Ini salah satu cerita dlm koleksi kisah aku dengan kaum adam..~ya, aku jadikan setiap satunya cerita sbg renungan & peringatan~
Kisahnya bermula begini: mungkin sedikit panjang tp aku cuba ringkaskan~
Hati2 ke manapun kau melangkahkan kaki..kerana x mustahil ada yg memerhati..x penah aku terfikir akan terjadi hal sebegini pada diri sendiri..aku selalu terserempak dia ini..selalu tersenyum bila bertembung di mana2..org senyum, maka aku membalas senyuman seikhlasnya..tp aku x kisah mana,bukankah perkara sebegitu mmg biasa..mungkin dia bekerja dlm bangunan yg sama, atau bersebelahan saja..tempat mkn pun xde pilihan mana..ke situ juga akhirnya..~
Selalunya aku lunch ramai2 bersama rakan sekerja..tp satu hari aku sendirian saja..bila tiba waktu shift mlm mcm tu la jadinya..org lain dah pulang aku baru keluar cari apa2 utk dimakan & odw balik office dia betul2 ada di depan..dia senyum..aku senyum kembali..tp aku percepatkan langkah kerana waktu itu aku seorang diri..bila saja aku melangkah ke dlm lif, aduh, dia pun ikut sama..maunye aku x terpinga2..~
Dia: “Dah lama sy perhatikan awak..sy nak berkenalan dgn awak..”
Aku: “Hah, napa nak berkenalan dgn sy?” ~dah terpinga2 xtau nak jwb apa~
Dia: “Nak berkenalan pun kena ada sbb ke..boleh sy mintak phone number awak?”
Dah menghampiri tingkat 8..aku teringat perlian seorang teman..”Ko kalo org nak berkenalan jgnla jual mahal sgt..manala tau kan”..Ada kalanya aku geram..selalu dikatanya aku jual mahal..jgn jual mahal ye..ok,baik,aku cuba bg peluang & tgk mcmna..~
(Tahun pertama perkenalan:2009) Dlm tempoh perkenalan itu,aku rasa dia ok saja..tp aku x taruh harapan apa2..kata omputeh,let it go with the flow..Selepas beberapa ketika dia ajak aku keluar ke kota..tp katanya naik motor bersama..Lalu aku tegaskan padanya,”Maaf, sy x naik motor dgn lelaki..jgn salah fhm, bukan bermaksud sy pandang rendah tp sy mmg x naik motor dgn lelaki..bukan sy mau katakan sy perempuan baik, sy pun byk lakukan dosa, byk kurangnya, tp yg mana sy boleh jaga, maka sy cuba jaga sebaiknya..” Aku selalu pegang ini..terlalu byk perkara kita perlu jaga..x semua kita mampu jaga, tp kalo x boleh jaga semua, jgn sampai x jaga langsung..tp dia x putus asa..& setiap kali pun aku tersenyum saja..hmm,ada kalanya mereka tetap x mau faham walaupun kita dah cuba jelaskan..ia bukan saja berkaitan dgn pendirian..tp juga larangan baik buruk yg dah ditentukan Tuhan..~
(Tahun kedua perkenalan:2010) Lepas seketika,dia menyepi..& kdg2 tgh aku asyik berjalan tiba2 msg berbunyi,”hye, cantik harini”..dia ni mcm stalker la pula & bila terserempak di kedai yg sama..dia renung dari jauh saja..x lama lepas tu aku resign bila dpt better offer.. & dia terus menyepi & di tempat baru..dia tiba2 muncul lagi....dia ajak aku keluar..tp tetap juga mau aku naik moto dengannya..aku senyum saja..akhirnya di depan office saja kami bertukar cerita..dia lebih byk diam,& aku pula mcm ckp sorang2..& lepas tu mcm biasa,dia menghilang..rentak dia buat aku senyum saja..aku nak tgk setakat mana dia nak cuba..~
