Saturday, August 13, 2011

+++ KaMi +++

Semalam buka pose sama Cik Dill~
Cik Dill ckp dia blom penah g memana bazar ramadan tahun ni..

Cik Dill..bia betik!

Aku dgn housemate plak ada2 je plan..kejap g bazar Wangsa Maju..bazar Taman Melati, bazar Taman Melawati, bazar Keramat, bazar Bandar Baru Sentul..*bukak pose aku lebih senang 'masak' kat bazar je..sahur baru sendiri masak..bujang2 boleyla mcm ni iye dak~

Berbalik pada cik Dill..makanya aku bawakla cik Dill g bazar Wangsa Maju..

Masa kat Keramat..mendung berarak je..masuk je Wangsa Maju..ujan lebat tahap gaban..tp diredahkan juga..cik Dill 1st time nak g bazar ni =p nampaknya kedatangan awak disambut meriah cik Dill =p n elok2 masa nak balik ujan da reda..nampak sgt dia bg hint awak x ley g bazar..haha

Plan awal nak cari kerang bakar..siyes masa dtg x nampak..selalu ade je kat situ..bila da siap beli mende alah len..tetibe elok ada kat depan mata odw balik..aih..

Sebelum sampai uma,Cik Dill mintak teman ke rumah sorang kenalan..aku suka je bab2 ziarah menziarah ni..gengster gila akak tu..nampak ganaz bila beckp tp klaka..sonok plak aku nengok deorang ni..

Sebut pasal ziarah/jalan2..parents aku jenis jarang bejalan jauh..jd masa blaja kat u dulu, bila cuti sem aku jarang balik kg..sebaliknya aku akan folo kwn2 balik kg masing2..aku penah folo Khairi Shadila balik Johor, Sehah balik Pahang, Murshi balik Selangor, Dijah balik Penang, Burn balik Melaka, Syakira balik Perak, Jue balik Kedah..jalan2 mcm ni buat minda aku lebih terbuka..aku suka perhatikan cara hidup deorang..& buat aku bersyukur dgn apa yg aku ada..apa yg baik aku jadikan teladan..apa yg sebaliknya aku jadikan sempadan..sekaligus memberi aku ruang utk perbaiki diri..~

Ok, balik lagi pada cik Dill..

Cik Dill, kalo dulu susah betul nak jumpa kan..busy je manjang..last2 skrg kita dok dekat je..awak AU2..sy AU3..siapa sangka..n sedar x sedar da 10 tahun kita kwn~ ^^

Awak da baaaanyaaak sgt tolong sy * mesti awak akan ckp "mana ada tolong apa2"..kalo awak ckp lagi sekali mcm tu, sy ketuk kepala awak jumpa Ahad nnt! igt tu! =p

Kita mcm sama nasib je..dua2 pun 'sendirian' di kl..lone ranger..Allah lebih tau apa yg terbaik buat kita kan..positively single!

Nota Kaki : Nnt lepas raya kita sambung projek jalan2 cari mkn n jalan2 ronda kl ye~ =p


Monday, August 1, 2011

+++ AkU & RaMaDaN +++

Memang seronok mengimbau kenangan zaman pose dulu2..tp x byk kenangan yg aku igt..biasalah..kdg2 aku ni mengalami simptom short term memory lost~ (--")..ni antara kenangan2 best yg masih terpahat lam memori~

Bila kat kg :

Akula tukang kipas bara api bila maa buat kueh akok ( rindu kueh akok maa!!)

Akula tukang hulur juadah dekat sedara mara bila da hampir waktu berbuka.

Akula antara anak dara yg kene basuh pinggan kat surau lepas moreh..

X berani x g terawih sbb abah n maa garang betul!~

Abah n maa akan pastikan khatam Quran lam bulan Ramadan..(bila ada org push, mmg akan sgt bersemangat.haik!)

Tensi ada ramai adik badik laki..men mercun x hengat..paling x suka mercun bawang..akula yg jadi mangsa..ah, x suke! x suke!

