Showing posts with label Turning point. Show all posts
Showing posts with label Turning point. Show all posts

Wednesday, July 27, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 3~ +++

(Minggu lepas)..
Baru je stat mengaja hari Isnin, tiba2 hari Rabu supervisor da msg:
YM Hjh Raja Azizah," Will c u both tomorrow.hope there is no problem"..
Ya ampun..bia betik ni..da nak dtg observe??!! cepatnya~

Aku mengaja 2 kelas BI (darjah 2 & 5).Kelas yg nak di-observe tu masuk pun belom..deorang kata bebudak darjah 3 ke bawah nakalnya semacam..cuak pulak kotla ada mende x best jadik 1st time kene observe,riso,riso..kelam kabut siapkan apa yg patut:

-Update buku rekod
-Refleksi & jurnal
-Alat bantu mengajar & worksheet
-Portfolio ( donlot n isi segala mcm borang praktikum)

n minggu ni baru nak rasa lega sket tiba2 mdm call ckp nak dtg lagi! ayyok..cepatnye aih mdm..sampai cikgu pembimbing aku pun terkejut..tensi sket bila lecturer update last minit..agak kelam kabut prepare apa yg patut..tp bak kata cik Dill , lagi cepat lagi baik..cuma cuak sbb skrg masih kelam kelibut..

Lam tempoh ni agak 'demam' ngn lesson plan..makan igt lesson plan, tido mimpikan lesson plan, tgk tv igt lesson plan..kesimpulannya hidup aku dihantui lesson plan..kwn aku ckp, waktu praktikal ni je teruk sket..lesson plan agak complicated & berhelai2 panjangnya..bila da jadi cikgu betul..boleh jadi cuma satu perenggan! (--")

Monday, July 18, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 2~ +++

Seminggu dah berlalu, Alhamdulillah ianya x seteruk yg aku sangka..

X kisahla org layan kita mcmne, sbg budak baru kenela senyum n bertegur sapa..nnt dikata pula sombong x reti nk bergaul mesra..

Apa yang mengejutkan aku, dari hari pertama hingga ke hujung minggu, lebih separuh cikgu mengatakan wajah aku mirip guru besar..(GB)

GPK Koko: “Sy td hairan kenapa GB bawak anak dia dtg sekolah..awak ni sebiji mcm GB tau”

Di kantin: Seorang cikgu menegur GB, “Eh, Puan, sy igtkan ni anak Puan”

Di bilik guru: “Dia ni muka mcm GB kita la”

Cikgu lain, “Ha, tu la dia, aku baru nak ckp tp aku ckp lam hati je td”

Di pejabat, “Awak ni ada mirip GB la”

& lagi aku terkesima bila beberapa org kakitangan pejabat ckp pulak muka aku ni mcm dia punya adik ipar n lagi sorang pula ckp aku ni mcm sepupu dia..mak aih..apekah..~

X terlepas jugak aku punya guru pembimbing, “Deorang dah pesan kat saya dah ni, mintak hati2 jadi cikgu pembimbing anak GB ni,haha..”

Aku : “Tu la Miss Jai, ramai sgt dah ni ckp muka sy ni mcm GB la, mcm sedara deorang la, mcm sepupu la..muka bersepah sangat la sy ni”

Miss Jai, “Ni bukan pelanduk dua serupa lagi dah..ni dah jadi pelanduk berupa2 dah ni”

Aduyai..~

Lam minggu yg sama, supervisor kami dtg utk sosial visit..aku, Che Ah, dua guru pebimbing kami, GB n GPK koko duduk bersama utk sesi pendek, penerangan berkaitan tugas/tgwjb kami sbg cikgu praktikal sepanjang tempoh 3 bulan di sekolah.

Supervisor, “Cikgu gunakanlah mereka ni..bukan maksud menganiaya, tp suruhla mereka buat apa sahaja yang melibatkan sekolah. Bila mereka dah masuk sekolah, mereka dah jadi sebahagian dari sekolah. Mereka perlu terlibat dengan semua aktiviti. Bg mereka tunjuk ajar. Kami sebenarnya nak perbetulkan balik persepsi sekolah tentang produk keluaran KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).ambilan KPLI sebelum ini sebenarnya tidak punya byk pendedahan, tempoh pembelajaran mereka sgt terhad..dah lama kami nak cuba ubah semua ni dan kami sudah diberi peluang, mulai tahun depan, tempoh pengajian KPLI akan dilanjutkan ke setahun setengah..mereka akan punya lebih banyak waktu, akan diberi lebih banyak pendedahan. Diharap cikgu2 semua dapat bg peluang kepada mereka berdua”..

GB: “Itulah, sebenarnya sy mmg ada satu persepsi tentang pelajar KPLI,rasa x yakin dengan kebolehan mereka”

~No wonderla GB sgt sarcastic,tp apa boleh kami buat kalau itu yg GB fikir..kami cuma mampu cuba yg terbaik..

Hujung minggu kami perlu terlibat dgn perkhemahan tahunan sekolah..perlu korbankan hujung minggu..~dah berkurun aku x tgk wayang sejak masuk KPLI..cuma sempat sekali hang out dgn kwn2 sekelas..bukan langsung xde masa..tp ntah kenapa aku malas..dah xde hati nak keluar tgk wayang..

Kdg2 GB turun padang pantau program.GB yg sebelum ni serius xde perasaan menegur kami dengan mesra..bertegur sapa bila terserempak di kantin dan di perkarangan sekolah..sejuknya hati bila begini~ ^^

Sepanjang program, aku perhatikan saja budak2 tu semua..sgt mengimbau kenangan zaman sekolah rendah..tiba2 aku nampak diri aku dalam kerumunan itu..aku dulu di sana..dan skrg aku di sini..sbg guru.~ Pelik betul perasaan ini..

Oh, ya, mereka ada amalkan budaya cium tgn sebelum balik sekolah..muncul satu perasaan yg sgt aneh..& pastinya terharu bila dikerumuni anak2 kecil berlari2 comel mencium tgn sebelum beredar meninggalkan kelas..~ ^^

Aku tahu bidang ini bukan semudah yg disangka..tp betul aku temui ‘ketenangan’ di dlmnya~

Nota Kaki: Kalau sebelum ini aku mampu ‘redah’ segala..kenapa tidak kali ini..~


Saturday, July 16, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 1~ +++

Lepas SBE (School Based Experience) di SK Damansara Jaya 1..
~penah tulis di sini ( 1 & 2 ) ~ ni kira second experience aku kat sekolah..juga next stage aku lam bidang perguruan...(Praktikal 3 bulan di SK Wangsa Maju Seksyen 2 )..

Kalau SBE just kumpul bahan untuk portfolio, g relief class, amek feel bakal cikgu,(mengambil masa 2 minggu- sgt byk masa terluang)..tp kali ni aku perlu mula mengajar..maximum 12 jam (8 jam major *English* & 4 jam minor *Muzik*)..agak cuak sbb aku langsung xde experience mengajar nak dibandingkan dgn kwn2 yg kebanyakannya dah ada experience samaada GSTT ataupun cikgu tuisyen..lepas tu pulak kene involve dgn semua program & aktiviti yg dianjurkan pihak sekolah..

Serius masa pilih sekolah utk praktikal, xde specifik sekolah utk aku pergi..randomly pilih area Wangsa Maju..x kisahla mana2 skola pun dicampak..bila dah confirm nama sekolah, cuba korek cite daripada beberapa pensyarah..ada yg ckp ok..ada yg ckp kalau pergi sekolah tu mesti kene buat mural punya..n disebabkan sekolah tu bersebelahan dengan sekolah menegah, org ckp pelajarnya akan sedikit nakal sbb terpengaruh dgn bebudak sekolah menengah..hmm..

Pelajarnya x ramai..juga mengalami nasib yg sama dengan SK Damansara Jaya 1, disebabkan munculnya byk sekolah yg lagi advance & dilengkapi kemudahan yg canggih, ibu bapa lebih terarah kpd itu..maka berkuranglah pelajar di sekolah ini..tp dengar kata pencapaian UPSR nya masih di antara yg terbaik..

1st day kebetulan hari perhimpunan, aku bajet mcm kene g depan introduce diri..mcm yg aku kene kat SKDJ 1, tp kali ni bukan setakat x payah g depan, masa disebut nama langsung x disuruh berdiri..seolah2 " Sekolah kita ada 2 org cikgu pelatih, sila bg kerjasama..sekian "

Rasa sgt unwelcomed..~

GB nya agak sarcastic & strict..
"Kenapa kamu dtg sekolah ni..kenapa x g Keramat je kalau kamu dok Keramat"

Wallaweh..menusuk kalbu panahan ayat itu..~

Pastu sambung lagi..