(Tahun ke-3 perkenalan:2011) Aku x pernah tukar phone number..tp setiap kali muncul dia akan gunakan no yg berbeza..bila aku berhenti kerja di tempat kedua & terjun ke bidang baru akhirnya..dia muncul lagi.. Aku katakan pada dia,"Awak ni mcm chipsmore..kejap ada..kejap xde,apa motif awak sebenarnya"..( dia gelak )..aku teruskan berkata,”Kalau awak muncul ni tetap nak ajak sy keluar & naik motor dgn awak..maaf, sy masih tetap dgn pendirian yg sama”..Hmm,bila aku nyatakan pendirian aku pada seseorang, x kisah dlm apa hal sekalipun,seolah2 aku menetapkan satu target & aku akan cabar diri & lihat sejauh mana aku boleh buktikan & pertahankannya~
Dia ajak berbicara..kami ke kedai berdekatan saja..& sudah tentunya aku berwaspada..selalu dia ceritakan dia dulu 'nakal' orgnya..dia katakan dia respek aku..dia katakan dia sukakan kedegilan aku,kesombongan aku..& betapa jual mahalnya aku..dia katakan lagi,”Awak tau x apa yg sy rasa skrg.. sy rasa sy nak pegang tgn awak tp sy sgt respek awak”..x tau apa yg perlu aku respond ketika itu maka aku senyum saja..sebelum pulang, dia hadiahkan aku sesuatu, katanya sbg tanda perkenalan antara dia & aku..kemudian dia hulurkan tgn utk bersalaman..aku senyum,anggukkan sedikit kepala & terus berlalu dari situ..itu kali terakhir kami bertemu..~
Kini,sudah aku tinggalkan kota riuh itu..& aku x rasa akan ada pertemuan lagi antara kami..aku tidak tahu kenapa Allah dtgkan dia dlm hidup aku..mungkin utk menguji seteguh mana mampu aku pertahankan prinsip yg dipegang..tp kerana aku x pernah letakkan apa2 harapan, maka akhirnya aku mengingatkan diri betapa dlm hidup ini wujud bermacam jenis org..~
Oh, sbg kaum adam, kalau kalian berada di tempat lelaki itu, apa rasionalnya kalian akan bertindak begitu? Aku cuma ingin tahu pendapat dari sudut pandangan kalian sbg peringatan~ aku fhm, ada sesetengah lelaki yg hanya akan cari teman bila dia kesunyian & cuma perlukan seseorang utk menyembang..tp dia ini, selepas tahun pertama perkenalan,hanya muncul setahun sekali..& selalunya aku yg berckp itu ini (err,bak kata Tukang Karut, aku berckp x henti) ~ tidakla aku terlalu peningkan hal ini..tidak juga aku ambil pusing kerana aku selalu percaya, wujudnya bermcm ragam manusia di dunia..~
Tp,apapun,ini perkenalan yg pelik aku kira~~
127 orang ong gedek gedek~:
bagi sy ia berkaitan dengan masa, ada kalanya lelaki tidak bersedia.
tp itu hanya pandangan sy le, sy pun ambil masa untuk benar2 syngkan seseorang
:D
aku pun pernah jumpa lelaki macam ni sal... kejap ada... kejap takde... dia tau mana nak cari aku... tapi aku tak tau dia tinggal mana... actually, tak kuasa aku nak cari pun... hehehe... kalau dia nak kenala berusaha... tapi dah beberapa tahun berlalu... dia pun dah hilang entah kemana... dah kawen kot...
@Asrul "iLham" Sany
em..ya,mungkin berkaitan masa..mekasih utk pandangan itu~ =)
@dwaty
hehe..aku pun sama..aku biarkan saja..kalau betul dia nak, dia perlu berani..kalau perlukan masa,nah,dah terlalu byk masa aku berikan pada dia..& sekurang2nya dia lakukan sesuatu utk menjayakan perhubungan itu..tp bila dia hanya tau menghilangkan diri & ambil masa yg terlalu lama pula,tambahan tiada sbb kukuh utk itu..maka tiada lagi kepercayaan aku utk dia..sbb tu aku x pernah meletakkan apa2 kepercayaan utk r/ship sebegini~
(--")
lain laki2 lain ragamnya.klu btul2 dia nk,xdela dia jd chipsmore kan.msti slalu ade je n berusaha utk sntiasa ada.hmmm..manusia ssh nk difahami
@aReLaN
ahah, betul tu, dia seolah2nya memberi persepsi bahawa dia bukan lelaki yg boleh dipercayai..hmmm..~
(err,bak kata Tukang Karut, aku berckp x henti)
hahahah!!!
