Sunday, July 21, 2013
+++AwAk SaKiT kE,SaL?+++
"Awak sakit ke,Sal?"
Aku diajukan pertanyaan ni beberapa hari lepas..~
Ya..mmg aku 'sakit'..tp aku x perlukan ubat biasa..aku perlukan supplement jiwa..~
"Ko x boleh terus mcm ni,Sal..ni memudaratkan diri namanya.."
Dalam tempoh ni aku paling banyak dihukum..instead of disokong..aku dilihat memudaratkan diri..tp x mengapa..aku ulang pada diri..berkali2..hanya Allah yang layak menghukum..yakin pada diri..terus yakinkan ini..~
Dari mata kasar..mungkin kelihatan aku memudaratkan diri..tp mana mungkin aku memudaratkan diri bila hidup aku lebih terarah sejak aku ambil keputusan ini~
'Sakit' ini menjadikan aku lebih menghargai kesihatan..~
penurunan berat badan ini menjadikan aku lebih berkeyakinan..~
memberi ruang kepada aku untuk mengubah penampilan..~
tempoh bersendirian ini juga menjadikan aku lebih berhati2 dalam pergaulan..~
Ada kalanya dtg kekuatan & semangat luar biasa..hingga aku terpaksa latih diri untuk seimbangkan semuanya..kerana aku percaya..sesuatu yg berlebihan itu memudaratkan..& kalau ianya perasaan..rasa yang berlebihan itu menyakitkan~
Pada satu saat paling sunyi..pada saat rasa diri paling teruji..bagaikan terdengar satu bisikan..untuk membalas lambaian Tuhan..dalam usaha menuju ke satu 'destinasi'..satu destinasi yang semua kita pasti tujui..ya,destinasi yang sama..tp kita punya rentak yang berbeza..& utk punya rentak yg selesa..ia merupakan satu proses yg memerlukan masa..tinggal antara mau x mau saja~
Profesor Hamka : "Pada waktu segala jalan hubungan di bumi ditutup orang,hubungan ke langit lapang terluang"
Nota Kaki :
Ramadhan..jangan terlalu cepat pergi..~~~
Saturday, June 8, 2013
+++ ThE RoAd NoT TaKeN +++
I
shall be telling this with a sigh
Somewhere
ages and ages hence:
Two
roads diverged in a wood, and I,
I
took the one less traveled by,
And
that has made all the difference.
~Robert
Frost~
Aku
selalu ingin jadi seorang yg luar biasa..itu yg aku selalu minta dlm doa..tp aku
seakan lupa..sebenarnya Tuhan sudah pun memakbulkannya..dengan cara berbeza..~
"Aku
tgk ko ok je”..kata seorang teman..
Aku telan telahan tu dengan rasa kelat..
"Never underestimate the
pain of a person..because in all honesty..everyone is struggling..some people
are better at hiding it than others"
Nasihat utk berkongsi rasa dengan sesiapa agar aku lebih lega agak tidak sesuai utk aku buat masa sekarang..ia
agak sulit & rumit..pernah aku cuba kongsikan tp x ramai yg mampu nak hadam..apa yg aku dpt hanyalah cebikan..betul2 mengundang rasa terkilan..ada baiknya aku diam~
Ya, diam mungkin menampakkan aku lemah..tp aku
xkan biarkan insan lain menetapkan definisi lemah utk aku..biar aku terus mencari rentak & melodi hidup aku sendiri..mudah2an cepat aku temui & mudah2an aku dpt bangkit kembali..bangkit lebih kuat lagi~
"Apapun yg akan terjadi Salihah..igtlah bahawa ketika kau tidak punya siapa2 selain Allah..Allah itu lebih dari cukup”
#Aku yakin, DIA sedang memberi aku peluang & ruang utk mencari titik optimum daya kemampuan di tengah2 segala kepayahan..terus berikan aku kekuatan luar biasa utk menangkis yang tercela Ya Allah..kurniakan aku keberkatan ilmu & keberkatan waktu..aku mohon padamu Ya Allah..mohon dengan sangat#
#Aku yakin, DIA sedang memberi aku peluang & ruang utk mencari titik optimum daya kemampuan di tengah2 segala kepayahan..terus berikan aku kekuatan luar biasa utk menangkis yang tercela Ya Allah..kurniakan aku keberkatan ilmu & keberkatan waktu..aku mohon padamu Ya Allah..mohon dengan sangat#
Saturday, January 5, 2013
+++ BaWa DiRi +++
Belum pun sempat hilang keperitan lama..aku diuji lagi utk kesekian kalinya~
Bila saat kau yakin bahawa sesuatu itu xkan terjadi jika Allah tidak mengizinkan..namun bilamana Allah tetap mengizinkan ia terjadi..maka terimalah hakikat bahawa diri kau sedang diuji..dan kau perlu terus tabah utk hadapi..Ia merupakan sesuatu yg x terjangkau dek akal fikiran..& ia merupakan satu proses yang panjang..tp aku akan terus yakinkan~