"U r so unclucky lah, skrg ni sekolah tgh byk program..kami akan masukkan nama kamu bila saja ada apa2 aktiviti.."

"Hujung minggu ni ada perkhemahan, cikgu perlu tidur di sekolah"

gulp*

Sambung lagi..

"Memandangkan meja di bilik guru dah penuh..kami akan letakkan kamu di bilik media..nanti pandai2lah kamu nak bergaul dgn cikgu2 lain.."

Cikgu2 lelaki di sekolah tu pun kebanyakannya nampak agak kerek..

~Begitu menyedihkan layanan di hari pertama..

Tp jgn terlalu mudah menilai..ada sesuatu yg x dijangkakan bakal berlaku~

To b CoNtInUeD....~

Nota Kaki :
Dah agak da, mesti ramai cikgu Kelantan..& juga mesti ada ex-IPBA~ ^^


Monday, June 27, 2011

+++ AkHiRnYa... +++

Akhirnya aku buat keputusan utk lepaskan keselesaan di Wangsa Maju..setelah hampir 4 tahun menyewa..~

xde lagi 5 minit jalan kaki ke JJ Alpha Angle..
xde lagi 5 minit jalan kaki ke pasar malam..
xde lagi 5 minit jalan kaki ke LRT Wangsa Maju..
xde lagi bazar ramadhan bawah blok..

Minggu lepas aku & Che Ah ( kwn sama praktikal juga bakal housemate ) cari randomly area Wangsa Maju jugak. ( Kdg2 iklan ditampal di laluan pejalan kaki, bus stop, bwh jejantas lrt..) Tp bukan rezeki kami..decide balik uma & mulakan pencarian melalui internet ( mudah.my )..

Ada beberapa uma yg sesuai tp samaada sgt mahal, hanya mau lelaki, iklan da terlalu lama, tuan uma yg x praktikkan 1st come 1st serve ( maksudnya kalo sorang ckp nak tgk, tuan uma tu hold dulu org lain..huh?? x penah aku jumpa penyewa mcm ni..merugikan diri senirik je )..yg selalunya aku jumpa, bila call, selagi xde org letak deposit, dia akan benarkan sesapa g tgk..sape letak duit deposit dulu, kira dia la yg punya..kalo masa tu bertembung dua tiga org dtg tgk waktu yg sama..pandai2la nego sesama sendiri..

Cari punya cari still x jumpa sampai aku tertido n Che Ah sambung..x lama pastu Che Ah jumpa satu uma area Taman Melati..terus call & arrange nak tgk mlm tu jugak..bila g tgk..suasananya agak menyeramkan..( bukan sbb mlm tp mmg feel dia semacam..).."Em, xpe la ye bang, kami fikir dulu..kalo kami nak, kami contact balik"..cepat2 balik..Oh, ade lagi satu rumah area keramat AU..deal ngn sorang pak cik..katanya rumah tu baru renovate..mungkin jauh sikit tp x rugi pun g tengok..

Buildingnya dari luar nampak biasa2 je..tp bila da naik uma, cantik! katapun baru lepas renovate..ruang tamu cat kuning, satu bilik kaler biru muda n lagi satu kaler peach..suasana sekeliling nampak cam menenangkan, byk pokok..jauh dari jalan besar..cuma..tinggi ngat..uma skang aku dok tingkat 4..kat sini tingkat 5! aduyai..tp x jadi masalah kot bab2 level ni..aku n Che Ah sama2 angguk..setuju!

Masa dtg kami ikut jalan jauh..sbb xtau ade jalan short cut..bila pak cik tu ckp tempat tu mmg da x jauh sgt ngn wangsa maju..kami try..loh, mmg dekat sgt pun..tempat tu byk kedai mkn, byk kemudahan awam, x jauh ngn JJ AU, Wangsa Walk..kira berbaloi gak la..

Tapi part nak ngangkut barang tu yg seksa sket..katapun lone ranger..ape pun sendiri..nak mintak tolong adik kat slim river, kesian pulak dia dtg jauh2..kwn2? x sampai hati nak susahkan deorang..last2 aku angkut sikit2..abes sakit urat..tu baru sikit..blom lagi angkut dapur, laci pakaian, peti & tv terpaksala upah lori kecik..