Keretapi pun tau nak berhenti dekat stesyen tau...
ya, apa yang dapat saya simpulkan, lelaki kategori di atas tu adalah lelaki yang tidak serius, dan akan mencari cari anda bila dia kesunyian... (",)
ya, secara jujur saya ada pengalaman macam tu.. kdg2 rasa serba salah plak saya buat perasan sorang pempuan macam tu.. kejap muncul kejap ilang.. kesian, dan saya kagum dengan kesabaran dan kesetiaannya.. alhamdulillah, dia akhirnya dipertemukan jodoh yang seswai utk dirinya..
buat diri saay dan teman2 lain, hargailah perasan dan kasih sayang wanita.. tunjukkan kasih sayang sebenar jika betul2 suka, bukan sekadar utk bermain2 bersuka ria... kita pun tidak ingin adik2 dan anak2 pempuan kena macam tu kan..
p/s: sori, pjg plak saya mengomen.. eheh
lelaki pun tau malu bila ajakan itu ditolak... tu yg dia mcm chipsmore tu... mayb dia berusaha nak beli kereta tp tak mampu2 lagi...
uh.aku ada beberapa pandangan.
1.dia sebenanya suka ko tapi tak pasti sama ada dia suka ko atau minat ko. faham kan.
2.dia suka ko tapi sebenanya dia sudah berpunya atau da kawen. dia nak takel ko tp dlm masa sama mgkin dia rasa bersalah kat partner dia.
3.dia memang stalker.mgkin berniat tak baik.ok.yg ni fikiran aku yg paranoid. sbb dunia ni amat bahaya kebelakanan ini.
pa pe pun mgkin lelaki yg ada jawapnnya yg logik.
takmo cari yg mcm chipsmore nih..tak sodap...
sy respect sal boleh pertahankan prinsip.... mgkin itu jambatan utk sal temui org yg lebih baik yg boleh membimbing dan menjga sal kelak....
biar jodoh yang tentukan....mungkin dia betul2 nak uji Sal
dari segi perangai dan tingkah laku dia agak saiko..
saya ada sorang ni, dia muncul untuk call setahun sekali cuma. masa hari lahir saya. katakannya free kol. kebetulan dia pun sama tarikh dengan saya. nak kata takut, tidak . tidak bjumpa
lelaki memang sukar dimengerti.. huhuh
xtau nk kate ap sb bkn lelakin xpenah mengalami perkara sebegini :P
pernah rasa mcm ni. cukuplah.
cukuplah sampai kat situ.
dill.
@Tukang Karut
yelah yelah..pasni aku slow down sket.haha~
@Gen2Merah
kan..nampak ngat x serius..~
ouh, xpe,anggap itu pengajaran~
tu la..jgnla dimainkan perasaan wanita yg rapuh hatinya..hargai mereka seadanya~ =)
haha,lagi panjang lagi suka..komen panjang best nak baca~ ;)
@khaifaiz
hmm, tp kalo diam membisu seribu bahasa & tau hilang saja tanpa berita buat org keliru saja Khai..huhu~
@Hanie_Dew
tuu ddia pandangan terperinci dari puan Hanie kita~ gua suka!
1.iya2..aku fhm~ ^^
2.hmm..mungkin..mungkin..
3.Alhamdulillah dia x buat mende jahat sepanjang kenal aku~
thanks beb!~ ;)
agaknya dia segan kot...
takpun saja nak test...
takpun...errr....ntah...minda lelaki ni susah sikit nak teka...