Paling sonok bila tolong maa uli tepung buat kueh siput.(stok raya) Sambil tgk tv sambil tgn menggulung..sgt suke!^^

Bila kat Uni :

Tiap minggu aku akan pastikan terawih dekat surau mahallah (asrama) yg berbeza..dalam kepala da berkira2..hmm, minggu ni aku nak g semayang kat mahallah Ameenah..minggu depan kat mahallah Hafsa..pastu mahallah Maryam..pastu lagi dekat mahallah Halimah..oh, masjid UIA pun nak kene g jugak sekali sekali..( ni kes kononnya nak banyakkan pengalaman )..

Geng bukak pose pun nak kene beza2..katapun lone ranger..suke ati aku je nak g mana..ada sesetengah org bukak pose kat bilik sendiri je tiap2 ari..ataupun kdg2 aje bukak pose ngn kwn2..tp aku ni mana bley dok diam..arini bebuke ngn geng Barb ( bhs arab ) , esok ngn geng Hs ( human science ), lusa ngn geng Laws, pastu geng Irk,lagi geng Econs..kesimpulannya segala mcm geng la..kdg2 kalo nak rasa bebuke lauk free, join pulak geng2 kaki masjid..^^

Bila da kije :

Da nasib aku kat Hlbb n Shell kene keje shift..n tiap kali masuk bulan Ramadan, dah terkebetulan kene keje shift mlm..maka terpaksala tapau apa yg ada..nak merasa g bazaar bila off day aje..lagi dasyat bila kije kat Shell..workload byk gila..selalunya bila da masuk waktu bebuka minum air n makan kueh ajo..bila da abes kije kul 10 mlm barula sempat nak menjamah makanan..bila da khusyuk sgt buat keje, nak makan pun da x igt..penangan..~

Bila sambung blaja :

Skrg aku tgh ambil Kursus Perguruan Lepasan Ijazah, TESL (setahun)..n kebetulan skrg tgh praktikal..balik skola kul 1:30pm..kecuali kalo ada meeting atau program..lam tempoh ni penat perah otak pk pasal lesson plan n segala bagai abm..mungkin nampak biasa di mata kasar kamu semua..tp cuba dtg ganti tempat aku..kdg2 mau melotop kopalo ni ha..

Nota kaki : Mintak ampun maap kat adik n anak2 buah tercinta..tahun ni mak sedara kamu x dpt nak bg duit raya byk2 mcm dolu..duit elaun yg x seberapa tu abes buat bayar itu ini .. kita double tahun depan ye ;p

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

kueh siput n kueh akok~ ^^

Wednesday, July 27, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 3~ +++

(Minggu lepas)..
Baru je stat mengaja hari Isnin, tiba2 hari Rabu supervisor da msg:
YM Hjh Raja Azizah," Will c u both tomorrow.hope there is no problem"..
Ya ampun..bia betik ni..da nak dtg observe??!! cepatnya~

Aku mengaja 2 kelas BI (darjah 2 & 5).Kelas yg nak di-observe tu masuk pun belom..deorang kata bebudak darjah 3 ke bawah nakalnya semacam..cuak pulak kotla ada mende x best jadik 1st time kene observe,riso,riso..kelam kabut siapkan apa yg patut:

-Update buku rekod
-Refleksi & jurnal
-Alat bantu mengajar & worksheet
-Portfolio ( donlot n isi segala mcm borang praktikum)

n minggu ni baru nak rasa lega sket tiba2 mdm call ckp nak dtg lagi! ayyok..cepatnye aih mdm..sampai cikgu pembimbing aku pun terkejut..tensi sket bila lecturer update last minit..agak kelam kabut prepare apa yg patut..tp bak kata cik Dill , lagi cepat lagi baik..cuma cuak sbb skrg masih kelam kelibut..

Lam tempoh ni agak 'demam' ngn lesson plan..makan igt lesson plan, tido mimpikan lesson plan, tgk tv igt lesson plan..kesimpulannya hidup aku dihantui lesson plan..kwn aku ckp, waktu praktikal ni je teruk sket..lesson plan agak complicated & berhelai2 panjangnya..bila da jadi cikgu betul..boleh jadi cuma satu perenggan! (--")

Monday, July 18, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 2~ +++

Seminggu dah berlalu, Alhamdulillah ianya x seteruk yg aku sangka..