Nota Kaki : Minggu ni sgt byk hal, macro-teaching KKBI, micro-teaching Muzik, esemen KOT, esemen PBSM, blablabla..~ pengsan jap..x sempat nak jenguk blog kengkwn~

~Cuak nak praktikal bulan 7 nnt~

Saturday, June 11, 2011

+++ KoNsIsTeN +++

Selamat kembali ke KL~

Misi sebelum raya..turunkan berat badan!
Da ramai sgt org tego..tp bukan semata2 sbb ramai yg tego..aku sendiri pun da mula rasa x selesa..Kebanyakan baju feveret da x muat! ini mimpi ngeri!

Perlu lakukan sesuatu~
Tp utk start..perlu ada motivasi..& seterusnya konsisten..~ hmm

#Perlian menyengat Ma & Abah
#Perlian menyentak hati sepupu.."Belom kawen bdn dah mcm ni" & geleng2 pale..
#Perlian adik ipar.."Sehat la dia sekarang..Kak Ha ni perlu ada org jaga ni " pastu gelak2 (--")
#Kakak ipar sumenye kurus. Eh, x boleh jadi ni!

Baiklah, aku anggap semua tu perlian membina & motivasi~

Aku penah jog berturut2 dua minggu..bejaya turunkan 4 kg..tp memandangkan aku x punya metabolisme yg tinggi..badan aku sangat cepat naik & hanya akan cepat turun bila aku exercise & jaga makan..masalahnya aku ni x pandai jaga makan..main belasah je (--")

Apa yang paling penting dalam fikiran aku skrg ni :
#Jaga hubungan baik dgn Allah, keluarga, rakan2..dll
#Kerja yg stabil ( menuju ke arah itu ).. jangan sia2kan peluang ya!
#Kesihatan

Yg lain2 tolak tepi dulu..~
Go Sal go! ( Memandangkan xde org nak bg semangat kat aku..terpaksala aku bg semangat kat diri sendiri..)

Masih ada seminggu cuti..sebelum kembali sibuk..boley fokus kat jog , pulun wut esemen & prepare utk praktikal bulan 7 nnt~

Nota kaki : Alamak, da x lama nak pose..masih ada yg perlu diganti.cpt2!


Mau kembali seperti ini! ( x berani nak taruk gamba masa gemok..haha )

Monday, May 30, 2011

+++ UgLy bEtTy +++

Akhirnya dpt 'bernafas' buat seketika..~ Cuti 3 minggu

Sepanjang sem lepas byk naik turun tangga..byk aktiviti..tp belum cukup utk jadikan aku kurus..bahkan bertambah tembam!

Biasanya aku lunch pukul 10 ( stgh jam gap sblm kelas seterusnya )..nak kejar masa punya pasal..lunch break pukul 1:30 - 2:30pm biasanya masa utk tukar baju sukan, semayang n rehat sekejap..n nak elak jam punya pasal, lepas maghrib baru gerak balik.mlm baru nak mkn..
serius x sempat jaga diri..penat..rasa sgt selebet..

Balik kg kene perli ngn adik-beradik, mak ayah, sedara mara...ah, ada aku kesah!

Biar aku jadi ugly betty buat seketika~


Wednesday, May 18, 2011

+++ BeLum BeRaKhIr +++

Sejak bulan 3, x putus2 sakit menimpa diri..

waktu pening teruk dulu, lepas jumpa doktor,ok sikit..tp bukan 100%..

lepas camping, makin teruk.. jalan terhuyung hayang..

nak tunduk semayang rasa sgt terseksa..

dlm smlman muntah sampai 3 kali..

smlm cuti..nak turun beli mkn pun x larat..

goreng 4 biji nuget n mkn sebiji epal..

tu pun muntah balik..

sebolehnya aku x nak mc.. tp mmg dah x terdaya..

g klinik..doktor ckp dia pun x ley buat apa..mintak aku g jumpa pakar..

n bagi ubat tahan sakit..


Perjuangan baru separuh jalan..
mampukah aku??


Nota kaki : Betapa berharganya nikmat sihat..tp jarang sekali dihargai~

Monday, May 2, 2011

+++ UjiAn KeCeRgAsAn +++

Ari Isnin lepas da ke klinik..x tahan ( kes penin kepala )..