Ada ketikanya bukan kau yg memilih..tp kau "dipilih"..bak kata Wany Ardy dlm Langit Vanilla ,"Mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan yang terlalu idealis (yang perlu direalistikkan),agak lemah (yang perlu dikuatkan),dan yang paling penting,terpilih oleh Allah untuk dihempapkan dengan ujian "daya tahan" ..tp dekat sini aku luaskan skop kepada kehidupan keseluruhannya~
"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..hadiah tidak semestinya berbungkus dengan BAHAGIA,kadang2 ia berbungkus dengan UJIAN,tetapi di dalamnya ada BARAKAH"
Sebut pasal,"REDHA"..satu lagi quote dari Wany Ardy..maaf..aku sgt suka quote nukilan Wany Ardy..kebanyakan kisah dlm "Langit Vanilla" sgt dekat dengan aku..baca lebih 10 kali pun aku xkan pernah jemu..spt yg pernah aku katakan..aku x pandai mengolah kata..apa yg dia coretkan seolah2 meluahkan apa yg aku rasa..~ "Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.Percayalah cakap saya;SUBHANALLAH,sangat-sangat besar bezanya"~
Kali ini aku akan betul2 bawa diri..aku x risau bakal kehilangan ramai kwn..kerana aku yakin pada mereka yg betul2 faham erti menghargai sebuah ikatan..x kira berapa lama sekalipun aku menghilang..~
Terakhir dari aku utk kali ini : Jgn terlalu 'tenggelam' dalam kehidupan..pandang sesuatu dengan mata hati & mata iman..pandang jauuuuh ke depan..kau tau jalan itu panjang..bila saat kau betul2 sedar DIA lah sandaran harapan..tiada alasan untuk kau berhenti separuh jalan..& dalam masa yg sama..jgn pernah takut utk melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lebih 'menguntungkan'..kalau kau betul2 mengerti apa yg aku maksudkan..~
p/s : aku x pasti bila aku akan kembali lagi ke sini..tp,aku akan kembali..~
#Masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat tahun baru utk kalian,kan~ =) jaga diri!~
Sunday, July 29, 2012
+++ So DaMn BusY +++
Sepertimana yang aku nyatakan kepada seorang
teman..aku dah nampak cahaya di hujung jalan..ia bukan lagi samar2 malahan
cahayanya semakin terang..cuma utk sampai ke sana..aku perlukan segunung
kekuatan..dek kerana kesilapan silam..aku kini seakan mengheret satu beban..aku
perlu kumpul kekuatan untuk memperbetulkan kembali keadaan..dan dlm tempoh ini
byk yg perlu aku korbankan~~
Aku byk menyendiri..mengumpul strategi..~~~
Aku suka jwpn Zahiril Adzim dalam
"Bogel Menuju Tuhan" bila ditanya satu soalan oleh seorang teman apa
yg dibuat bila rasa ‘sakit’ dan sedih:
ZA : Tak
perlu.Aku duduk je dalam situasi tu dan aku pastikan aku betul2 merasai sakit
dan sedih tu.Dari awal sampai habis.Sampai aku dah x boleh rasa"
“Sampai aku dah
x boleh rasa”…itu juga apa yg aku rasa sekarang..duduk dalam situasi tu..rasai
segala ‘kesakitan’ sampai aku dah x boleh rasa..~~~
Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha adil &
penyayang..dlm tempoh ini DIA permudahkan jalan..kalau sebelum ini aku byk
sia2kan peluang..kini aku dihujani peluang demi peluang..& seharusnya aku
rebut & xkan lagi sia2kan..~
Suatu waktu DIA uji aku bertubi2..&
kini DIA beri aku sesuatu yg lain sebagai pengganti~
"The best feeling in the world is
realising that you're perfectly happy without the thing u thought u
needed"… ya, aku bahagia walo
aku x punya apa yg aku fikir aku akan bahagia jika aku ada~
Aku tersenyum menatang takdir yg sedang
terukir~~~
Mungkin ada yg tertanya2 apa la yg teruk
sgt sampai mcm ni sekali gayanya..aku pinjam kata2 seorang teman, “Mum says
that we are human,hence we are imperfect..so,we have to respect and accept
their limitations as they have not experienced what we have” – Wan Noorli Razali.
Setiap antara kita mungkin diuji dengan
perkara yg hampir sama..atau jelas berbeza..& semestinya penerimaan &
cara kita mengatasinya juga mungkin hampir sama atau sebaliknya..terpulang kepada kita~~
Aku pinjam juga kata2 Wani Ardy dalam “Langit
Vanilla”..
