Belum pun sempat hilang keperitan lama..aku diuji lagi utk kesekian kalinya~
Bila saat kau yakin bahawa sesuatu itu xkan terjadi jika Allah tidak mengizinkan..namun bilamana Allah tetap mengizinkan ia terjadi..maka terimalah hakikat bahawa diri kau sedang diuji..dan kau perlu terus tabah utk hadapi..Ia merupakan sesuatu yg x terjangkau dek akal fikiran..& ia merupakan satu proses yang panjang..tp aku akan terus yakinkan~
Ada ketikanya bukan kau yg memilih..tp kau "dipilih"..bak kata Wany Ardy dlm Langit Vanilla ,"Mereka yang melalui pengalaman ini adalah golongan yang terlalu idealis (yang perlu direalistikkan),agak lemah (yang perlu dikuatkan),dan yang paling penting,terpilih oleh Allah untuk dihempapkan dengan ujian "daya tahan" ..tp dekat sini aku luaskan skop kepada kehidupan keseluruhannya~
"Apabila kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka..hadiah tidak semestinya berbungkus dengan BAHAGIA,kadang2 ia berbungkus dengan UJIAN,tetapi di dalamnya ada BARAKAH"
Sebut pasal,"REDHA"..satu lagi quote dari Wany Ardy..maaf..aku sgt suka quote nukilan Wany Ardy..kebanyakan kisah dlm "Langit Vanilla" sgt dekat dengan aku..baca lebih 10 kali pun aku xkan pernah jemu..spt yg pernah aku katakan..aku x pandai mengolah kata..apa yg dia coretkan seolah2 meluahkan apa yg aku rasa..~ "Redha dan berserah pada mulut adalah sangat-sangat berbeza dengan redha dan berserah pada hati.Hanya bila ia terjadi pada hati,akan awak tahu bezanya.Percayalah cakap saya;SUBHANALLAH,sangat-sangat besar bezanya"~
Kali ini aku akan betul2 bawa diri..aku x risau bakal kehilangan ramai kwn..kerana aku yakin pada mereka yg betul2 faham erti menghargai sebuah ikatan..x kira berapa lama sekalipun aku menghilang..~
Terakhir dari aku utk kali ini : Jgn terlalu 'tenggelam' dalam kehidupan..pandang sesuatu dengan mata hati & mata iman..pandang jauuuuh ke depan..kau tau jalan itu panjang..bila saat kau betul2 sedar DIA lah sandaran harapan..tiada alasan untuk kau berhenti separuh jalan..& dalam masa yg sama..jgn pernah takut utk melepaskan sesuatu utk mendapatkan sesuatu yang lebih 'menguntungkan'..kalau kau betul2 mengerti apa yg aku maksudkan..~
p/s : aku x pasti bila aku akan kembali lagi ke sini..tp,aku akan kembali..~
#Masih belum terlambat utk aku ucapkan selamat tahun baru utk kalian,kan~ =) jaga diri!~