~ doktor ckp aku ada masalah keseimbangan ..hurr??!
doktor explain pasal bendalir lam tinge..siap kuarkan buku tebal tunjuk gambar n terang satu2..

Aku : "kenapa boley jadi mcm ni ye doktor?"
Doktor : "Masalah mcm ni xde sbb spesifik..tiba2 je dtg"

hmm~

Doktor : " kamu cuba ubat ni dulu..kalau masih belum ok..sy nasihatkan kamu jumpa doktor pakar"

~ Sehingga saat aku menaip entry ni..penin aku belum ok..tp x seteruk memula dulu..

Dalam situasi yg x diduga ni tiba2 dpt tau ada ujian kecergasan untuk subjek Pendidikan Jasmani ( ari khamis lepas )..aduyai..abesla aku..mesti x ley perform..

Part Ujian : ( sumenye 10 markah )

#Daya tahan kardiovaskular : Skipping

#Daya tahan otot : Angkat kaki

#Imbangan : Dirian bangau

#Kekuatan otot : Lompat sarjan

#Kelenturan : Jangkau melunjur

#Kepantasan : Larian ulang-alik

#Kordinasi : Gelek gelung rotan

#Ketangkasan : Tangkap bola lantunan dinding

# Masa tindakbalas : Menyambut belantan

#Kuasa : Lompat jauh berdiri


Odw balik uma sblm ari kejadian, singgah balik klinik yg pegi aritu mintak surat pengecualian terlibat ngn aktiviti..

Keesokannya..bg surat n explain kat lecturer,En Hamzah
~aku bukan apa..takut x dpt buat dengan elok..mcm x adil la kan..

Encik Hamzah : " x boleh langsung ke? xpe..kamu cuba dulu..kalau kamu nak perbaiki masa catatan, kamu boleh request buat lagi sekali lain kali..xde masalah..sbb sy takut kita xde masa.."

Aku : "Emm..ok..ok"

~aku cuba..

Warm up..buat yg mana boley follow..

Disebabkan kekurangan masa..arini kami cuma sempat buat 3 ujian..

Ujian pertama : # Imbangan : Dirian bangau #
30 saat = 1 mata ( 10 mata diperlukan )

Bismillahitawakkaltu'alallah~ Allahummayassir walatuassir...

Setkan target..aku boleh! haik!

Mula!..masa berjalan..lepas sorang..sorang mula duduk..x tahan..
aduh..sakitnya kaki..

En.Hamzah : 8 ( 30 saat )....9 ( 30 saat )......10!

phew! aku bejaya!

Ujian kedua : # Daya tahan otot : Angkat kaki #
Berpasangan. Sorang baring..sorang berdiri..yang baring pegang kaki org yg berdiri..
yg baring perlu mengangkat kaki ( secara lurus & berterusan ) kaki bengkok, consider terus batal..n kalo x naik balik lepas 3 saat..juga consider batal..

-dua kali angkat = 1 mata.

Alhamdulillah..juga lepas..!

tp bila bangun..rasa berpusing dunia..

Ujian ketiga : # Daya tahan kardiovaskular : Skipping #
30 saat = 1 mata ( 10 mata diperlukan )

Mula! bergegar gym bila separuh dari kami mula melompat..
makin lama gegaran makin kurang..
ada yang talinya tersangkut..ada yg da x tahan..
aku pun da mula x tahan..kaki sakit n lenguh..tp cuba juga!
x lama kemudian gym mula senyap n aku sorang yg masih melompat!
kwn2 mula menyorak..

"wuhuu..go sal go.."
"bertahan Sal..sikit lagi!"

En.Hamzah : "Sikit lagi..8 ( 30 saat )...9 ( 30 saat )...10!!

Kwn2 : "wooo..hoooo..cayala Sal"

~ Aku semput..

kwn2 : " ratu skipping ni "
" hebat ah Sal sume dpt 10 "

Aku berjaya abeskan ujian dengan markah penuh!walopun kurang sehat..whuhuhu..

Alhamdulillah..

Monday, April 25, 2011

+++ K.O.T +++

Kejohanan Olahraga Tahunan a.k.a KOT~ di-organize oleh student kpli ambilan jan 2011...