“Laut ini luas.Jauh lagi perlu kita
renang.Badai itu sentiasa ada maka redha.Redha bukan bererti kita merela diri
dihanyut.Badai datang,kita tentang.Badai datang,kita tentang.Kalau kita gagal
& ia menolak kita ke belakang,kita renang semula ke hadapan.Yang penting
jangan lemas dan karam.Jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu
tenggelam..
Pelampung ada di kanan kiri jika kau cari.
Air masin ada merata walau tidak kau cari”
p/s : Jumpa
lagi hujung tahun nnt~
Salam Ramadhan & salam sayang buat
kalian semua!~ ^^
Sunday, June 3, 2012
+++ 4eVeR aLoNe ??? +++
Dari dulu aku 'sendirian'..x pernah punya teman istimewa..selalu saja menjadi 'mangsa'..tidak mengapa..apa2 akibat..aku
tidak melibatkan hati & perasaan org lain..biar aku sendiri yg
merana..paling2 teruk..aku ada sahabat & keluarga..mereka sentiasa
ada..mungkin ada yg akan tanya..sampai bila?? ahah,kalaulah semudah itu utk aku
melemparkan jawapannya..~~ hmm, itu kuasa DIA..aku doa tawakkal & usaha..tp kalau
DIA kata belum masanya..maka aku tiada daya.. paling2 aku akan berkata..sampai
DIA kabulkan doa..sampai ke tua..atau sampai ke hujung nyawa..wallahu’alam~
Penerimaan setiap org tentang isu ini pastinya berbeza..selalunya aku di pihak yg akan dipersalahkan..disindir2..ditertawakan..tp ada apa hal.. aku pasti siapa aku..apa kerja aku..apa pengalaman yg aku ada..berapa byk wang yg aku dpt & simpan utk diri & keluarga..syukur x terhingga utk segala nikmat pemberianNya..sekurang2nya ini menjadi motivasi utk aku terus gagah melangkah menongkah arus~~
Beberapa tahun yang lalu hidup aku terumbang ambing..aku x nampak ke mana
hala tuju..seringkali aku rasakan aku seorang yg gagal..lebih teruk..aku selalu
gagal dlm soal cinta.. betul aku ckp aku sudah lali..namun ada masanya aku
sebak sendiri..& aku cuma perlukan sedikit waktu..menangis utk melepaskan
apa yg terbuku di hati..kemudian aku hanya perlu tarik nafas & melangkah
lagi & lagi~
Apa saja yg pernah aku alami, samaada berkaitan soal kehidupan atau soal hati..ia menjadi satu pengajaran yg x boleh aku beli..aku bagaikan ditimpa gunung ujian..& aku spt org yg hilang akal cuba membina kembali kehidupan ..setiap kali terjaga dari tidur..aku selalu igtkan diri..aku ada impian yg perlu direalisasikan..& sudah tentu dlm keadaan skrg..soal mencari jodoh jauh sekali daripada fikiran..fikiran aku skrg hanya tertumpu ke arah memperbetulkan kembali keadaan & menjadikan impian aku satu kenyataan~
Apa saja yg pernah aku alami, samaada berkaitan soal kehidupan atau soal hati..ia menjadi satu pengajaran yg x boleh aku beli..aku bagaikan ditimpa gunung ujian..& aku spt org yg hilang akal cuba membina kembali kehidupan ..setiap kali terjaga dari tidur..aku selalu igtkan diri..aku ada impian yg perlu direalisasikan..& sudah tentu dlm keadaan skrg..soal mencari jodoh jauh sekali daripada fikiran..fikiran aku skrg hanya tertumpu ke arah memperbetulkan kembali keadaan & menjadikan impian aku satu kenyataan~
Ini pernah bermain dlm fikiran..andai aku hanya dipertemukan
dengan mereka yg hanya mau menghuru-harakan keadaan & menikam2 perasaan..lebih
baik aku hidup membujang ~ aku dah pernah bazirkan masa & wang ke dlm
perhubungan yg tidak ke mana..skrg betapa aku sedar masa itu terlalu berharga
utk dibazirkan pada perkara yg sia2..aku mencari seseorang yg mahu sama2 ke
tempat yg dituju..lelaki yg menyatakan aku berada pada kedudukan di mana dia
boleh melindungi aku..dia melihat aku dlm masa hadapannya~~ siapa dia itu..hanya Allah yang tau~~
Kalian jgn igt aku sudah berputus asa..istilah itu sudah lama aku buang dari kamus hidup aku..~ aku tahu..Tuhan tidak akan pernah menzalimi hambaNya..& aku sentiasa yakinkan itu~
*Betapa naifnya aku yg dulu..skrg..aku xkan lagi menoleh ke
belakang ~~
Subscribe to:
Posts (Atom)




