Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

+++ YoUnG & sTuPiD + OLd & WiSe +++

Ada satu ketika aku rasa bagaikan si gadis yang hampir putus asa..tiada lagi daya..tidak cukup kuat utk hadapi segala..Ya Allah..Ya Allah..mohon tunjukkan jalan..itu saja yg mampu aku ucapkan..~

& bila akhirnya doa didengari..aku bagaikan seseorang yg hampir 'mati' diberi peluang hidup 'kembali'..ia mengubah persepsi bagaimana aku memandang hidup ini..~

Bila satu saat kita mampu terima suatu ketentuan dengan rela hati..ia betul menenangkan sekali..ketenangan itu bisa digoyah dengan bermacam mehnah..tp cara menanganinya pasti jauh lebih matang..tidak lagi mudah tewas dengan perasaan & pastinya berbekalkan keyakinan yg utuh pada Tuhan~

Bercakap & menulis nampaknya mudah sekali..
adakalanya apa yg didengar & dibaca masuk telinga kanan keluar telinga kiri..
perlahan2 cuba cabar diri & lihat hasil yg bakal kita perolehi..
bukannya kita rugi bila terpaksa cuba & cuba lagi..
malahan ia mengundang rasa puas hati~

Bergelut dengan hasutan nafsu mmg payah..tapi dalam perjuangan itu kita tidak boleh kalah~

Nota Kaki : Ada pepatah inggeris mengatakan, "To be old & wise, you must first have to be young & stupid"

Selamat tahun baru aku ucapkan buat teman2~ have a blessed year ahead!~ =)

Saturday, December 17, 2011

+++ iTu BuKaN SaTu aLaSaN +++

Aku percaya kamu pernah alami situasi di mana kamu berada di dlm keramaian..ternampak seseorang yg blom kamu kenali tp rasa menyampah @ x suka nak pandang apatah lagi nak nyembang..& dlm masa yg sama kamu kenal seseorang yg murah senyuman, menyenangkan & rasa mcm da lama kwn..org kata itu tanda aura positive atau negative yg dipancarkan..~

Ia juga terserlah bila saat menerima teguran..samaada seseorang itu dpt menerima dengan tenang & matang atau melenting sakan & menyimpan dendam..

Paling aku x suka bila seseorang tu menyatakan ,”ko kene terima aku seadanya sbb sememangnya aku begini” sedangkan perangainya bikin menyampah semua org..bagi aku itu bukan satu alasan. Sesuatu yg negative dlm diri mampu diubah..mmg payah..semuanya perlukan waktu..antara mau dgn x mau..

Mmg kita x boleh nak ubah semua..kernanya tiada siapa antara kita yg sempurna..tp kalau x boleh ubah semua..jgn sampai x ubah langsung..hingga terus2an menjengkelkan mata2 yg memandang & langsung tidak boleh menerima teguran~

Wednesday, December 7, 2011

+++ SeBeLuM tErLaMbAt +++

Satu masa dulu aku x selalu dpt apa yg aku hajati..kwn2 selalu bercerita mak ayah mereka belikan itu belikan ini..pergi situ pergi sini..aduh..jiwa aku terusik sekali..Tapi sampai satu tahap,aku dpt apa yg aku nak.seolahnya aku balas dendam pula.apa yg aku nak pasti aku perolehi..tanpa fikir panjang..tanpa fikir kesan negativenya di kemudian hari..Saat itu aku dikelilingi teman2 yg sememangnya hantu fesyen..makan di tempat2 mahal..shopping apetah lagi..Tipu jika aku katakan aku x terpengaruh sama..itu nak cuba..ini nak cuba..situ nak pergi sini nak pergi..ah, waktu tu rasa seronok sekali..aku bagaikan lupa diri..~Tapi sampai satu saat aku bagaikan ‘ditampar’..hey Salihah..ko ni dah kenapa??!! Kenapa diikutkan sangat jiwa muda..nak enjoy aja taunya..bila diingat kembali...mmg geleng kepala aku dibuatnya..suka aku renung apa yg dah terjadi..buat pengajaran utk diri..xde gunanya aku salahkan diri kerana terlalu ikutkan hati..ada hikmahnya aku lalui semua ini..ia mengajar aku apa itu ertinya syukur..benar2 bersyukur~

Iya, xde salahnya enjoy..tp biarlah kena caranya..jgn sampai memudaratkan diri..selalu kita bilang muda hanya sekali..tp itu bukan bermaksud ianya utk disiakan2..itu semua bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan.. Jgn sampai keseronokan yang diharap rupanya menjadi kemudaratan berpanjangan yang melilit kehidupan & jangan sampai enjoy keterlaluan di saat muda lalu terlepas peluang berharga untuk meraih syurga Allah SWT kerana keterlewatan kembali kepadaNya~ nauzubillah~

Aku ada simpan kata2 ini sbg renungan:

“Muda hanya sekali bagi mereka yang menganggap akhirat itu mitos. Muda itu mungkin sekali jika penyakit cintakan dunia itu cukup tepu bersarang dalam dirinya. Tetapi tidak bagi mereka yang beriman dengan adanya syurga Allah SWT. Mereka akan kekal muda selama-lamanya. Itu muda yang berkali-kali, itulah saat betul untuk enjoy”

Friday, October 28, 2011

+++ PiLiHaN Di tAnGaN KiTa +++

"...Buka telinga, tutup mata, celikkan mata hati..anda tidak payah menjadi kelkatu yang terus-menerus menghantukkan kepala pada lampu untuk mengetahui sendiri apakah itu cahaya..sedangkan ribuan kwnnya sudah pun menjadi korban di bawah lampu itu..Jika kita boleh belajar dari pengalaman pahit org lain..kenapa perlu kita merasai kepahitan itu sendiri untuk belajar..."

Ouh..ini terpulang pada kita sendiri..ada sesetengah hal yg seeloknya kita sendiri yg lalui..& ada sesetengah hal sudah cukup menilai dari pengalaman yg dilalui individu lain~

Aku suka kata2 Dr HM Tuah~

"...Guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri..Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman org lain adalah yg terbaik untuknya mengambil iktibar & pengajaran..org terdahulu telah tercebur dalam longkang yg sama..kita boleh mengatur langkah tersendiri agar selamat..atau kita mengikut jejak2 yg pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat..kemungkinan utk kita turut sama jatuh kecil sekali..."

Pilihan di tangan kita~ =)

Nota kaki: Ni entry last dari aku..buat masa ni..terpaksa undur diri buat seketika~aku da terlalu byk sia2kan peluang..mau all out utk final!~
Oh, cuma xde entry dari aku, tp aku masih lagi akan singgah blog kwn2, bila berkesempatan~ jaga diri sume! Hingga ketemu lagi~ ^^

Tuesday, October 18, 2011

+++ ImAnKu SeNiPiS KuLiT BaWaNg +++

Ada satu2 masa iman berada di tahap yg paling tinggi~Qiamullail, solat seawal waktu, Al Quran dibaca saban hari, bermcm2 doa meniti di bibir, sentiasa berfikiran positif..capai bahan bacaan ilmiah, hari dimulakan dgn penuh bersemangat..

Namun ada satu2 masa iman berada di tahap yg sangat2 kritikal~Al-Quran jarang bersentuh..solat sunat ntah ke mana..solat di akhir waktu..gelisah..sgt down..seolah2 aku diselimuti kelambu hitam & terkapai2 mencari suluhan cahaya..Astaghfirullahal'azim~

Saat yg paling aku khuatir...tergelincir dari tahap iman yg tinggi ke tahap yg sgt rendah..menanti saat utk 'bangkit'..bukan sesuatu yg mudah..~ tp bila mampu bangkit..seboleh daya cuba mempertahankan..

Kalau zaman uni dulu ada aja kwn yg mengajak ke usrah..ada aja kwn yg saling mengingatkan..tp skrg..aku sendirian bergelut menepis kejahatan dlm diri & kejahatan yg berada di sekeliling..

Ya Rabb..aku perlukan huluran TanganMu~ Sungguh!

Teringat satu perkongsian penuh makna seorang teman :

Biarlah byk kali tersungkur..bangkitlah kembali..
Allah akan menerima hambaNya..jgnlah malu kembali kepadaNya
Selangkah kita kepadaNya..seribu langkah Dia kembali
kepada kita..


Mujahadah itu payah kerana Syurga itu indah..
Jatuh itu pahit, nak bangkit itu perit..

Selagi dirimu ada kekuatan, bangkitlah..perlahan2..bertatihlah..berjalan..berlari & seandainya tersungkur..duduklah..bermuhasabahlah..krn Dia ingin kau belajar sesuatu..drpd tersungkurmu itu..

Semakin byk tersungkur..semakin byk kesan sungkuran..dan jika kau bangkit..kesan itu akan menjadi saksi mujahadahmu..yakinlah!..


~Dalam sekali makna lontaran katanya..

Wednesday, September 28, 2011

+++ KiTa aDa DIA +++

Mungkin ada yg x suka diuji..tp terimalah hakikat.selagi ko bernama manusia..& selagi ko bernyawa..selagi itu ko akan diuji...& ujian itu dtg dari pelbagai sudut & dalam pelbagai rupa..dari sekecil2 hal ke sebesar2 perkara..~

Dalam hidup, kita terpaksa membuat pilihan demi pilihan,kan..& aku pernah tersilap membuat percaturan..kesilapan yg mampu memberi kesan yg amat besar dalam hidup aku..& sekarang aku sedang berhadapan dengan akibat keputusan aku yg dulu..serve me right!~

Tapi bila aku renung kembali..aku tidak lagi menganggap itu sebagai kesilapan..bahkan menganggap ia sebagai satu pelajaran & pengajaran..untuk aku reflek diri..menjadikan aku seorang yg tidak mudah melatah bila diuji & terus diuji..ada satu tahap, iye,aku hampir putus asa..saat itu terlintas di fikiran kenapa aku diuji sebegini..Oh..kalo kita nak banding diri..jgn sesekali banding dengan org yg 'di atas'..banding dengan org yg 'di bawah'..kerana dgn itu kita akan sedar..bahawa ada org yg lebih kurang dari kita..& sesungguhnya kita patut bersyukur dengan apa yg kita ada..~