@Papa Mifz
Haha..x sodap,kan Papa Mifz~ ;)
@Ct Aja
Mekasih Aja.InsyaAllah..mohon Allah terus beri kekuatan & mudah2an dipertemukan dgn si dia yg mampu membimbing dunia akhirat..amiin~ =)
@Suhami Ahmad
Ya tok, mungkin dia saja nak uji~
@Rain
agak saiko sbnrnya..
oh, yg jenis mcm tu pun akak ada..tiap2 tahun msg tanya apa kaba..bila reply, da x balas balik da..aduhai..mcm2 ragam manusia..~
@Nafisya Ismail
diselubungi miesteri..hehe~
@KaK LimAh Si SupiR
xpe kak..kita tunggu apa kata kaum lelaki di sini..;p
@dill
oh..iya..cukup2la suda~
@eita
hmm, mungkin nak test market..huhuh~
hehehe.. thanx ya Sal.. have a gud nit... swit drimz
@Gen2Merah
hehe..wecom.nanyte~ =)
kadang2 yg chipsmore ni cuma carik kite bile die memerlukan aje, bile x perlu, die akan buang kite ...
@ORLANDO AHMAD
emm, betul tu Encek Orlando~~
Susah nak tafsir kalau yang macam chipsmore ni. Kalau nak katakan perlukan masa buat apa hulurkan salam perkenalan yer tak? Hehe Lelaki lebih tahu,mungkin. :P
refleksi diri bila baca entri nie...~,~
oh Sal, serasanya aku pernah mengalami situasi seperti ini. lelaki yang kejap ada sekejap tiada. datang dan pergi. muncul bila mengingati kita ataupun sebaliknya. kalau benar jodoh tu kuat, ia tetap ada Sal. Aku pun macam kau, just go with flow. tapi bila difikirkan balik, kita perlu bagi peluang dan berusaha, namun ia jadi tak jadi bila kita seorang sahaja yang bersungguh-sungguh.
Okay, aku dah menyimpang jauh ni. Haha. Ey Sal, ajar aku nak buat fibox tu, aku buat tak jadi. ;)
apa yg buat saya suka singgah dicni kerana terpikat dengan "wanita" yg tertepek...cantik la...=)
drama yang realiti
hahahaha..aku tefikir banyak bende masa baca n3 ko ni.
adam tu comel. macam owner kfc tu. hihi
Salam Sal IjOu,
Kak Ros tak dapat nak komen apa2...cuma Kak Ros nak pesan saja...beringat dan berhati hati lah dengan sapa2 pun yang kita jumpak....
dia mcm tenggelam tmbul. pd jat, lelaki yg btul2 nk serius dgn kita, xkn tenggelam tmbul.
@BeloG MTT
hmm..ntahlah~
ya, mungkin lelaki lebih tahu~ =)
@eyqa amin
baguslah~ =)
@hanaahmad
nasib baik siang2 aku tidak letakkan apa2 harapan~biarkan dia dgn labu2nya =p
*aku da reply dekat entry kau..nnt cuba ya~ ;)
jap ade jap xde...
@Cikgu Ma
jadi dtg sini setakat tgk gambar aje la ya..hehe..cantik kan..sy mmg suka simpan buat koleksi~ ;)
@Hanie_Dew
itu yg aku suka..byk pandangan yg boleh aku turut sama renungkan~ ^^
@Ros
itu pasti.mekasih Kak Ros~ =)
@zati embong
kan..rasa nak kasi selam je dia lam laut biar tenggelam x timbul2..haha!~
@AYIE ABAS
itu sudah pasti..apa yg pelik..pasti ada yg lebih pelik~ ^^
@Mya
sbb itu aku namakan dia lelaki chipsmore~ ;p
Aku phm pe ko rs, sbb aku pnah knal laki camni. pnah kapel tp xnak ngaku aku gf di. Tp ni cita waktu skolah hihi aku x suka org main sorong papan tarik papan haha
Bg kes ko ni lak, advise aku kalau suatu hr nanti dia muncul, jgn ingat dia suka ngan kita wp dia admit sbb kita xkan tau apa akn jd sterusnya =)
jarang2 cerita pasal lelaki kat sini.. selalunya tentang kerjaya dan kejayaan hidup dll..
odw tu otw la kan..
btw, dia saja saja la kot.. mungkin dia saja nak menggatal :P
mungkin dia rasa segan kut... rasa rendah diri dengan keperibadian Sal..
Pembunuh Tanpa Bayang :
mungkin mereka sendiri keliru dengan perasaan sendiri.mungkin...
sy teringin nak jadi lelaki chipsmore..hehee
#hairan juga bila dia asyik muncul dan hilang semula..ada agenda??
its a good thing awak dpt mempertahankan prinsip..
kdgkala lelaki ini hanya ingin mengambil kesempatan..huhuhu
bagi saya,
kalau jumpa lelaki chipsmore, jangan lupa bawak sekotak air dutchlady kerana chipsmore sedap dimakan bersama air kotak dutchlady. Cokelat tau ! HAHAHHAHAHA
@Jue
Yg jenis mcm tu pun aku penah kenal..yg chipsmore ni aku x kisah sgt..tp aku ada kenal sorang ni, perkenalan jarak jauh la..dia bg mcm2 harapan..bila tanya "apa status kita sbnrnya?" Dia jwb,"kita x payah declare..kalo ada jodoh, adala"..hamboi2..semudah itu..tp maafla, aku xkan buang masa dgn org mcm ni..sbb tu setiap kali kenal lelaki aku akan sgt2 beringat~
@ABU
haha..tu la..saja nak variasikan entry~ ;p
hmm, tu la..dia saja kot,sbb tu aku x amek pusing sgt~
@Fiqas
sy selalu ckp kat dia sy pun byk kekurangannya..penah lakukan byk dosa..cuma apa yg dah pernah berlaku, sy amek pengajaran & nekad utk sentiasa berubah ke arah yg lebih baik..~
@pisau belati
hmm,mungkin..sy x salahkan dia..bg sy Tuhan dtgkan dia dlm hidup sy ada sbbnya..apa yg penting sy perlu sentiasa berjaga2..~
@Woofer Storm
amboi..ada niat ya.. =p
ntah2 nnt awak yg didtgkan pompuan chipsmore~ =p
jeng2..pasti ada agendanya~
@Teenager Housemaid
Alhamdulillah..mohon Allah sentiasa berikan aku kekuatan~
ya, yg muncul dlm hidupku selalunya yg begitu~ (--")..betapa Tuhan ingin menguji..
@semutsengal
hahah..pasti enak sekali ya..tp harap2 aku x jumpa lelaki chipsmore lagi lepas ni~ ;p
mungkin lelaki tu, memang nak mencari teman, tetapi caranya saja yang salah, dan mungkin juga kerana tidak dapat menerima sepenuhnya pendirian yang sal pegang..
@Yatie Awang
ya, mungkin kak..sy fhm, lain org lain penerimaannya..~ =)
he he..banyak kali terjumpa lelaki yang macam ni.. :P
@norh
hahah..kite jumpa sekali cukup la~ ;p
mmg banyak pngalamn akak kan..
mybe dia just nk brkawan. cume cra dia tak seprti kebiasaan kita.
mungkin aje...for more info, juz ask him straight away, heheh
bagus mampu bertahan dgn prinsip dan pendirian kita..dr situ org akn betul2 hormat kita.. :)
sy perempuan,macam mana nak komen ekk..ntah la ye,lelaki macam ni tak serius kot.dia nak,tp tak nak usaha dan tak bersungguh2..
walaupun chipsmore tu sedap,lelaki jenis nie mmg tak sedap langsung.klu nak buat teman hidup better cari yg bkn macam chipsmore.kihkih..
dia cuma perlukan teman bile dia kesepian tu... lelaki mcm tu biasanya ramai kawan perempuan.. dn mungkin juga ramai awek..
amboi mcm tu pun ada^^
@hara
Hara pun mesti byk pengalaman tersendiri kan~ =)
haha,ada sesetengah org mmg xkan bg jawapan..tp xpe..terpulang pada dia..jika itu yg dipilih~ =)
@Ca Cik Duyung
yg mana mampu jaga, InsyaAllah cuba pertahankannya~ =)
@Puan Kutu
hehe..kene cari biskut jenama yg lebih berkualiti pastinya~ ;)
@shahrazali
mungkin juga~ (--")
@El-Janna
hehe, ya..mcm2 ada~ =p
betul..saya pun terpikir..lelaki ni ibarat chipmore....
menyampah pun de kadang2...=[
LELAKI suka ambil kesempatan, kan..! kenapa sengaja nak buat perkara yg haram, w/pon 'biasa' pada sesetengah orang.. wei shenme??
