Wednesday, July 27, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 3~ +++

(Minggu lepas)..
Baru je stat mengaja hari Isnin, tiba2 hari Rabu supervisor da msg:
YM Hjh Raja Azizah," Will c u both tomorrow.hope there is no problem"..
Ya ampun..bia betik ni..da nak dtg observe??!! cepatnya~

Aku mengaja 2 kelas BI (darjah 2 & 5).Kelas yg nak di-observe tu masuk pun belom..deorang kata bebudak darjah 3 ke bawah nakalnya semacam..cuak pulak kotla ada mende x best jadik 1st time kene observe,riso,riso..kelam kabut siapkan apa yg patut:

-Update buku rekod
-Refleksi & jurnal
-Alat bantu mengajar & worksheet
-Portfolio ( donlot n isi segala mcm borang praktikum)

n minggu ni baru nak rasa lega sket tiba2 mdm call ckp nak dtg lagi! ayyok..cepatnye aih mdm..sampai cikgu pembimbing aku pun terkejut..tensi sket bila lecturer update last minit..agak kelam kabut prepare apa yg patut..tp bak kata cik Dill , lagi cepat lagi baik..cuma cuak sbb skrg masih kelam kelibut..

Lam tempoh ni agak 'demam' ngn lesson plan..makan igt lesson plan, tido mimpikan lesson plan, tgk tv igt lesson plan..kesimpulannya hidup aku dihantui lesson plan..kwn aku ckp, waktu praktikal ni je teruk sket..lesson plan agak complicated & berhelai2 panjangnya..bila da jadi cikgu betul..boleh jadi cuma satu perenggan! (--")

Monday, July 18, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 2~ +++

Seminggu dah berlalu, Alhamdulillah ianya x seteruk yg aku sangka..

X kisahla org layan kita mcmne, sbg budak baru kenela senyum n bertegur sapa..nnt dikata pula sombong x reti nk bergaul mesra..

Apa yang mengejutkan aku, dari hari pertama hingga ke hujung minggu, lebih separuh cikgu mengatakan wajah aku mirip guru besar..(GB)

GPK Koko: “Sy td hairan kenapa GB bawak anak dia dtg sekolah..awak ni sebiji mcm GB tau”

Di kantin: Seorang cikgu menegur GB, “Eh, Puan, sy igtkan ni anak Puan”

Di bilik guru: “Dia ni muka mcm GB kita la”

Cikgu lain, “Ha, tu la dia, aku baru nak ckp tp aku ckp lam hati je td”

Di pejabat, “Awak ni ada mirip GB la”

& lagi aku terkesima bila beberapa org kakitangan pejabat ckp pulak muka aku ni mcm dia punya adik ipar n lagi sorang pula ckp aku ni mcm sepupu dia..mak aih..apekah..~

X terlepas jugak aku punya guru pembimbing, “Deorang dah pesan kat saya dah ni, mintak hati2 jadi cikgu pembimbing anak GB ni,haha..”

Aku : “Tu la Miss Jai, ramai sgt dah ni ckp muka sy ni mcm GB la, mcm sedara deorang la, mcm sepupu la..muka bersepah sangat la sy ni”

Miss Jai, “Ni bukan pelanduk dua serupa lagi dah..ni dah jadi pelanduk berupa2 dah ni”

Aduyai..~

Lam minggu yg sama, supervisor kami dtg utk sosial visit..aku, Che Ah, dua guru pebimbing kami, GB n GPK koko duduk bersama utk sesi pendek, penerangan berkaitan tugas/tgwjb kami sbg cikgu praktikal sepanjang tempoh 3 bulan di sekolah.

Supervisor, “Cikgu gunakanlah mereka ni..bukan maksud menganiaya, tp suruhla mereka buat apa sahaja yang melibatkan sekolah. Bila mereka dah masuk sekolah, mereka dah jadi sebahagian dari sekolah. Mereka perlu terlibat dengan semua aktiviti. Bg mereka tunjuk ajar. Kami sebenarnya nak perbetulkan balik persepsi sekolah tentang produk keluaran KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).ambilan KPLI sebelum ini sebenarnya tidak punya byk pendedahan, tempoh pembelajaran mereka sgt terhad..dah lama kami nak cuba ubah semua ni dan kami sudah diberi peluang, mulai tahun depan, tempoh pengajian KPLI akan dilanjutkan ke setahun setengah..mereka akan punya lebih banyak waktu, akan diberi lebih banyak pendedahan. Diharap cikgu2 semua dapat bg peluang kepada mereka berdua”..

GB: “Itulah, sebenarnya sy mmg ada satu persepsi tentang pelajar KPLI,rasa x yakin dengan kebolehan mereka”

~No wonderla GB sgt sarcastic,tp apa boleh kami buat kalau itu yg GB fikir..kami cuma mampu cuba yg terbaik..

Hujung minggu kami perlu terlibat dgn perkhemahan tahunan sekolah..perlu korbankan hujung minggu..~dah berkurun aku x tgk wayang sejak masuk KPLI..cuma sempat sekali hang out dgn kwn2 sekelas..bukan langsung xde masa..tp ntah kenapa aku malas..dah xde hati nak keluar tgk wayang..

Kdg2 GB turun padang pantau program.GB yg sebelum ni serius xde perasaan menegur kami dengan mesra..bertegur sapa bila terserempak di kantin dan di perkarangan sekolah..sejuknya hati bila begini~ ^^

Sepanjang program, aku perhatikan saja budak2 tu semua..sgt mengimbau kenangan zaman sekolah rendah..tiba2 aku nampak diri aku dalam kerumunan itu..aku dulu di sana..dan skrg aku di sini..sbg guru.~ Pelik betul perasaan ini..

Oh, ya, mereka ada amalkan budaya cium tgn sebelum balik sekolah..muncul satu perasaan yg sgt aneh..& pastinya terharu bila dikerumuni anak2 kecil berlari2 comel mencium tgn sebelum beredar meninggalkan kelas..~ ^^

Aku tahu bidang ini bukan semudah yg disangka..tp betul aku temui ‘ketenangan’ di dlmnya~

Nota Kaki: Kalau sebelum ini aku mampu ‘redah’ segala..kenapa tidak kali ini..~


Saturday, July 16, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 1~ +++

Lepas SBE (School Based Experience) di SK Damansara Jaya 1..
~penah tulis di sini ( 1 & 2 ) ~ ni kira second experience aku kat sekolah..juga next stage aku lam bidang perguruan...(Praktikal 3 bulan di SK Wangsa Maju Seksyen 2 )..

Kalau SBE just kumpul bahan untuk portfolio, g relief class, amek feel bakal cikgu,(mengambil masa 2 minggu- sgt byk masa terluang)..tp kali ni aku perlu mula mengajar..maximum 12 jam (8 jam major *English* & 4 jam minor *Muzik*)..agak cuak sbb aku langsung xde experience mengajar nak dibandingkan dgn kwn2 yg kebanyakannya dah ada experience samaada GSTT ataupun cikgu tuisyen..lepas tu pulak kene involve dgn semua program & aktiviti yg dianjurkan pihak sekolah..

Serius masa pilih sekolah utk praktikal, xde specifik sekolah utk aku pergi..randomly pilih area Wangsa Maju..x kisahla mana2 skola pun dicampak..bila dah confirm nama sekolah, cuba korek cite daripada beberapa pensyarah..ada yg ckp ok..ada yg ckp kalau pergi sekolah tu mesti kene buat mural punya..n disebabkan sekolah tu bersebelahan dengan sekolah menegah, org ckp pelajarnya akan sedikit nakal sbb terpengaruh dgn bebudak sekolah menengah..hmm..

Pelajarnya x ramai..juga mengalami nasib yg sama dengan SK Damansara Jaya 1, disebabkan munculnya byk sekolah yg lagi advance & dilengkapi kemudahan yg canggih, ibu bapa lebih terarah kpd itu..maka berkuranglah pelajar di sekolah ini..tp dengar kata pencapaian UPSR nya masih di antara yg terbaik..