Dah seminggu lebih x pekena baju kurung..KOT nye pasal..ari isnin tshirt kaler ijou, ari selasa tshirt kaler itam,ari rabu tshirt pbsm..ari khamis tshirt kaler merah..ari jumaat tshirt kaler putih.. (--")
Sepatutnya seminggu da boley settle tp dek kerana cuaca x menentu.. da dua tiga kali tertunda..

Penat~~~

Byk tenaga kerah kat padang..penat otak berhempas pulas dengan esemen yg bertimbun2..presentation yg x putus2..badan penat..tido x menentu..

Penangan jatuh terduduk belum habis..datang pulak pening kepala tahap dewa..aku xde migraine..ntah ape sbbnya..bila aku dongak..rasa nak tebalik..
bila aku tunduk..rasa nak rebah.. hatta toleh kepala sikit bila baring pun rasa berpusing dunia..

~CoBaAn..Kiffarah dosa~


Saturday, April 9, 2011

+++LaRiAn 2.4km +++

Syllabus wajib subjek pj..larian 2.4km (12 pusingan pdg bola sepak)..fuhh..semput..
naseb bek sblm ni da bina stamina ( ceh, konon)
~jogging seminggu sekali kat taman jelatek

Masa dicatat: 18minit 50 saat..merah padam muka, abes kotor kaki sluar ~ smlm ujan..pdg basah n sedikit berselut..baju pj plak pakai sampai ke ptg (--")

Nota kaki : xde kelas..sume g dewan sempena closing English week ( English gateway for success - tema : Zombie )
:: story telling :: choral speaking :: public speaking :: skits ::
bebudak pismp,kplispm mmg ikut tema & kow2 buat persembahan..kitorang tgk je la..pengarah pun x sudi nak sebut nama batch kitorang..kesian kan~

Tuesday, March 22, 2011

+++ SBE ~ Day 2 +++

#Arini g observe kelas lagi..kebetulan lalu depan kelas muzik..
~hmm, subjek minor aku ni..
mintak kebenaran tgk cikgu ngaja..

Cikgu : " eh, boleh2 "

Cikgu dengarkan lagu..nyanyi ramai2..men alat muzik..

Budak kelas satu ~ nakalnya semacam..cikgu sambil2 tukar CD ni..
mcm2 ragam aku tgk..ade yg langsung x denga arahan..
org mintak berdiri die sorang2 duduk..ade jugak yg sorang2 memencilkan diri..paling x tahan tgk yg hyperactive..pusing sana pusing sini..tolak2 kwn..menempel kat dinding..menggelungsur * kelas tu kene letak kasut kat luar..
~aduyai

Lepas kelas abes, nyembang2 ngn cikgu jap ( Cikgu Azahar )..sambil2 tu men keyboard lagu 'cus cus cus keretapi'..cikgu kata hebat..whahaha..setakat lagu budak2 kot..klaka je kata hebat =p

# Tghari tetibe kene relief class sbb cikgu ade mesyuarat..wuik..blom cukup bersedia kot..naseb bek stgh jam je..n dgn Wanie..tgh2 handle kelas tetibe satu cikgu masuk mintak pisahkan murid sbb sepatutnya skrg waktu pendidikan Islam ngn moral..kitorang just kene handle moral ngn bebudak non muslim..bwk yg non muslim ke kantin..4 org je..hehe..ok la~

Ryan, Danika, Angelina, Hayle Alexandra..baru darjah dua..
sume pun speaking berabuk kot!
Ryan: sgt comel..memula langsung xnak buka mulut..last2 die yg byk ckp..
Danika & Angeline: bestfren ni..dua2 ckp x benti..
Hayle:x byk ckp tp sgt responsive..

~ seronok layan deorang

Angeline tetibe tanya satu soklan," Are you malay?" huik..
Aku, " why? do i look like chinese ? "
Angeline : * angguk2 *

haha..da lama org x tanya mcm ni..dulu masa keje kat hlb pun ade org tego, " eh, I tot u r chinese?? ".."u ni ada keturunan cina ke?"

~aku mmg xde keturunan cina..hmm, mebe sbb mata aku sepet kot..

p/s : ade 4 lagu nak kene practice sblm bukak cuti ~ (--")

Monday, March 21, 2011

+++ SBE ~ 1st day ~ +++

Kua uma lam 6:45am - sampai lam 7:15am ( stgh jam perjalanan )
Khairun lambat ~ sesat. Tikah pulak awal betul sampainya..kul 7 da terpacak kat skola..
Lapor diri..dilayan oleh Cikgu Zuki..nice orgnya..

