Saturday, July 3, 2010

+++ My ChiLdHoOd +++

Tetibe rasa nak mengimbau kisah zaman dolu2 ;p

# Aku stat pakai tudung masa umo 6 tahun ( tadika ).tudung kecik yg muat2 kepala pastu ikat depan. masa tu aku ada 3 pasang tudung je.pegi mana2 tudung tu je la yg aku pakai..adapun waktu join kengkwn mandi lam paya sekalipun, tudung tu tetap setia dgn aku..

# Masa kecik lu aku x penah merasa pakai gaun mcm kanak2 len.Fesyen aku masa kecik - baju kurung corak lain, kain corak lain,den pekena selipar jepun..

#Yg ni nak cite buat malu je.tp dah mmg aku mcm tu..apa ley buat.adapun aku masa kecik2 dulu sgtla manja ( bukan manja dek krn dmanjakan ) tp dek krn kuat meraung..mmg dasyat a..pengibaratannya, kalo aku mengamuk, maunye satu kg bergegar * ish2

#Bapak aku keje jauh n balik seminggu sekali je.n selalunye bila balik, abah akan bertolak waktu dinihari.jd tiap kali dinihari ujung minggu, sanggup bersengkang mata ni, bangun anta abah.
motif : abah akan kasi rm 0.50 kat mana2 adik badik aku yg bangun..heheh..
( masa tu rm 0.50 kira byk woo - da lepas beli cekelat & jajan ).Ari khamis lak x sabar tunggu abah balik.
motif : abah bwk balik mcm2 kueh.paling best kalo satay ;p

# bila time cuti skola kitowang mesti ikut abah.paling best bila abah tukar tempat keje.x sabar nak tempuh new adventure.sgt sonot ley knl tempat baru.tp dlm byk2 tempat, yg paling syok kat Setiu,Terengganu & Pahang.Kat Setiu rumah kat atas bukit & ada batu warna warni.Jugak ley main 'buaya' & redah utan cari tali tarzan.kdg2 abah bwk g pejabat, ley tgk kolam ikan.Kat Pahang lak ley main ngn kura2 ( jumpe kat lam paya belakang uma ) carik tali air & panjat pokok.Pernah sekali kitowang g tasik chini.hampir naik bot laju tp ma x berani,last2 sume x jadi naik..huhuh.Kengkdg kitowang g picnic kat pantai, bwk bekal senirik.Masa darjah 6, pejabat abah buat family day- rombongan ke Langkawi.Sonot.

#Kecik2 lu kamcing ngn 3 owg sepupu ( Kak Chik, Kak Ini & Lida ) Penah main lam paya depan uma Kak Ini ( port best sbb ada tali tarzan )..then ley makan buah rambai, manggis & 'seto'..kengkdg kitowang main badminton kat halaman uma.Lagi satu port best, bangsal depan uma Lida.selalu lepak mkn 'ccolek'.Uma Kak Chik pun best.Kak chik mmg pelanggan setia majalah 'gila-gila' & mestika..syok la kitowang tompang sekaki ;p

#Dulu kat depan uma ada pokok pinang, durian sayur ( owg kl panggil durian belanda ) , jambu batu biji merah & pokok bunga raya.Ptg2 ley main tarik pelepah pinang.Kat bangsal lak ada buai pelepah pinang.Kdg2 kalo da xde keje sgt, kitowang g kaco semut lam lubang ngn kemuncup.Cari serangga merah kat pokok bunga raya pun best gak.Keje x berpekdah lain yg aku buat ialah carik binatang kecik kaler itam di mana kalo dsentuh, bergulunglah binatang itu dek krn malu atau takut2 atau mempertahankan diri.

#Sebelah umah aku jugak wujud pokok sagu..tu kira port best gak a..especially lepas mengaji.dek kerana kebuhsanan, kitowang cari menatang apa ntah kaler itam campur oren..den kitowang ikat kaki menatang tu ( zalim betul bebudak ni ) bila menatang tu terbang musti bunyik bising..tu yg best.Dulu2 kat atas tebing tu ada pengisar getah ( tp skang da lesap ) mcm2 mende kitowang kisar termasukla jari sendiri..hoho.Kt situ gak ada pokok nyiur senget.adapun kitorang sukala sgt bertenggek berderet di sepanjang pokok itu lagaknya spt menunggang moto..sambil2 tu kitowang menggulung sejenis daun.magiknya, bila dtiup daun itu akan mengeluarkan bunyi yg sgtla merdu & merdan.

#Kecik2 lu impian aku nak jd askar ( tipu je..) sbb tu aku suka redah utan..mara..mara..mari kita cari biji getah ramai2..sapa dpt carik bijik getah warna itam bujur aku tabik a..maka bermulalah operasi meredah utan di seluruh pelosok kg ( kg aku je pun..) Arakian, selain dbuat 'berlaga', kitowang jugak jadikan bijik getah hasil pencarian kami tu sbg buah congkak ..adapun congkak itu bukanlah congkak kayu berukir indah, bahkan berlubang2 di rata2 kwsn rumah termasukla bwh rumah sekalipun..

#Dulu waktu ma tanam padi, rajin gak g tolong ( tolong main selut..heheh )..

#Duit belanja sek rendah ( rm 1.00 ) Duit belanja sek menengah ( rm 2.00)

0 orang ong gedek gedek~: