa yg aku igt..aku rasa rendah diri yg amat..~
Waktu skolah rendah aku suka perhatikan kwn2 aku yg berkulit cerah..bila waktu pj atau bersukan, kulit deorang pasti nampak kemerah2an gtu..comel betul..& bila deorang pakai baju & tudung, pakaila kaler ape pun, pasti ngam..~ Oh, jelez!
Masa skolah menengah lagi dasat..tiap2 hari balik skolah ikut jalan sawah padi..tiap2 hari berjemur..hangus!~
Bila masuk uni..da mula belajar pakai itu ini..( ckpla apa jenis jenama pencerah kulit..sume aku nak cuba!!) nasib kulit bukan jenis sensitip..n syukur ikut kulit mak yg x berjerawat..~
Bila da stat kije..boleyla try jenama mahal sket kan ( x sedar diri )..& apa yg paling penting..tiap2 hari dok lam aircond..kdg2 aircond kat office dah di-standardize-kan & x boleh diubah! sejuknya sampai tahap menggigil..oh, sgt aku x fhm..kenapa nak kene sejuk sgt..sampai nak buat kije pun tgn terketar2.. (--") ~
Dulu kononnya workhaholic..office tu ibarat rumah kedua..keluar belum terbit mentari..balik bulan da memunculkan diri~ aku mmg suka dok office lama2..org da balik aku x terus balik..sampai satu tahap ada membe tego.."weh, ko ni xde rumah ke??!!".. aku suka menyibukkan diri dengan keje utk lupakan mende2 lain yg x sepatutnya..~lagipun aku mmg lone ranger..oh, jgn ditanya apakah mende2 yg x sepatutnya tu ye~ hanya org mcm aku je fhm~
Tiga tahun aku kije swasta..kije lam office..kije yg x memerlukan aku ke hulu ke hilir..kije yg tiap2 hari dok lam aircond..kije yg teramat busy sampai x kenal mentari..( ok, itu cuma pengibaratan ye)..lama2 otomatically aku jadi cerah..cerahla sangat.. (--")..ok, betterla daripada dulu..nak putih melepak tu tunggu bulan jatuh ke riba pun blom tentu..yg tu ikut keturunan la kan~ tp lam family, aku anak tgh..tiga abg aku gelap belaka..n tiga adik aku cerah2 pula..agaknya anak tgh ni kompius x tau nak ikut yg mana..jd sedang2 aje la kan..hahah~(boley pulak mcm tu)..
Kesimpulannya, sila buat kesimpulan sendiri..boley gitu? =p
Kesimpulan aku, bila lahir kulit gelap..x semestinya sampai ke besar gelap..bg aku mende ni ikut persekitaran..~
Aku yakin pasti ada yg akan ckp..walo ape pun warna kulit kita..bersyukurlah & terimalah seadanya..iya betul..aku setuju..~ pilihla yg mana asalkan kita selesa & yakin dengan diri kita~ =)
Sabtu lepas tunggu abg,kakak ipar n anak buah kesayangan ( Afif Irfan ) sampai dr Sabah n balik kg sesama..lebey kurang kul 11.00 mlm amek deorang kat KL Sentral n terus gerak..lepas brenti solat kat stesen minyak abg tiba2 ckp,"ko xnak drive, aku ngantuk ni"..huik..bia betik, aku kalo setakat drive utk hal2 biasa kat kl ni ok la, tp suh drive balik kg kat highway memalam buta mcm ni..aish..lagi pulak aku bukannya tau jalan..
*Inila dia cth org yg x alert ngn jalan kalo g memane..(--') ..
tp bila memikirkan abg da penat, kesian pulak..cuba je la..yakin boley!
Abg,"kat Raub nnt kita tukar..ko ikut je kete n tgk signboard"
boley je pun..aku ni perlu dicabar sket kot baru nak berani..(--")
tapi bila sampai Raub, nengok abg n kakak ipar mcm nyenyak je tido..teruskan je la..
agak ngantuk drive xde kwn nyembang tp tahankan aje..
beberapa jam kemudian..tiba-tiba~~~~~~~~~
Abg," kat mana ni?? ko ikut jalan mana ni??!"
Aku," Ntah, td kat Raub byk sgt selekoh..kompius..aku nampak jalan alternatif ke Kota Bharu, aku masuk je la..nak ikut kete len tp da terlajak"
Abg," Aih, ni jalan lama..org da x lalu..tgk selekoh dia tajam2..bahaya..byk eksiden"
Kakak Ipar," Patutla x nampak kete lain"
Aku,"Ow, ye eh..ehe..kan aku da ckp aku x tau jalan..aku pun rasa pelik..tp tgk kat tepi jalan tu tulis kota bharu je berderet, aku teruskan je la..maap le"
Abg,"xpela, biasa2 ngn jalan sket..sama je pun..x jauh beza..cuma bahaya sket la"
x lama kemudian jumpa balik jalan asal..
"wah, ok, kita da kembali ke pangkal jalan, huhu"
~adeyh..nampak sgt aku ni blurr kan..xpela, anggap je aku nak mantapkan skill drift aku kat selekoh tajam..huhu~
Lepas sahur abg take over kejap n lepas subuh tiba2
Abg," Ko drive la, aku ngantuk"..hurr..
aku sambung balik sampai kg~
Nota kaki : Alhamdulillah sampai ke kg halaman dgn selamatnya..~ ^^
Lam hidup ni kadang2 kita kene terima hakikat x semua mende yang kita nak kita akan dapat (walo menangis air mata darah berbaldi2 sekalipun )..& kadangkala mende yang kita x nak tu la yang kita akan dapat..jika terjadinya hal yg sedemikian,maka redhalah kita seadanya ya ^^..~
Bila aku renungkan balik apa yang aku da lalui lam idup ni..ada beberapa perkara yg jadik lam idup aku in terms of nak x nak ni..