1st day kebetulan hari perhimpunan, aku bajet mcm kene g depan introduce diri..mcm yg aku kene kat SKDJ 1, tp kali ni bukan setakat x payah g depan, masa disebut nama langsung x disuruh berdiri..seolah2 " Sekolah kita ada 2 org cikgu pelatih, sila bg kerjasama..sekian "

Rasa sgt unwelcomed..~

GB nya agak sarcastic & strict..
"Kenapa kamu dtg sekolah ni..kenapa x g Keramat je kalau kamu dok Keramat"

Wallaweh..menusuk kalbu panahan ayat itu..~

Pastu sambung lagi..

"U r so unclucky lah, skrg ni sekolah tgh byk program..kami akan masukkan nama kamu bila saja ada apa2 aktiviti.."

"Hujung minggu ni ada perkhemahan, cikgu perlu tidur di sekolah"

gulp*

Sambung lagi..

"Memandangkan meja di bilik guru dah penuh..kami akan letakkan kamu di bilik media..nanti pandai2lah kamu nak bergaul dgn cikgu2 lain.."

Cikgu2 lelaki di sekolah tu pun kebanyakannya nampak agak kerek..

~Begitu menyedihkan layanan di hari pertama..

Tp jgn terlalu mudah menilai..ada sesuatu yg x dijangkakan bakal berlaku~

To b CoNtInUeD....~

Nota Kaki :
Dah agak da, mesti ramai cikgu Kelantan..& juga mesti ada ex-IPBA~ ^^


Wednesday, July 6, 2011

+++ TuNgUuUuUuu!!! +++

Encik Masa....tunguuuu!!!! Ko rasa dia akan tunggu?? harusla tidak..
Walopun dah diingatkan berkali2..manage ur time..manage ur time..
aku masih bergelut dengan masalah yg satu ini..

Pernah x korang rasa ada sesetengah org punya sgt byk masa & mampu siapkan kerja tepat pada waktunya..sdgkan ko berhempas pulas menyiapkan segala bahkan meminta alangkah bagusnya jika punya lebih dari 24 jam..(seperti diberi betis mahu pula paha )..

Kadang2 kita terfikir, bagaimana seorang emak mampu menyiapkan sarapan setiap pagi walaupun mereka bekerja..sedangkan ramai antara kita hanya mampu membeli di kedai cuma..mcmna sesetengah kwn kita mampu menyiapkan assignment lebih awal sedangkan kita bersengkang mata menyiapkan kerja yg due datenya esok saja..bagaimana pula ada sebilangan rakan sekerja mampu berhadapan dengan berbagai mcm kerja & mampu mengejar deadline tp kita punya deadline seperti x pernah nak 'dead'..kenapa kita ni asyik nampak busy sedangkan org lain sentiasa ada masa..

Aku suka kata2 ni :-

" It's not so much how busy you are, but why you are busy..
The bee is praised.. the mosquito is swatted "

Fikir2kan kata2 di atas ya~

Jadi apa yg perlu dibuat?

be smart about doing things!

Orang lain dpt 24 jam..kita pun sama~

Aku ada baca satu buku..memberi satu contoh yg aku kira agak menarik..

Contoh diberi; analogi permainan jigsaw puzzle..
Jika kita diminta menyiapkan satu permainan jigsaw puzzle..tanpa kita tahu gambaran awal tentang jigsaw puzzle tersebut..boleh x kita siapkan? mestilah boleh kan..cuma berapa lama masa akan kita ambil utk menyiapkannya..

Tp mcmna pula jika kita diberi satu jigsaw puzzle & dlm masa yg sama diberi gambaran awal tentang apa yg bakal kita siapkan..contohnya, sebuah rumah,..bukankah lebih mudah & cepat jika kita sudah punya gambaran tentang apa yg bakal kita siapkan di akhirnya..

Kesimpulannya, sesuatu kerja pasti lebih mudah jika kita sudah punya gambaran awal & panduan utk kita meneruskannya~

& apa yang penting..utamakan yang mana paling utama..& jgn sesekali pandang remeh masa & susah senangnya kerja yg diberikan..

Jika semua tu dapat diatasi..kita xkan lagi sebok mengejar En.Masa..bahkan boleh bergerak seiring sejalan bersama~ ^^