Monday, September 16, 2013

+++ 3 SeRiEs +++



Muhasabah & refleksi diri adalah proses berterusan..dalam apa jua aspek kehidupan..~

Dalam tempoh beberapa bulan dari sekarang aku akan masuk 3 series..mungkin kepada sesetengah org, ia x membawa apa2 makna..cuma angka..tp kita mungkin terlupa..antara soalan yg akan ditanya oleh DIA, umur kita..di mana & utk apa telah kita usahakan atasnya..~

“Gambarkan dalam minda, kehidupan yang kita mahu & tulis dalam bentuk tulisan & sentiasa baca, kekalkan gambaran itu sentiasa..bertindak ke arah itu & yakin Allah akan makbulkan” – Prof Dr Muhaya -

Aku mula menggambarkan kehidupan yg aku mahu seawal 2001..aku menggambarkan diri aku bekerja di kl/Selangor..berdiri di atas kaki sendiri..

...hingga suatu saat..aku belajar, kita xkan pernah tau kita cukup kuat, hingga kita terpaksa kuat..& bila kita jadikan Allah sebagai sumber kekuatan, pasti kita akan bertambah kuat..lebih kuat dari apa yg kita jangkakan..Subhanallah~

Terlalu byk yg aku belajar..ini cuma antaranya..ya,cuma antaranya..~
Aku belajar bahawa :
@Allah menguji kita dengan apa yg cuba kita perjuangkan utk melihat sejauh mana kita mampu mempertahankan prinsip yg kita pegang~
@Betulkan niat & fokus.Aku sedar aku terlalu fokus kepada sesuatu yg aku tau salah..blame it on me.mudah2an Allah maafkan aku~
@Lihat ujian bukan sbg musibah, tetapi sebagai kaffarah dosa~

Aku suka jadikan tahun2 tertentu sebagai titik tolak kepada kehidupan yg lebih baik..sepertimana;
2011 adalah turning point utk kehidupan yg aku kecapi sekarang..
2014 bakal aku jadikan turning point yg lebih jelas..seiringan dengan genapnya 30 tahun aku diberi peluang utk bernafas..seterusnya....
2015 utk aku terus tingkatkan diri…~
_______________________________________________________________________________________________

2008 > 2009 > 2010

2011 > turning point(1)

2012 > 2013 > 2014 > turning point(2)

2015 > 2016 > 2017 >>>>>
________________________________________________________________________

"Like everything in life, healing takes time. Don't lose hope if you're not there yet"-Yasmin Mogahed -

Hidup mesti ada perancangan..kita ada kudrat utk berusaha..dapat capai atau tidak..
itu kuasa DIA..

Dapat capai spt apa yg dirancang..antara tanda dia permudahkan jalan..x dapat capai spt apa yg dirancang..kerana DIA ada perancangan yg lebih baik utk kita..Dlm masa yg sama..sediakan back up..latih diri utk berhadapan dengan situasi expect the unexpected..~

Ia lebih kepada soal adapt dengan setiap perubahan yg di luar jangkaan..~

Juga…latih diri untuk pilih respons terbaik dalam apa jua situasi..panjatkan doa berterusan kepada DIA.."Dia yg lebih tahu..apa yg kita layak dapat,apa yg kita berhak dapat..apa yg berhak kita miliki..bahkan apa yg berhak kita rasai..bukan saja tentang apa..tp bila"

“If plan A didn’t work the alphabet has 25 more letters!Trust Allah”

“Adakalanya jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan..lalu kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti di sebaliknya.Hakikatnya kita mmg x pernah tahu apa yg sedang menanti kita.Namun,yakinlah,indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya..”
- Ibnu Mussal -

Aku bukan siapa2..aku x berniat utk jadi hebat di mata manusia..dalam tempoh sekarang x byk yg mampu aku lakukan.."Kita x mampu beri sesuatu yg kita x ada”Prof Dr Muhaya -