AKU NAK & AKU DAPAT :
# Adik perempuan..
-Aku punya 3 abang & 2 adik laki. Bila dapat tau maa ngandung lagi ( 1994 )..siang malam aku doa mintak dapat adik pompuan..mesti seronok ada geng bila nak buat hal2 keperempuanan..Alhamdulillah..Allah makbulkan doa..gembira bukan kepalang aku..beza aku ngn adik bongsu, 10 tahun..Asal balik kg;tido bilik adik, takut mandi mlm;mintak adik teman
(rumah aku tu tempat mandinya bukan mcm uma zaman skang )..gi pasar mlm;"adik jom"..baju, perfume, tudung,kasut;"adik,nah" ..mmg seronok..~
# Masuk UIA..
- Abg aku yg 3rd blaja kat UIA..selalunya waktu anta abg ke tempat bas tiap kali nak balik kl mesti aku akan ikut...bila tgk abg & kwn2 uianya, aku rasa sgt excited..aku kagum dgn mereka..aku pun mau masuk UIA..aku sgt berharap aku dapat ikut jejak abg..tp lepas abes SPM..aku mcm x yakin dpt masuk u..aku buat keputusan amek lower 6 kat KISAS (Kolej Islam Sultan Alam Shah )..abah ckp tunggu aja keputusan u..tp aku sgt risau..mcmne kalo x dpt?? jd aku teruskan aja niat..lepas 2 minggu di sana aku dpt tawaran utk lanjutkan pelajaran di UIA..Alhamdulillah~ Tuhan aja tau perasaan aku masa tu..
2 minggu sgt pendek tempohnya tp sgt byk kenangan best sempat aku kumpul..masa tu KISAS blom lagi ada pengaruh luar..pelajarnya tersangatla wara'.. pelajar lelaki x boley nyembang face to face ngn pelajar pompuan..mesti guna nota..ada sampai tahap ckp pun kat belakang tabir..( tp tu yg mmg asalnya student KISAS la..yg amek lower six mcm kitorang ni la yg meleburkan segala..) ada satu pengalaman yg x dpt aku lupakan..ada satu hari tu aku dgn kwn2 lenggang2 balik dari kantin..tiba2 ternampak sorang pelajar lelaki kat depan..aku,"weh, muslimin weh, tundukkan pandangan" tp baru beberapa saat aku angkatkan pandangan, pelajar tu da ilang..huik??!..rupanya dia terus tukar haluan..mak aih..mmg dasat ah..tp aku dengar sekarang da x mcm tu lagi da kat sana..wallahu'alam..
# Keje kat KL
- Bila abes blaja aku nekad nak cari keje kat KL..tp orang kata bukan senang nak dpt keje..& jgn memilih..apa yg dtg, grab aja..pengalaman tu penting..risau jugakla tersenarai lam list penganggur2 terhormat..tp rezeki aku..lepas sebulan abes blaja aku terus dpt tawaran keje di tgh2 kota KL..~pernah tulis di sini
AKU TAK NAK & AKU DAPAT :
# Kete MYVI
- Mulanya mmg mati2 aku xnak kete myvi..sbb aku x suke mende yg sgt ramai org guna..lagi2 myvi SE kaler oren.. aku,"myvi oren?? pelik ah!"
tp alih2 yg tu jugak aku beli (--")..affordable..selesa..sesuai la dgn aku yg pendek & ketot ni~
# Jadi cikgu
- Dulu jiwa aku lebih kepada keje lam pejabat..keje admin..mmg aku berdegil xkan memilih bidang perguruan..mak & abah sgt x suka aku keje swasta..deorang ckp deorang redha..tp dalam hati, sape yg tau,kan..abah pernah ckp dia kecewa dgn aku..(gila berdosa aku rasa ) 3 tahun lam sektor swasta banyak mengajar aku erti hidup..berada dalam environment yang buat aku makin jauh dengan Tuhan..sgt mencabar keimanan..apa guna gaji besar kalau hati x tenang..lagipun maa & abah da lama berharap aku jadi cikgu..aku cuba bukak pintu hati..moga Allah permudahkan perjalanan hidupku di kemudian hari..InsyaAllah~
Kesimpulannya, jangan terlalu yakin ko xkan dpt apa yg ko xnak..mcm tu jugak sebaliknya..life is unexpected..so alwez expect the unexpected~
Byk keputusan gila..pilihan demi pilihan..tangisan demi tangisan..aku terus diuji ~
R/ship : Aku x cukup bertuah dlm soal cinta..bulan 4 nnt aku bakal mencecah 27 tahun..and believe me or not..aku x pernah bercinta..jgn mudah menilai..ia x semudah yg kamu sangkakan..
Family : I'm not a good daughter..I rebel..a lot! mak ayah..ya..mungkin mereka ckp mereka redha..tp jauh dlm sudut hati aku tahu mereka kecewa..
Kerjaya : Aku dikira cukup bertuah dgn hanya satu interview terus ditawarkan kerja..2 tahun 6 bulan di Hong Leong Bank..n then move on to Shell..Is it secure enuf? nah...but at least I'm still standing..