Alamak..arini Isnin..perhimpunan..(aduh..kne introduce diri kat depan pulak)
Agak mengejutkan..jumlah pelajarnya sgtla x ramai..ada pelajar khas juga..

Kami fikir skola area Damansara ni skola anak2 org berada..salah tafsiran rupanya..rumah2 di sekelilingnya boley tahan..tp di celah2 rumah hebat ini terbinanya skola yg agak sederhana..

Mengikut cerita, kwsn di sini da agak lama..uma da berganti..byk skola baru yg lagi advance dibina..sume mak & ayah for sure nak skola terbaek utk anak2..anak2 dihantar ke skola yg lagi byk kemudahannya..jd jumlah pelajar mendadak turun..n ramai la pulak org indon hantar anak2 ke sini.. ~al-kisah

Kami masing2 diberi satu meja dlm pejabat..tp segan kot nak g duduk situ..last2 sume duduk lam satu group kat satu meja besar..tu pun kdg2 cikgu2 take over lepak2..last2 kitorang berpecah in pairs g observe persekitaran..gi lawat kelas khas..amek gamba apa yg patut.. g interview cikgu media ( Puan Edawati ) kat library..n then berkumpul balik kat bilik guru interview cikgu Inggeris ( Puan Harjit Kaur ) & discuss pasal aktiviti yg kene handle ngn bebudak minggu ke-2 nnt..harini byk jugak dpt kumpul bahan utk portfolio..

~ Semoga Allah permudahkan urusan utk hari2 seberikutnya..amiin

p/s : Kat kantin lepas mkn nasi kami oder keropok lekor..baru je nak mkn tiba2 sorang cikgu pompuan dtg, " da habis mkn kan? " & terus mengambil pinggan keropok kami & diletakkannya di meja sebelah..kami saling memandang kebingungan..sesungguhnya aku tidak fhm apa yg terjadi..apakah??? ~mende mcm ni pun boley jd ke (--")

Sunday, March 20, 2011

+++ School Based Experience ~Before~ +++

Konon utk SBE nak geng ngn Ida, Shitah n Thirah..tau2 je kelas kitorang dpt list nama lambat..alih2 sume pecah..n x pasal2 aku kene g SK Damansara Jaya (1)..naseb bek gak kenal Wanie..

Jauh kot Damansara Jaya ngn Wangsa Maju..Alhamdulillah Wanie offer stay die nye uma sewa sepanjang 2 minggu ni..ley car pool..jimat..~

Wanie ni nampak je lembut..tp bila da kenal rapat..baru nampak tegas n garang ;p Minah pink budak ni..kete pink..itu pink..ini pink..kalo jalan ngn die..tetibe benti..bile ditanya nape,
" tu ha, ape eh..cantik " ..aku, " sbb pink kan ;p "..kesimpulannya pantang tgk mende kaler pink..siap.. ;p

Kemas betul rumahnya..bilik apetah lagi..seronok aku tgk..=)

p/s : Cuak pulak walopun setakat nak g observe..n part nak kene wut portfolio n aktiviti..hmm..

Sunday, January 30, 2011

+++ mInGgU oRiEnTaSi +++

# Sgt mengimbau kenangan orientasi zaman matric & main campus ^^

#Bangun seawal 5 pagi..subuh berjemaah..kuliah subuh..beratur panjang tunggu giliran amek makanan..riadah..latihan dlm kumpulan (LDK)..taklimat demi taklimat..
( tersengguk dlm dewan..heheh )

# Seminggu kitorang dijamu lauk ayam..pagi ptg siang mlm ayam..patutnye persembahan closing aritu wut persembahan chicken dance sbb sume org pn da bertukar jadik ayam..kikii

#Out of 63k candidates..we are among 4500 lucky people selected..~Syukur Alhamdulillah =)
kat IPBA, new intake = 110. ( Tesl = 60 / J-Qaf = 50 )

#Siapa sangka aku akan jumpa balik Ida..dua tahun lepas kami sama2 interview..masing2 x lepas..kali ni kami berjumpa lagi..n dok bilik yg sama sepanjang minggu orientasi.. ^^

#Develop frenship yg agak rapat ngn beberapa org peserta..
-Mashitah..Ida nye schoolmate..wallaweh..klaka tahap gaban cik kak ni..x sah kalo x pecah perut kalo dok ngn die..
-Amanullah.sedap nama tu..budak jqaf..sama umo tp suka panggil aku 'kak Sal'..suka buat expresi muka comel..nice guy..
-Athikah & Ara.mcm belangkas dua org ni..ke hulu ke hilir bersama ;p sporting!
Ara : "waduh waduh saliha"

#Kebanyakan student da kawen..even yg lagi muda..toleh kanan ckp pasal husband..toleh kiri ckp pasal anak, toleh belakang ckp pasal persiapan kawen..sedikit sebanyak terusik juga jiwa..~Sabar

# Sepanjang orientasi, dpt constant reminder berkenaan dgn apa yg bakal kami tempuh sepanjang 1 tahun nnt. one of the speaker "gelak la gelak..masakla kamu nnt", " fikir masak2 sblm kamu tandatangan surat perjanjian..or u have to pay back 80k if u quit" ... gulp*

# Cuti seminggu..waa..da lama x cuti seminggu! setelkan apa yg patut & bersiap sedia utk berjuang! haik!

+++ ReZeKi +++

Allah permudahkan jalan..
aku sgt bersyukur ditempatkan di KL..
instead of Kuching..Sabah..or mana2 tempat yg x dpt aku gambarkan..
yg pasti aku berpeluang menyewa di rumah yg sama..

Syukur Alhamdulillah..~

+++ sAcRiFiCe +++

Aku dpt somethin, aku hilang somethin~

Last minute result..last minute decision..last minute preparation..
Mereka semua x putus ucapkan tahniah..

Semestinya aku gembira..tp dlm masa yg sama teramatla gusar..
- byr balik company sebulan gaji sbb x cukup sebulan notice ( result keluar 17hb..in-take 24hb )
- xkan dpt elaun utk dua bulan pertama
- duit kete:minyak kete:insurance:o/s:sewa rumah

Ada sedikit rasa da terhantuk baru nak terngadah..sgt x bijak merancang..in terms of kewangan.. serve me right! tp siapa tau or nak amek tau apa yg dah aku lalui sepanjang 3 tahun lepas.. Jgn salahkan diri..apa yg dah jadi..let it go..skrg perlu fokus ke hadapan..

Tetapkan niat..tawakkal..& REDAH!!!!!

Serius aku perlu arrange balik hidup..
It's like I'm starting over..from the very beginning..
cuma bezanya dulu blaja dpt ptptn..
skrg pulak blaja & dlm masa yg sama ada commitment..tenat~

Aku masih ada family yg sentiasa memberikan sokongan & kepercayaan..
terharu dgn Yup....kagum dgn cara dia atasi permasalahan..sgt positive & tenang~

+++ IPG KaMpUs BhS AnTaRaBaNgSa +++

~TESL~

X pernah terlintas utk aku involve dlm bidang ni..
Mcmna org boleh beranggapan profesion perguruan menjadi last option & satu pekerjaan yg sgt mudah..??!!

Sgt x adil utk menilai..kita xkan tau selagi kita sendiri x terlibat..

Sebelum bergelar pendidik yg terlatih..pengorbanan yg perlu ditempuh sgtla besar..

Ia bakal menjadi satu tahun yg sgt padat & mencabar..~

+++ BeRaNi uTk BeRuBaH?? +++

Percubaan kali ke-3..akhirnya..

Ya..mungkin kali pertama dulu aku pergi atas dasar paksaan..
tanpa persediaan aku melangkah separuh hati..
betapa mak ayah mahukan aku bergelar seorang pendidik..
3 tahun aku berdegil.. mungkin aku berdegil..
tp 3 tahun pengalaman yg aku dpt xkn dpt dibeli dgn wang ringgit..

No regret!

betul aku mencari ketenangan~
& aku tau aku xkan dpt semua tu jika aku tetap dgn keputusan aku yg dulu~

~x cuba aku xkan tau..

Sunday, January 23, 2011

+++ NeW jOuRnEy +++

I'm leaving to set sail on a new adventure...~

It's a damn good opportunity..
but it comes wit consequences...good+bad
I'm gonna really really suffer for one more year..
oh..no..one year 3 month to be exact..

~Pray harder...

Wednesday, January 19, 2011

+++ TuRnInG PoInT +++

=================================================
Drastic change in my life ...~ 17/01/2011 ~...
=================================================