Part online shop mmg menyenangkn kan. Klik klik tgu brang sampai.tp aku jarangla sbb tak sabr nak pegg brg yg aku nak.lagipun beli live lg puas hati kit.bole rasa.bile try baju atau brg yg kite beli
@ciK LyndaWawa
sesetengahnya mmg agak menyampah~
@blog-tips-kurus
betul tu..susah nak jadi 'luar biasa'..dare to be different~
Lelaki chipmore....huhuhu...sedap kew makan?
Tapi lelaki seperti juga jantina lawan mmg susah untuk dimengertikan...
Apa pun..it's Life...it wonderful right.
@taliff
ouh..sgt x sedap..haha~
yep..there are sooooo many unexpected things happen in life..n its wonderful indeed~ ^^
hee..ira xtahu nak komen kak...nmpk mcm dia ni sekejap nak..sekejap xnk..ataupun bila dia dah xda org lain..dia cari akk..sorry kalo slh tau!huuuu..akk jgn amik hati yea...
sbb sgt pelik..setahun sekali je dtg...
pss : akk..tau kan esok dah boleh cek posting?tp xtahulah nama kita ni tersenarai ke x..huuu..result spp pon xtau ag kan...lepas 3 ptg kat lmn web kpm..
@Juliet_iRa~"
hehe..jgn wisau..akak xdenye nak kecik hati..mmg pelik, sekali setahun aja..tp biarkan dia..~ =p
I was thinking the same way, Sal. Kenape ye Tuhan buat kita jmpa dgn orang tu, Sal? mcm xda reason pula, sbb dia lenyap mcm tu aje. sy penah experience benda sama. hmmm, tapi mgkn tuhan send someone nk bg kita merasai warna2 kehidupan.
cerita sedih ni... susah gak. susah nak jangka pe el lelaki ni.. luaran nampak baik sempurna, tapi dalam hati.. boleh sentiasa berubah..
haha. saya fobia dengan lelai. adoii
hehe.. giler punya citer... terasyik membaca smapi abesh.. huhu.. nasib bukan perempuan.. kalau xramai dah ngorat.. haha
jom baca sekejap..=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html
@Ms Syakira
To everything, there is a season, and there is a reason..aite~ ;)
@syahirooAhmad
yep yep..pe'el yg x boleh dijangka~ hmm
@Cik Jannah
adoii..samala kita~ =p
@L
haha..nasib bukan pompuan ye~ =p
PENCINTA FASHIONS / HANDBAGS!
Jom temui kami di:
http://www.facebook.com/MrsLadysStylo
TQVM! (:
tak naik moto ngan lelaki memang benda yang biasa sebab lelaki suka bawak moto macam pelesit..hehhe
Regards,
-Strider-
ermm .. pelik jugak perangai lelaki tu .. mungkin ada sesuatu yang di sembunyikan .. or maybe dia dah beristeri? tp pada masa yg sama dia minat dgn awk .. suka dgn sikap awk .. =)
tapi saya kagum dgn awk .. betul , sbg perempuan .. prinsip itu yang patut kita pegang =)
hehe..sy betulkan skit comment tadi sebab mungkin cara penulisan dan penyampaian sy salah..hehehe
Sebenarnya selain dari larangan agama in general ramai perempuan yang tak nak naik moto dengan lelaki sebab lelaki bawak moto dengan laju dan merbahaya...saya ade sorng kawan yang tak naik moto ngan lelaki tapi naik moto ngan kawan perempuan jer atas sebab tu...hehehe
Hopefully comment nie jelas skit dari yang sebelum nie..hehehe
Regards,
-Strider-
kagum dgn pendirian tuh...tabik spring :)
yee.. mmg pelik.. hahhaha !
@fizafantagiro
ha'ah,penuh agenda tersembunyi~ (--")
ya, bukan saja2 nak jual mahal..tp ada sbb musababnya~
@Azlan Hasan
mekasih utk penjelasan kedua ni.yg 1st td buat sy tersentak sket~ ^^
@LAici KAng Ais
sy byk kekurangannya.jd yg mana sy boleh jaga, sy jaga~ =)
@teha
huhu~ pelik tp malas nak amek pusing~ (--")
salam sahabatku ~SaLIjou~
saya tidak melihat unsur keikhlasan pada lelaki itu..dan saya lihat, perkenalan yang sekadar 'suka-suka'.. tiada kematangan. Kalau saya pada kedudukan dia, saya memilih utk berkawan..soal hati, dating dan lainnya biarlah berlaku secara alami.. kecuali jika 'ada udang di sebalik batu'!
saya jarang online sekarang ni.. mungkin dapat aktif semula selepas tahun baru cina.. mungkin
Fitrah kaum Adam.. mencuba...
Untung sabut timbul...
kalau lelaki chipsmore ni muncul lagi bagi tau. aku nak makan dia. muahahahaha.. now u see now u don't
huuhu tapi kalo chipsmore mesti nyum! =p
@a.samad jaafar
ya,ternyata tiada keikhlasan pada lelaki itu..sekadar 'suka-suka'..lebih baik memilih utk berkwn atau lupakan saja,kan~ hmm..
@Tea
nampaknya dia salah org~ ^^
@Mya
tp versi ini langsung x nyumm..huhu~
akkk..tahniahhhhhhh..heee ;p..
kiranya akk minta kelate laa??huu..pelik gak xdpt..sbb kwn ira rmai dpt negeri pilihan..classm8 ira 2 org je xdpt negeri pilihan...
xpela kak..redha je la..heee..okee akk pon sm k..:)..prosedur camne ek?ahha..takut laa..
kay jual mahal je..
coz nak pasangan terbaik
bukan niat sombong..
juz nak cari terbaik.
@khairul akmal bin azman
betul tu Kay, kita jual mahal bukan niat sombong..tp mau yg terbaik,mau yg boley saling membimbing antara satu sama lain~ =)
kak!! cntik la gmbr cina y akk letak nih hehehehe...
sy pun cm akk.. xnek moto ngn laki selaen ayah.. bkn nak blgak cm akk kata.. bak kata akk, slagi msh mmpu jaga, sy jagala.. hehehe..
@hassy chan
cantik kan, akak sgt suke!~ ^^
betul tu..bukan nak berlagak..tp selagi mana kita mampu jaga, maka kita jaga sebaiknya~ =)
pada saya abaikan je lelaki macam ni..buang masa je layan..xdpt apa2 pun..lelaki jenis ni bila dia nak dia dtg tp bila dia tak nak dia hilang mcm tu je..
xthu lah ape motif lelaki tu.. tapi, kalau ragu2 untuk buat keputusan, istikarah lah..tu jalan yg terbaik..
@saffiya_aleesya @ echa
mmg sgt patut diabaikan lelaki mcm ni..~ (--")
@zatiey
oh, x pernah berharap pun..x perlu buat apa2 keputusan melainkan ignore saja dia~ =)
setuju sangat denagn pendirian kak sal.. bkn sombong tapi sebagai perempuan banyak benda yg kita kena jaga kan ;)
Sebut hal senyum pada perempuan, ya, saya salah seorang lelaki yang macam itu.
Memandang dan tersenyum padanya atas dasar, ada sesuatu yang menarik perhatian. Tapi tak berani nak mendekat.
Sekian lama, kami bertemu dan hanya bicara lewat FB, dan pendiriannya lebih kurang macam awak.
Pendekatan saya, saya cuba untuk tidak mengendahkannya lagi, padahal dalam diam masih lagi curi-curi melihat padanya.
Kenapa saya cuba untuk tidak mengendahkannya, atas dasar menghormati apa yang dia katakan dan memenuhi permintaannya. Tak lebih daripada itu.
Ya, faham juga jenis chipsmore (saya lah tu) bila saya tetap ada untuk dia, untuk masa-masa tertentu. Cumanya dia tidak minta, dan saya tidak memaksa.
@Mellyssa de Ketchup
Hi,Mel~
Sangat Sal hargai penjelasan & jawapan yang sangat jujur~ =)
Ia buat Sal faham & jelas mengenai sesuatu~
& terima kasih untuk itu~ =)
Post a Comment