Bila aku x cukup kuat untuk menempuh segala..pernah aku meratap nasib diri..tp aku igt satu kata2.."Sometimes, bad things goin to happen, beatin urself up isn't gonna help anyone." & bak kata encek Orlando.."....Dan ini advantage kite sebagai Muslim, sebab kita ade Allah...Sebagai Muslim sewajibnya kita lebih kuat dan tabah dalam mengharungi ujian kan???"

iya..benar sekali..kita ada DIA..

Dari dulu aku suka simpan kata2 hikmah..& kata2 pembakar semangat..tp dulu sekadar kata2 yg aku rasakan sedap didengar..kurang memahami significant di sebaliknya..tp bila sampai satu tahap..semuanya jelas & nyata..

" God answers prayers in 3 ways:
1) HE says YES & gives u what you want
2) HE says WAIT & gives you something better
3) HE says NO & gives you the best in the future~ "

Terasa seperti tangan disambut di kala terkapai2 kelemasan~

Wednesday, July 6, 2011

+++ TuNgUuUuUuu!!! +++

Encik Masa....tunguuuu!!!! Ko rasa dia akan tunggu?? harusla tidak..
Walopun dah diingatkan berkali2..manage ur time..manage ur time..
aku masih bergelut dengan masalah yg satu ini..

Pernah x korang rasa ada sesetengah org punya sgt byk masa & mampu siapkan kerja tepat pada waktunya..sdgkan ko berhempas pulas menyiapkan segala bahkan meminta alangkah bagusnya jika punya lebih dari 24 jam..(seperti diberi betis mahu pula paha )..

Kadang2 kita terfikir, bagaimana seorang emak mampu menyiapkan sarapan setiap pagi walaupun mereka bekerja..sedangkan ramai antara kita hanya mampu membeli di kedai cuma..mcmna sesetengah kwn kita mampu menyiapkan assignment lebih awal sedangkan kita bersengkang mata menyiapkan kerja yg due datenya esok saja..bagaimana pula ada sebilangan rakan sekerja mampu berhadapan dengan berbagai mcm kerja & mampu mengejar deadline tp kita punya deadline seperti x pernah nak 'dead'..kenapa kita ni asyik nampak busy sedangkan org lain sentiasa ada masa..

Aku suka kata2 ni :-

" It's not so much how busy you are, but why you are busy..
The bee is praised.. the mosquito is swatted "

Fikir2kan kata2 di atas ya~

Jadi apa yg perlu dibuat?

be smart about doing things!

Orang lain dpt 24 jam..kita pun sama~

Aku ada baca satu buku..memberi satu contoh yg aku kira agak menarik..

Contoh diberi; analogi permainan jigsaw puzzle..
Jika kita diminta menyiapkan satu permainan jigsaw puzzle..tanpa kita tahu gambaran awal tentang jigsaw puzzle tersebut..boleh x kita siapkan? mestilah boleh kan..cuma berapa lama masa akan kita ambil utk menyiapkannya..

Tp mcmna pula jika kita diberi satu jigsaw puzzle & dlm masa yg sama diberi gambaran awal tentang apa yg bakal kita siapkan..contohnya, sebuah rumah,..bukankah lebih mudah & cepat jika kita sudah punya gambaran tentang apa yg bakal kita siapkan di akhirnya..

Kesimpulannya, sesuatu kerja pasti lebih mudah jika kita sudah punya gambaran awal & panduan utk kita meneruskannya~

& apa yang penting..utamakan yang mana paling utama..& jgn sesekali pandang remeh masa & susah senangnya kerja yg diberikan..

Jika semua tu dapat diatasi..kita xkan lagi sebok mengejar En.Masa..bahkan boleh bergerak seiring sejalan bersama~ ^^

Monday, June 13, 2011

+++ PeReMpUaN +++

Masa School Based Experience tempoh hari, ade sorang cikgu bg aku satu risalah kecil..katanya saja nak berkongsi..masih aku simpan sampai harini~

" Mana ada orang lelaki yang waras suka pada barang yang "second hand" sedangkan ada barang yang baru. Jangan terkejut jika sesetengah lelaki menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di show room. Perempuan yg tidak makan saman diganggu dikatakan Display Only. Tapi ada perempuan yang boleh Test Drive. Ada pula yang kata ; sekadar belanja sepinggan mee goreng & segelas sirap bandung, bawala ke hulu ke hilir.Sedihkan.Jika kita tidak menjaga maruah diri kita, kita dipandang hina & sinis oleh orang lain "..

Maka wahai perempuan2 sekalian, pandai2la jaga diri ye~ ^^

Aku tau x semua lelaki mcm tu..tp lelaki2 baik sumenye mcm da kene culik je..x pun da disembunyikan makhluk asing..haih~