Sunday, July 18, 2010

"Aku mahu pulang"

Satu ketika dulu aku terjumpa satu doa..masih elok dlm simpanan..

" Ya Allah, bila aku lihat insan berbahagia di sisi cinta, bersama kekasih mereka.. aku juga ingin bahagia..Tapi aku amat pasti lagi yakin bhw tiada kekasih yg lebih membahagiakan selain dr-Mu..malah aku teramat pasti bhw tiada kebahagiaan bgku di sisi manusia, melainkan dgn rahmat & redha kasihMu Ya Tuhanku..Lalu aku menantiMu di setiap terbit fajar kehidupanku sehingga menjelang senja..mahu mencari & mengharap agar Engkau kurniakan cintaku kpdMu..

Aku menunggu Ya Tuhanku..meskipun berkali aku berpaling utk melupakanMu,meskipun berulang kali,namun sesungguhnya aku mmg tidak berdaya membuang Engkau dr hatiku..sesungguhnya aku tidak berjaya utk bahagia tanpaMu, tanpa mengingatiMu,aku takkan mampu utk melakukan segala2nya tanpaMu..


Lalu, dlm nafas yg semakin perlahan, dlm arah yg semakin kabur, dr langkah yg semakin jauh, aku memohon lagi ke hadratMu..berikanlah aku hati yg baru kiranya hatiku yg Engkau kurniakan smlm telah musnah menjadi hitam..telah hancur bersama dosa semlm..kerana aku mahu pulang..aku mahu kembali utk bertemu dgnMu,dgn cinta yg utuh,dlm rindu yg tertangguh..dlm pertemuan yg mulia utk meraih kasihMu
! "

0 orang ong gedek gedek~: