Sunday, July 29, 2012

+++ So DaMn BusY +++

~~~I'm so damn busy mending broken pieces of my life~~~

Sepertimana yang aku nyatakan kepada seorang teman..aku dah nampak cahaya di hujung jalan..ia bukan lagi samar2 malahan cahayanya semakin terang..cuma utk sampai ke sana..aku perlukan segunung kekuatan..dek kerana kesilapan silam..aku kini seakan mengheret satu beban..aku perlu kumpul kekuatan untuk memperbetulkan kembali keadaan..dan dlm tempoh ini byk yg perlu aku korbankan~~

Aku byk menyendiri..mengumpul strategi..~~~

Aku suka jwpn Zahiril Adzim dalam "Bogel Menuju Tuhan" bila ditanya satu soalan oleh seorang teman apa yg dibuat bila rasa ‘sakit’ dan sedih:

ZA : Tak perlu.Aku duduk je dalam situasi tu dan aku pastikan aku betul2 merasai sakit dan sedih tu.Dari awal sampai habis.Sampai aku dah x boleh rasa"

“Sampai aku dah x boleh rasa”…itu juga apa yg aku rasa sekarang..duduk dalam situasi tu..rasai segala ‘kesakitan’ sampai aku dah x boleh rasa..~~~

Dan sesungguhnya Tuhan itu Maha adil & penyayang..dlm tempoh ini DIA permudahkan jalan..kalau sebelum ini aku byk sia2kan peluang..kini aku dihujani peluang demi peluang..& seharusnya aku rebut & xkan lagi sia2kan..~

Suatu waktu DIA uji aku bertubi2..& kini DIA beri aku sesuatu yg lain sebagai pengganti~

"The best feeling in the world is realising that you're perfectly happy without the thing u thought u needed"… ya, aku bahagia walo aku x punya apa yg aku fikir aku akan bahagia jika aku ada~ 

Aku tersenyum menatang takdir yg sedang terukir~~~

Mungkin ada yg tertanya2 apa la yg teruk sgt sampai mcm ni sekali gayanya..aku pinjam kata2 seorang teman, “Mum says that we are human,hence we are imperfect..so,we have to respect and accept their limitations as they have not experienced what we have”  – Wan Noorli Razali.

Setiap antara kita mungkin diuji dengan perkara yg hampir sama..atau jelas berbeza..& semestinya penerimaan & cara kita mengatasinya juga mungkin hampir sama atau sebaliknya..terpulang kepada kita~~

Aku pinjam juga kata2 Wani Ardy dalam “Langit Vanilla”..

“Laut ini luas.Jauh lagi perlu kita renang.Badai itu sentiasa ada maka redha.Redha bukan bererti kita merela diri dihanyut.Badai datang,kita tentang.Badai datang,kita tentang.Kalau kita gagal & ia menolak kita ke belakang,kita renang semula ke hadapan.Yang penting jangan lemas dan karam.Jangan ditelan air masin hingga kembung perut lalu tenggelam..

Pelampung ada di kanan kiri jika kau cari.

Air masin ada merata walau tidak kau cari”

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

p/s :  Jumpa lagi hujung tahun nnt~

Salam Ramadhan & salam sayang buat kalian semua!~ ^^