..aku perlu lengkapkan diri terlebih dulu utk aku berupaya sumbangkan sesuatu~ 

Subhanallah..segala kudrat & kekuatan itu dtgnya dari DIA..tiada sebab utk aku berputus asa..malahan kecewa..sampai ke saat ini..aku diberi kekuatan utk terus berusaha perbaiki diri & kehidupan..ya..aku x tau apa yg DIA hidang utk aku pada masa2 akan datang..tp aku yakin dengan setiap tindakan & keputusan..moga DIA terus tunjukkan aku jalan~

Aku dalam proses utk berubah..tp dlm masa yg sama aku masih terbabas..~
Jika kalian nampak aku salah..tegurlah..atau sekurang2nya doakan aku..~

Aku suka jadikan kata2 ini sbg peringatan & renungan :

“ Dosa banyak, tetapi malas minta ampun kepada Allah SWT. Bagaimana mahu mendapat keampunanNya? Allah menggalakkan kita bertaubat berkali-kali. Bukanlah kerana Allah nak kita bermaksiat, ingkar kepadaNya berkali-kali. Tetapi hikmahnya adalah, bila kita rajin bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh,hati jadi makin jauh nak bermaksiat, nak ingkar kepadaNya. 

Bila terjatuh juga ke lembah maksiat, bila langgar juga perintahNya, dek kerana taubat yang banyak kali kita ulang penuh kesungguhan itu, jiwa akan rasa sensitif sangat dengan dosa yang telah kita lakukan, lantas tidak memanjang-manjangkan diri berada di lembah maksiat, terus bangkit dan berusaha keluar daripadanya. Inilah positifnya taubat berulang kali. Makin lama, diri akan semakin berusaha menjadi baik, semakin baik, semakin baik. 

Bukan takkan buat dosa langsung, tetapi akan lebih kurang buat dosa, lebih kurang lagi buat dosa, dan begitulah seterusnya. Tetapi kalau langsung tak pernah bertaubat bersungguh-sungguh, atau bertaubat bersungguh-sungguh sekali sekala aja, bagaimana hati mahu menjadi lembut? Hidup kena ada rasa malu dengan Allah SWT. Dia bagi banyak peluang kepada kita, kita pula buang-buang aja peluang yang Dia berikan. Kita ingat Allah tu siapa? ” – Hilal Asyraf

Dalam meneruskan kehidupan..terus doa smoga kita dipertemukan dengan insan atau peristiwa yang membuatkan kita melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza..malahan cukup beruntung bila kita dipertemukan dengan insan yang boleh membuatkan kita lebih dekat dengan Tuhan..juga insan yg membuka mata & minda kita kepada realiti kehidupan..x kira samaada insan itu cuma ‘singgah’ atau terus bersama kita meredah jalan..& dipertemukan tidak semestinya bertemu mata..atau x semestinya dia menjadi kenalan rapat kita.. & x semestinya di dunia nyata..boleh jadi di alam maya..kita diberi terlalu byk pilihan..pilihan itu di hujung usaha kita..~

Aku akhiri entry kali ni dengan satu perkongsian.cuba lapangkan masa utk santapan iman.Yasmin Mogahed : “The People We Meet The Lessons We Learn”


p/s: Utk seseorang…aku manusia biasa..yg agak lemah & rapuh jiwanya..terbit rasa terkilan & sedih dengan apa yg dah berlaku..tp aku percaya kau punya seribu satu sebab utk perlakukan aku sebegitu..serius bukan ini yg aku harapkan..ia menguatkan lagi keyakinan aku dengan kata2 sorang teman; 'bila kamu hebat bersahabat dengan sesiapapun..jgn pernah langkau hati masing2...kerana DIA tetapkan itu dan ini dgn batasan' - Bidadari -

Aku cuma ingin jd seorang sahabat yg sedia memaafkan..atas setiap kekhilafan..dgn harapan..kekhilafan aku turut dimaafkan..berdendam itu bukan aku..~