X kisahla org layan kita mcmne, sbg budak baru kenela senyum n bertegur sapa..nnt dikata pula sombong x reti nk bergaul mesra..

Apa yang mengejutkan aku, dari hari pertama hingga ke hujung minggu, lebih separuh cikgu mengatakan wajah aku mirip guru besar..(GB)

GPK Koko: “Sy td hairan kenapa GB bawak anak dia dtg sekolah..awak ni sebiji mcm GB tau”

Di kantin: Seorang cikgu menegur GB, “Eh, Puan, sy igtkan ni anak Puan”

Di bilik guru: “Dia ni muka mcm GB kita la”

Cikgu lain, “Ha, tu la dia, aku baru nak ckp tp aku ckp lam hati je td”

Di pejabat, “Awak ni ada mirip GB la”

& lagi aku terkesima bila beberapa org kakitangan pejabat ckp pulak muka aku ni mcm dia punya adik ipar n lagi sorang pula ckp aku ni mcm sepupu dia..mak aih..apekah..~

X terlepas jugak aku punya guru pembimbing, “Deorang dah pesan kat saya dah ni, mintak hati2 jadi cikgu pembimbing anak GB ni,haha..”

Aku : “Tu la Miss Jai, ramai sgt dah ni ckp muka sy ni mcm GB la, mcm sedara deorang la, mcm sepupu la..muka bersepah sangat la sy ni”

Miss Jai, “Ni bukan pelanduk dua serupa lagi dah..ni dah jadi pelanduk berupa2 dah ni”

Aduyai..~

Lam minggu yg sama, supervisor kami dtg utk sosial visit..aku, Che Ah, dua guru pebimbing kami, GB n GPK koko duduk bersama utk sesi pendek, penerangan berkaitan tugas/tgwjb kami sbg cikgu praktikal sepanjang tempoh 3 bulan di sekolah.

Supervisor, “Cikgu gunakanlah mereka ni..bukan maksud menganiaya, tp suruhla mereka buat apa sahaja yang melibatkan sekolah. Bila mereka dah masuk sekolah, mereka dah jadi sebahagian dari sekolah. Mereka perlu terlibat dengan semua aktiviti. Bg mereka tunjuk ajar. Kami sebenarnya nak perbetulkan balik persepsi sekolah tentang produk keluaran KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah).ambilan KPLI sebelum ini sebenarnya tidak punya byk pendedahan, tempoh pembelajaran mereka sgt terhad..dah lama kami nak cuba ubah semua ni dan kami sudah diberi peluang, mulai tahun depan, tempoh pengajian KPLI akan dilanjutkan ke setahun setengah..mereka akan punya lebih banyak waktu, akan diberi lebih banyak pendedahan. Diharap cikgu2 semua dapat bg peluang kepada mereka berdua”..

GB: “Itulah, sebenarnya sy mmg ada satu persepsi tentang pelajar KPLI,rasa x yakin dengan kebolehan mereka”

~No wonderla GB sgt sarcastic,tp apa boleh kami buat kalau itu yg GB fikir..kami cuma mampu cuba yg terbaik..

Hujung minggu kami perlu terlibat dgn perkhemahan tahunan sekolah..perlu korbankan hujung minggu..~dah berkurun aku x tgk wayang sejak masuk KPLI..cuma sempat sekali hang out dgn kwn2 sekelas..bukan langsung xde masa..tp ntah kenapa aku malas..dah xde hati nak keluar tgk wayang..

Kdg2 GB turun padang pantau program.GB yg sebelum ni serius xde perasaan menegur kami dengan mesra..bertegur sapa bila terserempak di kantin dan di perkarangan sekolah..sejuknya hati bila begini~ ^^

Sepanjang program, aku perhatikan saja budak2 tu semua..sgt mengimbau kenangan zaman sekolah rendah..tiba2 aku nampak diri aku dalam kerumunan itu..aku dulu di sana..dan skrg aku di sini..sbg guru.~ Pelik betul perasaan ini..

Oh, ya, mereka ada amalkan budaya cium tgn sebelum balik sekolah..muncul satu perasaan yg sgt aneh..& pastinya terharu bila dikerumuni anak2 kecil berlari2 comel mencium tgn sebelum beredar meninggalkan kelas..~ ^^

Aku tahu bidang ini bukan semudah yg disangka..tp betul aku temui ‘ketenangan’ di dlmnya~

Nota Kaki: Kalau sebelum ini aku mampu ‘redah’ segala..kenapa tidak kali ini..~


Saturday, July 16, 2011

+++ NexT sTaGe ~Part 1~ +++

Lepas SBE (School Based Experience) di SK Damansara Jaya 1..
~penah tulis di sini ( 1 & 2 ) ~ ni kira second experience aku kat sekolah..juga next stage aku lam bidang perguruan...(Praktikal 3 bulan di SK Wangsa Maju Seksyen 2 )..

Kalau SBE just kumpul bahan untuk portfolio, g relief class, amek feel bakal cikgu,(mengambil masa 2 minggu- sgt byk masa terluang)..tp kali ni aku perlu mula mengajar..maximum 12 jam (8 jam major *English* & 4 jam minor *Muzik*)..agak cuak sbb aku langsung xde experience mengajar nak dibandingkan dgn kwn2 yg kebanyakannya dah ada experience samaada GSTT ataupun cikgu tuisyen..lepas tu pulak kene involve dgn semua program & aktiviti yg dianjurkan pihak sekolah..

Serius masa pilih sekolah utk praktikal, xde specifik sekolah utk aku pergi..randomly pilih area Wangsa Maju..x kisahla mana2 skola pun dicampak..bila dah confirm nama sekolah, cuba korek cite daripada beberapa pensyarah..ada yg ckp ok..ada yg ckp kalau pergi sekolah tu mesti kene buat mural punya..n disebabkan sekolah tu bersebelahan dengan sekolah menegah, org ckp pelajarnya akan sedikit nakal sbb terpengaruh dgn bebudak sekolah menengah..hmm..

Pelajarnya x ramai..juga mengalami nasib yg sama dengan SK Damansara Jaya 1, disebabkan munculnya byk sekolah yg lagi advance & dilengkapi kemudahan yg canggih, ibu bapa lebih terarah kpd itu..maka berkuranglah pelajar di sekolah ini..tp dengar kata pencapaian UPSR nya masih di antara yg terbaik..

1st day kebetulan hari perhimpunan, aku bajet mcm kene g depan introduce diri..mcm yg aku kene kat SKDJ 1, tp kali ni bukan setakat x payah g depan, masa disebut nama langsung x disuruh berdiri..seolah2 " Sekolah kita ada 2 org cikgu pelatih, sila bg kerjasama..sekian "

Rasa sgt unwelcomed..~

GB nya agak sarcastic & strict..
"Kenapa kamu dtg sekolah ni..kenapa x g Keramat je kalau kamu dok Keramat"

Wallaweh..menusuk kalbu panahan ayat itu..~

Pastu sambung lagi..

"U r so unclucky lah, skrg ni sekolah tgh byk program..kami akan masukkan nama kamu bila saja ada apa2 aktiviti.."

"Hujung minggu ni ada perkhemahan, cikgu perlu tidur di sekolah"

gulp*

Sambung lagi..

"Memandangkan meja di bilik guru dah penuh..kami akan letakkan kamu di bilik media..nanti pandai2lah kamu nak bergaul dgn cikgu2 lain.."

Cikgu2 lelaki di sekolah tu pun kebanyakannya nampak agak kerek..

~Begitu menyedihkan layanan di hari pertama..

Tp jgn terlalu mudah menilai..ada sesuatu yg x dijangkakan bakal berlaku~

To b CoNtInUeD....~

Nota Kaki :
Dah agak da, mesti ramai cikgu Kelantan..& juga mesti ada ex-IPBA~ ^^